Poco-poco HARAM?

on 31 Maret 2011

Assalamualaikum dan salam blogger tu semua pembaca

Poco-poco kat office ke?

'POCO-POCO'... Perkataan ini pasti tidak asing lagi bagi kita kan?... Perkataan ini sering kita dengar sewaktu menghadiri kursus, program senamrobik dan sebagainya. Senaman ini atau lebih sesuai dipanggil sebagai sebuah tarian, sebenarnya mempunyai rahsia di sebalik. Baru-baru ini saya telah banyak membaca artikel-artikel dari blog lain yang menceritakan tentang tarian poco-poco. Malah di akbar-akbar tempatan juga tidak terlepas mengeluarkan artikel yang berkisar tentang tarian ini. Yang lebih menariknya, baru-baru ini Mufti Negeri Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria bersama-sama Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan pengharaman tarian poco-poco di negeri tersebut. Fatwa tersebut tidak lama lagi akan diwartakan.
Sebenarnya apakah sebabnya tarian ini diharamkan?... Menurut akbar baru-baru ini, fatwa tersebut dikeluarkan disebabkan tarian poco-poco ini mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. Bagaimanakah tarian ini boleh dikaitkan dengan kepercayaan agama lain dan pemujaan roh? Berikut adalah petikan artikel yang saya terbaca dari blog lain.


Setelah anda membaca artikel di atas, apakah yang anda fikirkan? Percayakah anda bahawa tarian poco-poco ini haram. Akbar hari ini ada mengeluarkan berita mengenai pendapat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang mengatakan bahawa poco-poco adalah sejenis tarian yang berbentuk senaman dan tidak perlu diharamkan di seluruh negara. Tambahnya pula, tarian poco-poco ini adalah sebagai wadah untuk orang bersenam dan sesuai untuk warga tua kerana kurang agresif berbanding senamrobik. Namum kita sebagai orang Islam patut mengambil berat mengenai perkara-perkara sebegini. Fikirlah secara mendalam dan buatlah keputusan yang sewajarnya. 

P/s: Kepada sesiapa yang mempunyai pendapat untuk diutarakan, bolehlah komen di ruangan komen blog ini. Terima kasih.

Wasslam~
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Maya Mayana mengatakan...

emm tk pakar nk ulas,dulu yoga dikata haram gak..tp saya suka kalau mufti haramkan menghisap rokok tu sekali,bukan dtg faedah pun...wat poco2 tu if niat nk sihatkan bdn bukan puja roh boleh kot cam dr Mashitah tu ckp...


31 Maret 2011 pukul 23.14
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

btol gak tu... merokok bukan dah difatwakan haram ker?... tp merokok tu agak susah untuk diberhentikan sbb ramai yg dah ketagih rokok... nak berhenti tu memang agak susah... berbalik kpada isu poco-poco ni, rasanya kita patut berhati-hati la.. sbb dah ada mufti yg haramkan... mesti ada sbb diharmkan.. lagipun banyk lagi kaedah lain tuk bersenam bukan poco-poco jer... senmrobik ke.. klu xpun joging pun ok...


1 April 2011 pukul 03.11

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved