Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kritiklah secara berhemah |
Pernahkah blog anda dikritik? Tidak kiralah blog anda sudah popular atau tidak pasti ada blogger-blogger lain yang akan memberi kritikan terhadap blog anda. Namum bukan semua kritikan itu membina malah ada juga kritikan yang diberikan bertujuan untuk menjatuhkah seseorang individu itu. Namun sebagai seorang blogger yang berfikiran positif, kita perlulah bijak dalam menangani kritikan yang diterima agar ia dapat membantu kita untuk memajukan lagi blog kita. Sejak kebelakangan ini, saya sering terbaca entri-entri dari blogger-blogger otai kita yang merungut telah dikritik oleh para pembaca blog mereka. Ada diantara pengkritik blog tersebut merupakan orang yang dikenali namum ada juga diantara mereka yang menyembunyikan identiti mereka atau lebih kita kenali dengan gelaran 'Anonymous'. Mereka yang digelar 'anonymous' ini merupakan golongan yang agak pengecut kerana tidak mahu identiti mereka diketahui oleh blogger-blogger lain. Bak kata pepatah "lontar batu sembunyi tangan". Kebanyakan dari mereka bukanlah memberikan kritikan yang baik tetapi mengutuk pemilik blog tersebut. Kebanyakan blogger-blogger yang menjadi mangsa kritikan kurang sopan ialah mereka yang sudah popular seperti blog Ben Ashaari, Cik Epal, dan juga Maria Elena. Namun blogger-blogger yang kurang popular juga tidak terlepas dari diperlakukan seperti itu. Mungkin kes mereka agak kurang diambil perhatian tidak seperti blogger-blogger otai yang sudah sangat popular.
Jangan jadi pengecut |
Dalam menangani kritikan ini, banyak cara yang boleh kita gunakan antaranya:
A). Kritikan sebagai cara untuk kita kuatkan mental dan keperibadian kita
Hadapi kritikan dengan sabar dan ikhlas. Kita boleh mengubah kritikan itu menjadi motivasi untuk memajukan diri. Berfikiranlah secara positif agar kritikan itu dapat menguatkan mental kita serta dapat membentuk peribadi yang kuat dan matang.
B). Terima kritikan-kritikan yang datang
Situasi ini dapat disamakan dengan memakan buah durian. Bagi mereka yang tidak suka akan bau durian, mereka akan membenci untuk memakan buah durian hanya disebabkan oleh baunya yang tidak menyenangkan walhal rasa buah durian adalah sangat enak dan berlemak. Sepatutnya mereka haruslah fokus terhadap keenakan buah durian tetapi bukanlah pada baunya. Sekiranya mereka bersabar dan tabah, mereka akan dapat merasai keenakan buah durian yang tidak dapat dirasakan jika memakan buah-buahan lain.
C). Menghargai dan berterima kasih kepada pengkritik
Banyak orang yang sudah popular dan berjaya dalam bidang blogging tidak menganggap sesuatu kritikan itu akan menjatuhkan mereka malah menganggap ia dapat menguatkan lagi kualiti kerja serta dapat mendewasakan mereka.
D). Kritikan itu suatu yang baik
Selagi kita masih hidup, selagi itulah kritikan itu akan selalu ada. Jangan fokus terhadap kritikan yang boleh menjatuhkan tetapi fokus kepada yang membina. Abaikan kutukan-kutukan yang datang kepada kita. Anggaplah setiap kritikan itu sebagai peringatan kepada kita agar kita sentiasa berhati-hati dalam melakukan kerja seharian kita.
E). Kita sebagai pengemudi diri kita
Dalam hidup ini kita adalah orang yang akan memandu arah hidup kita. Sebagai perumpamaan, jika kita berada di tengah-tengah jalan, ada kereta yang ingin melanggar kereta anda, adakah anda akan membiarkan kereta anda dilanggar. Pasti jawapannya tidak, bukan? Seperti juga dalam kehidupan, setiap dari kita mempunyai cita-cita untuk kita kecapi. Adakah anda akan membiarkan impian tersebut dihancurkan? Tentunya, tidak. Tidak perlu untuk takut kepada kritikan. Jika anda yakin terhadap arah tuju hidup anda, maka teruskanlah melangkah.
P/s: Artikel ini juga untuk saya gunakan sebagai panduan untuk terus menceburi diri dalam bidang blog ini.
Wassalam~
Sumber: Hasil pembacaan beberapa artikel dari blog lain.
Kredit to kabarinew.com & blogpopuler.com
{ 9 Comments... read them below or add one }
kena jadi kebal terima semua kritikan..
9 April 2011 pukul 10.38
betol2... jadilah blogger yang tahan cacian dan kutukan.. macam blogger2 otai yg lain...^^
9 April 2011 pukul 11.26
selalu think positive..
11 April 2011 pukul 12.11
akdang2 kita perlu dikritik supaya boleh memperbaiki diri
hye, salam singgah dari CUJEN THE LEJEN
PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG MAYBANK
11 April 2011 pukul 16.39
btol tu... sentiasa terima kritikan dan ambil pengajarannya...
11 April 2011 pukul 20.09
mcm mana nak mju kalo xde kritikan...
11 April 2011 pukul 23.08
Kritikan membina xper..kritikan mengeji abaikan..
Singgah sini..salam kenal..nak follow boleh?
Latest Entry : Jom download Toolbar UpProfits with Alexa Rank..
13 April 2011 pukul 13.44
Salam,
Tips yang bagus. Saya sendiri suka fikir yang positif. Dalam kehidupan pun perlu bersikap begitu. Dari pengalaman saya akhirnya nanti org yang dikatakan sebagai "lawan" akan jadi kawan pula kalau kita pandai menerima kritikan dan sentiasa berfikiran positif.
15 April 2011 pukul 08.52
btol2... apa2 benda yg kita lakukan perlulah sentisa fikir positif... insya-Allah ada kebaikannya nnti..^^
15 April 2011 pukul 09.05
Posting Komentar