Walaupun malam tadi merupakan hari yang malang buat penyokong The Gunners, namun kekalahan yang dicatatkan oleh kelab peneraju liga, BPL, Manchester United sedikit sebanyak mengubati kekecewaan yang dialami. Manchester United yang bekunjung ke Stadium Molineux, England kecewa selepas tewas 2-1 kepada pasukan tercorot liga, wolverhamton W.
Gol pembukaan pada minit ke-3 telah disempurnakan oleh Nani melalui rembatan kencang yang menewaskan penjaga gol Wolves,Wayne Hennessey. Namun hanya 6 minit kemudian Wolverhamton memberi tekanan kepada pasukan lawan dengan menjaringkan goal penyamaan melalui pemain pertahanan, George Ekolobi. Gol kemenangan diperolehi pada minit ke-40. Gol tersebut dijaringkan oleh penyerang Wolves, Kevin Doyle.
Dengan kekalahan tesebut, kini Arsenal hanya ketinggalan 4 mata di belakang pendahuli liga, Manchester United. Sebelum itu, Arsenal yang menentang pasukan Newcastle hanya mampu seri selepas mendahului 4-0 di separuh masa pertama. Corak permainan Arsenal mula goyah selepas pemain tengah Arsenal dilayangkan kad merah selepas menolak Joey Barton kerana tidak senang dengan terjahan keras yang dilakukan Barton keatasnya. Akibatnya, pasukan tuan rumah mula mengatur stategi untuk membolosi gawang gol Arsenal dan menjaringkan empat gol untuk berkongsi mata dengan Arsenal.
Bagi keputusan perlawanan lain semalam, ManC menang 3-0 terhadap West Bromwich A. dan Tottenham H. menewaskan Bolton Wanderers, 2-1.
Berikut adalah keputusan terkini BPL setakat hari ini (6 FEB 2011):
Short Highlight Wolves vs MU
Wolverhampton Wanderers v Manchester UnitedUploaded by primacoma. - More professional, college and classic sports videos.
{ 1 Comments... read them below or add one }
haha.. memang happy giler aa MU tewas!!
Allah Maha Adil!! ;)
7 Februari 2011 pukul 02.01
Posting Komentar