Misbun Buat 'U-Turn'?

on 04 April 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Gandingan pemain hebat dengan jurulatih berpengalaman
Setelah merajuk dan keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Lee Chong Wei terpaksa berlatih dengan jurulatih baru, Tey Seu Bock. Orang yang dimaksudkan ialah Datuk Misbun Sidek atau nama penuhnya Datuk Mohmed Misbun bin Haji Sidek. Seorang yang sangat berpengalaman dalam sukan badminton. Beliau pernah menjuarai beberapa kejohanan berprestij dan amat disegani dalam sukan badminton. Setelah berhenti dari menjadi pemain kebangsaan, beliau menceburi diri dalam bidang kejurulatihan. Bakat jurulatih belau amat terserlah kerana kebanyakan anak didik beliau sudah menjadi pemain-pemain kebangsaan yang mampu menyaingi pemain hebat dari negara lain. Antara anak didik beliau ialah Roslin Hashim, Hafiz Hashim dan yang paling menyerlah ialah Datuk Lee Chong Wei
Meraikan saat kemenangan
Namun pada penghujung tahun 2010 yang lepas satu keputusan mengejut telah berlaku iaitu beliau meletakkan jawatan sebagai jurulatih kebangsaan. Menurut apa yang difahamkan, beliau berbuat demikian kerana permintaannya untuk melatih anaknya sendiri secara persendirian tidak dipersetujui oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Keputusan tersebut amat menyedihkan Datuk Lee Chong Wei kerana dia amat memerlukan sentuhan emas seorang jurulatih yang berpengalaman seperti Datuk Misbun. Tempat Misbun telah digantikan oleh Tey Seu Bock, seorang jurulatih baru. Namun keputusan Datuk Misbun untuk keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya menemui jalan 'U-turn'. Beliau telah membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan BAM. Namun adakan Datuk Lee Chong Wei masih lagi memerlukan khidmat jurulatih kesayangannya itu? Melalui apa yang diwar-war dalam akbar, beliau tidak lagi memerlukan Datuk Misbun untuk menjadi jurulatihnya. Beliau sudah mampu untuk menjaga diri sendiri dan memperbaiki kelemahan diri. Benarkan itu adalah kata-kata yang jujur dari hati Datuk Lee Chong Wei? Kita hanya mampu tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku selepas ni. 

P/s: Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa komen artikel ini. ^^

Wassalam~
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved