Telur Palsu!!!...

on 08 April 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Telur palsu menyerang!!!
Tentu anda pun tahu kan sekarang ini heboh pasal telur-telur palsu yang mula dipasarkan di negara kita yang tercinta ini, Malaysia. Hairanlah juga macam mana telur tu boleh dipalsukan. Tak pernah terfikir pun telur tu boleh dipalsukan. Kreatif sungguh ya orang yang dapat mencari formula untuk memalsukan telur tu. Bijak-bijak!... haha.. Ni la manusia selalu menyalahgunakan teknologi. Tengok macam nuklear tu. Dulu digunakan untuk kebaikan manusia seperti menjana kuasa elektrik tetapi disalahguna untuk menhancurkan negara-negara lain seperti membuat boOm nuklear. Sedih2. 

Korang nak tahu tak macam mana telur tu dipalsukan. haha.. Tadi saya dah google kat internet dan terjumpa satu artikel yang menceritakan proces pembuatan telur palsu. Melalui apa yang diceritakan dalam artikel itu, proces penghasilan telur palsu ini asalnya dari negara China. Di sana kegiatan memalsukan telur sudah berkembang malah ada kursus yang dijalankan untuk mempelajari teknik memalsukan telur. Walaupun kerajaan China telah melarang kegiatan tersebut namum masih ada lagi aktiviti memalsukan telur dilakukan. Telur-telur palsu tersebut ada yang di pasarkan di kedai-kedai malahan juga dipasarkan di supermarket-supermarket besar.

Proses pembuatan telur palsu yang terbongkar

Mula-mula serbuk dicampurkan dengan pewarna agar ianya kelihatan seperti kuning telur.

Kemudian cairan kuning telur tersebut dituangkan kedalam bekas plastik yang berbentuk telur dan dicampurkan dengan bahan kimia tertentu.

Bahan kimia yang dicampurkan dengan cecair kuning telur tersebut akan menghasilkan lapisan putih yang membalut kuning telur tersebut.

Setelah kering, langkah seterusnya ialah untuk membuat lapisan luar iaitu kulit kepada telur tersebut.


Setelah lapisan itu kering maka siaplah proces menghasilkan telur palsu.

Inilah bentuk telur tersebut jika digoreng. Kelihatan telur tersebut tidak terlalu berbeza dengan telur asli . Kan?

Dibawah ini ialah video yang menunjukkan cara pembuatan telur palsu.

p/s: Berhati-hatilah semasa membeli telur ayam. Jangan sampai tertipu kerana di negara kita sudah ada telur palsu yang dipasarkan.

Wassalam~


Sumber Rujukan: blogpopuler.com 


Ranking: 5

{ 7 Comments... read them below or add one }

Yuyu mengatakan...

sangat kretip!!hehe


8 April 2011 pukul 19.57
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

haha.... salah taip... dah diperbetulkan..^^


8 April 2011 pukul 20.00
Yuyu Zulaikha mengatakan...

boleh lagi sayangg <3 sila kan join ye :)


8 April 2011 pukul 20.58
Kyle mengatakan...

mana mungkin ada d malaysia..;)


9 April 2011 pukul 00.41
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

ada lah... sudah kluar vdi berita lgi... mesti ko ni x tengok berita kan??..


9 April 2011 pukul 01.05
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

@y u y u Z u l a i k h alk

ok2... wah... xsedar pun kak yuyu zulaikha ada komen blog ni... chek kotak spam td... rupanya dah sesat masuk komen spam... hairan gak!!...


24 April 2011 pukul 23.59
aliya mengatakan...

alamat susah makan telurla kali ni......makan telur ayam kampung jelah........gila2....aku dah beli 2 set telur,pastu aku tengok mcm ada ciri2 telur palsu.hilang selera aku.berapa kalilah kau dah makan telur palsu ni....


25 April 2012 pukul 14.33

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved