Assalamualaikum dan salam blogger untuk para pembaca. Pada kali ini pula saya ingin berkongsi dengan anda satu tips yang amat berguna dalam kehidupan anda lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan kesihatan iaitu berat badan. Sememangnya perkataan ini adalah amat sensitif bagi mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Sebenarnya saya baru saja selesai membaca beberapa artikel yang menerangkan tentang berat badan. Dalam artikel tersebut ada menerangkan mengapa berat badan kita bertambah, cara-cara nak kurangkan berat badan serta akibatnya sekiranya berat badan kita bertambah. Berat badan kita bukan sahaja tidak boleh terlalu berat malah terlalu ringan juga tidak baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Kita boleh mengenal pasti sama ada berat badan kita unggul, kurang ataupun obes dengan menggunakan kaedah BMI (Index Jisim Badan). Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BMI bolehlah masuk dalam blog ini: BMI. Berbalik kepada tajuk entry saya kali ini, saya sebenarnya bukan berniat untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai BMI ataupun cara nak tambahkan berat badan tetapi sebaliknya mengenai cara untuk mengurangkan berat badan. Sekiranya berkelapangan saya akan menerangkan pula mengenai cara-cara nak meningkatkan berat badan bagi yang mempunyai berat badan yang kurang jika perlu.
Segitiga Makanan |
Secara umumnya dari segi pemakanan, terdapat beberapa cara untuk kita kurangkan berat badan antaranya ialah:
- Hadkan pengambilan makanan berkalori tinggi seperti makanan bergorang. Contohnya, satu cawan kentang rebus menagandungi 100 kalori sebaliknya satu cawan kentang goreng membekalkan 600 kalori.
- Kurangkan pengambilan semua jenis minyak dan lemak tepu, monotaktepu dan politaktepu. Contohnya, minyak kelapa sawit, soya, jagung, bijan , zaitun dan minyak kacang.
- Kurangkan makanan yang mengandungi gula ringkas seperti gula-gula, sirap, minuman ringan, biskut manis, kek, coklat, aiskrim, susu pekat manis, kaya dan jem. Bak kata pepatah, "kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman".
- Hadkan pengambilan karbohidrat kompleks dan sesuaikan dengan keperluan tenaga. Contohnya, nasi, mi hon, mi, roti, ubi-ubian dan semua hasil makanan yang diperbuat daripada tepung.
- Jangan skip meals. Ramai ingat bahawa anda perlu skip meals seperti elakkan sarapan pagi dan melaparkan diri untuk kurang berat badan. Ini salah. Dengan cara ini anda hanya berjaya menurunkan metabolisma badan. Panduan terbaik?? Makan 5-7 hidangan sederhana sehari dan kurang makan/minum 2-3 jam sebelum tidur.
- Kawal paras kolestrol dengan:
- Elakkan makanan tinggi kolestrol. Contohnya, otak, usus, hati, hempedu, kuning telur, telur ikan, ikan bilis beserta perut dan kepala.
- Hadkan pengambilan makanan laut seperti ketam, udang, sotong, kerang dan siput.
- Kurangkan pengambilan hasil tenusu seperti keju, susu penuh krim dan segar.
- Elakkan makanan yang mengandungi lemak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging, lemak dan kulit ayam dan lemak susu.
Berat Badan Bertambah |
Dari segi aktiviti fizikal pula, senaman adalah kaedah yang sangat berkesan dalam menurunkan berat badan. Sekiranga seseorang itu mempunyai nafsu makan yang tinggi namun rajin bersenam, ini akan dapat menyeimbangkan metabolisma badan agar berat badan tidak akan meningkat. Tingkatkan tahap keaktifan anda, tak semestinya anda berjoging atau bersenam di gym. Yang penting anda tingkatkan aktiviti physical untuk bakar lebih calorie, seperti
- Park kereta anda lebih jauh daripada destinasi anda
- Jangan guna lif… guanakan tangga
- Bersihkan rumah anda
Satu lagi kaedah yang sering digunakan ialah diet pills. Namun ianya berisiko tinggi sekiranya anda tersilap memilih produk yang sangat bnyak di pasaran masa kini. Tambahan pula berat badan anda akan bertambah dua kali ganda sekiranya anda berhenti memakan ubat tersebut.
Oleh yang demikian, saya berpendapat kaedah pengawalan makanan serta senaman yang kerap adalah kaedah yang sangat berkesan serta efektif dalam mengurangkan berat badan. Semoga entry saya kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengurangkan berat badan anda. Sekian~
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar