Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk entri kali ni special sikit. Sebabnya, enti ini berkaitan dengan segmen bro Ben Ashaari iaitu segmen hujung minggu. Tajuk kali ni ialah 'Blog ni aku rasa...'
Mula-mula, kena la tampal dulu header Bro Ben dalam entri ni.. ok dah..
Dah Tampal Heaher ni... |
1). Blog Zara
Blog ni saya rasa patut popular kerana entri dalam blog ni sangat informatif, kemas dan menarik walaupun agak ringkas. Lagipun entry-entry dalam blog ni selalu dikemaskini dan sesuai dengan peredaran masa.Saya selalu mengunjungi blog ini untuk memperbaiki teknik penulisan supaya blog saya akan dapat diperbaiki.
2). Blog d_hatie
Untuk blog ni pula, memang patut dipopularkan kerana blog ni cantik, kemas, mempunyai kualiti pada setiap penulisan dan dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca entri-entri seterusnya. Yang paling bestnya header blog tersebut sangat comel... hehe...
3). Blog PiNky GuRLz
Blog ni mempunyai teknik penulisan yang menarik. Blog ini slalu memberi tips yang berguna. Saya juga selalu datang ke blog ini untuk menambahkan pengetahuan. Teruskan usaha!
4). Blog Fix computer problem
Blog ni saya pilih kerana banyak membantu dalam menyelesaikan masalah pada komputer saya. Ini kerana blog ini banyak berkongsi mengenai tutorial membaiki komputer dan perisian-perisian yang sesuai digunakan bagi setiap komputer. Blog ini patut dipopularkan!
5). Blog Kyo9
Blog yang terakhir ialah blog bro Kyo. Blog ni juga menarik kemas dan entri-entri dalam blog ni banyak memberi info. Sukan terutama bola sepak juga ada dibincangkan dalam blog ni. Bro Kyo juga selalu menceritakan pengalamannya belajar di Jepun dan ia menyebabkan aya teruja dengan cerita-cerita belau.
Pada pendapat korang , apa yang patut dilakukan untuk popularkan sesebuah blog itu ?
Soalan susah sikit nak jawab sebab blog saya ni pun blum popular lagi. Blogger baru la katakan. Kena start dari bawah. Walaupun begitu, saya nak kongsi juga pendapat saya bagaimana hendak menjadikan sesuatu blog itu popular. Ni hasil dari pembacaan blog-blog otai yang lain. Sesebuah blog itu mestilah mempunyai artikel yang menarik dan teknik penulisan yang unik. Sesebuah blog juga mestilah mempunyai identitinya yany tersendiri dan tidak mengikuti blog-blog lain. Blogger juga perlu pandai memilih tajuk-tajuk entri yang dapat menarik para pembaca untuk terus mengikuti perkembangan blog kita. Elakkan dari copy paste blog orang lain kerana ini akan mengurangkan popularity sesuatu blog.
Pentingkah populariti sesebuah blog dan kenapa ?
Semestinya penting.. Kalau tek penting manalah blogger-blogger lain terkejar-kejar mencari populariti. hehe..
Sebenarnya populariti blog dapat menjamin jumlah traffik yang tinggi. Traffik yang tinggi pula menunjukkan blog kita ada pembaca yang ramai. Tanpa pembaca, blog kita tidak berguna kerana kita akan 'syok sendiri' dengan blog kita. Bukan senang kan nak menghasilkan sesuatu entri. Kita terpaksa memerah otak untuk mencari idea untuk dimasukkan dalam penulisan.
Okeh!.. Dah siap... Kepada anda yang tidak tersenarai blognya dalam entri ini jangan la terasa pula. Blog anda juga patut popular namun perlu usaha lebih untuk mencapai tahap seperti otai-otai blogger lain. Saya pun begitu jugak...^^ Sekiranya anda juga berminat untuk menyertai segmen hujung minggu Bro BEN ASHAARI boleh masuk kat SINI.
Salam blogger. Wassalam~
{ 14 Comments... read them below or add one }
Terima kasih sebab sudi letak blog akak. Aaa..ringkas ke? Semua orang kata entry ku panjang berjela. Hahaha.
Dalam 5 buah blog yang kamu letak, yang terakhir sekali tu antara blog wajib masuk untuk Kak Zara. Kyo punya maklumat memang bagus dan at least, perspektif dari orang terpelajar macam dia, memanglah sentiasa dinantikan :)
Lebih2 lagi Kyo study Jepun, memang minat blog dia la~ XD
3 April 2011 pukul 15.17
blog saya pun masuk review sini.. sebenarnya saya masih baru dua bulan dalam dunia blogging ni.. baru lagi yang saya perlu pelajari dari segi teknik2 penulisan mahupun persembahan blog.. bagi saya ilmu blogging didada baru 5%. Tujuan saya cuma satu untuk berkongsi segala pengetahuan sesama bloggers dan juga mancari ilmu blogging dari bloggers yang lebih senior.. apapun terima kasih kepada blog Cerita Kedai Kopi kerana sudi buat posting tentang blog saya. thanks for support me.. selamat berblogging..
3 April 2011 pukul 15.20
@LORD ZARA 札拉
sama2 kak... ringkas bukan sebab apa.. blog akak ni kemas, warna putuh jer.. x la serabut... orang nak baca pun senang.. A'ah.. blog kyo memang best.. sy memang minat masuk kat blog dia tu.. tengok kesah2 dia blajar kat jepun.. memang teruja... mcm nak pg sana jer..
3 April 2011 pukul 15.28
@mjali
sama2 bro... kita sama bru blajar. tp blog kmu lagi nmpak lagi best... sy suka sebab bnyk kongsi tutorial pasal kom.. teruskan usaha bro... slamat maju jaya..^^
3 April 2011 pukul 15.31
Thanx dear.. Tak sangka rupanya ade jugak yang memandang blog sy.. Huhuhuhu.. Terharu siot~ Adik pun teruskan lah usaha memajukan dan mempopularkan blog ini ek.. Ok dah ni.. Cantik, kemas jugak..
*Umur berapa ni? Ngee :)
3 April 2011 pukul 20.43
@d_tieah
ok sama2... sedang memperbaiki teknik penulisan skrng ni... bru nak brkecimpung dlm bidang blog ni... tunjuk ajar amat diharapkan... hehe.. umur bru 21 thun...^^
3 April 2011 pukul 21.05
pergh.. x sangka penulisan ak yg banyak merepek pon mendapat pengiktirafan orang.. huhu, gud luck bro dalam menulis blog; ak yakin penulisan ko mesti lagi mantap daripada ak.. semoga sukses selalu..
3 April 2011 pukul 22.06
@kyo_9
xde hal la bro kyo... sy bru nk blajar berblogging ni... kena blajar cara otai2 menulis blog.. ^^
3 April 2011 pukul 22.14
bukan seng nk wat blog jadi feymes kan...
bnyk kna berusaha...
pe2 hal..sy doakan kite sume jadi feymes...:)
muahahaha..
4 April 2011 pukul 08.18
@pRiNCe
A'ah.. sama2 kita berusaha untuk mnjadi lebih baik... Sentiasa perbaiki diri..^^
4 April 2011 pukul 10.14
Laa, blog awak apa kurangnya?? patut popular juga..ngee
4 April 2011 pukul 10.28
@Lulu caldina
Alaa... sy ni baru lagi dlm dunia blogging ni... tp memang nak popular pun... Harap2 akan tercapai suatu hari nnti... Blog awak pun best jugak... Slamat berjaya..^^
4 April 2011 pukul 10.37
Aiyooo.. Lebih kuranglah usia kita.. Aduh~
Ermmm.. Kotak komen ni ubahlah ke pop-up window ek.. So senang sikit nak komen.. Pergi kat setting-comments.. Kemudian cari comments moderation kalau tak silap..
Entry Terbaru 1 : Berkat Emak Undi ; Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010
Entry Terbaru 2 : Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
4 April 2011 pukul 15.54
@d_tieah
yeke... xpe la.. panggil akak boleh kan.. haha.. ok dah tukar ke pop-up window... tq sbb tlong bgtau...^^
4 April 2011 pukul 19.07
Posting Komentar