Jose Mourinho Mungkin Berpindah

on 08 April 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selepas mencatat kemenangan 4-0 terhadap Tottenham dalam perlawanan separuh akhir pertama liga juara-juara eropah (UEFA Champions League), pengurus Real Madrid iaitu Jose Mourinho membuat pengakuan dia berkemungkinan akan meninggalkan kelab tersebut jika Cristiano Ronaldo berpindah. Cristiano Ronaldo yang sebelum ini telah dikaitkan dengan kelab gergasi Itali, AC Milan selepas presidentnya,Silvio Berlusconi membuat pengakuan ingin membeli pemain tersebut. Ini secara tidak langsung memberi isyarat kepada timbalan president kelab tersebut untuk membuat tawaran perpindahan kepada Real Madrid untuk membawa Cristiano Ronaldo ke Milan.

Namum, adakah Cristiano Ronaldo akan tertarik dengan tawaran tersebut? Apa-apa boleh terjadi dalam sukan bola sepak. Cristiano Ronaldo yang merupakan bekas pemain Manchester Utd telah berpindah ke Real Madrid pada tahun 2009 dengan kos perpindahan £80 juta. Sekiranya Cristiano berpindah ke Milan, Morinho juga akan berpindah namum bukan ke Milan.
Sumber: Goal.com
Wassalam~
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved