Manchester Utd Semakin Hampir!!

on 05 April 2011

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Kelab manakah akan menjuarai liga???....

Pertama sekali, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada para pembaca yang masih setia mengikuti enti-enti dalam blog ini. Tanpa anda semua blog ini tidak akan berkembang dan semangat untuk saya menghasilkan enti-entri baru tidak akan berkekalan. Walaupun jumlah traffik dalam blog ini masih sedikit jika dibandingkan dengan blog-blog lain, tapi usaha patut diteruskan. Bak kata pepatah arab "Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan". Oleh itu saya perlulah berusaha lebih untuk mencapai target saya dalam bidang blogging ini iaitu menjadi blogger yang berjaya seperti otai-otai blogger yang lain.

Adakah Fabregas akan kekal bersama Arsenal pada musim depan???..

Berbalik kepada topik yang saya pilih untuk entri kali ini, saya nak cakap pasal Manchester Utd. Sebenarnya saya bukanlah penyokong MU tapi saya nak buat juga entri pasal MU. Saya kecewa dengan prestasi permainan Arsenal sejak kebelakangan ini. Arsenal satu kelab dari BPL yang mempunyai peluang yang agak cerah untuk memintas kedudukan pendahulu liga namun sering melepaskan peluang yang terhidang di depan mata. Beberapa perlawanan yang sepatutnya Arsenal patut menang  untuk memintas MU tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Akibatnya peluang untuk menjadi juara liga pada musim ini seperti yang telah dijanjikan oleh Arsene Wenger hanya tinggal angan-angan kosong. Penyokong-penyokong Arsenal semakin tidak percaya dengan kredibiliti dan tahap pengurusan kelab Arsenal. Polisi pembelian pemain oleh pengurus Arsenal mula dipersoalkan. Mereka menganggap Arsene Wenger terlalu berjimat dan mengharapkan pemain-pemain muda yang masih kurang berpengalaman dan mentah untuk mengemudi kelab Arsenal yang mempunyai reputasi tinngi sebelum ini.

Chicharito hernandez yang amat cemerlang pada musim pertamanya bersama MU..
Arsenal yang hanya mempunyai 8 baki perlawanan kurang 1 perlawanan jika dibandingkan dengan pasukan Manchester Utd telah ketinggalan 7 mata. Persoalannya, mampukah Arsenal menggugat kedudukan MU di persada liga? Ditambah dengan masalah kecederaan pemain-pemain Arsenal yang agak membimbangkan seperti 2 penjaga gol utama Arsenal iaitu Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski serta 2 orang tunggak pertahanan Arsenal iaitu Thomas Vermaelen dan Johan Djourou, maka peluang untuk menjadi juara liga semakin tipis. Manchester Utd yang mempunyai banyak pemain-pemain berbakat besar seperti Wayne Rooney, Chicharito Hernandez serta Berbatov telah membentuk gandingan terbaik yang memastikan kelab itu terus konsisten dalam memburu kejuaraan liga selepas tahun lepas dikecewakan oleh Chelsea. Namun begitu, dalam bola sepak segala ramalan boleh berubah bila-bila masa. Yang pentingnya sesebuah kelab itu perlu konsisten dan fokus dalam melalui setiap pelawanan. haha... Saya cakap ni macam la saya ni pandai sangat pasal bola kan. 

Mampukah MU menebus kekecewaan pada musim lepas???...
Ok la, rasanya sampai sini sahaja enrti untuk kali ini. Idea pun dah nak kering ni. huhu... Sekali lagi terima kasih kepada para pembaca. Jasamu amat dihargai. Kepada sesiapa yang ada nak tambah info, bagi pendapat ataupun nak komen pasal cara penulisan saya ni, boleh la letak komen kat bawah ni. Saya amat memerlukan respon anda. 

Wassalam~
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

xazryx mengatakan...

sian la kt chelsea .sob3 . :(


5 April 2011 pukul 12.28
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

haha.. xpe la.. bgi chance kat arsenal @ mu menang plak tuk musim ni.. tp serius chelsea makin kuat lepas david luiz msuk.. aku rasa chelsea akan bangkit nnti....^^


5 April 2011 pukul 13.10

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved