Assalamulaikum & salam sejahtera
20 Sep - Selepas
menggemparkan ramai dengan pengumuman persiapan majlis perkahwinan yang
dikhabarkan mencecah RM12 juta, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan
Norman Hakim yang bakal diijabkabulkan 24 September ini mencipta satu
lagi sejarah dalam dunia perkahwinan selebriti tempatan.
Baru-baru ini digemparkan di beberapa laman sesawang hiburan bahawa
busana pengantin rekaan pereka tersohor dunia, Vera Wang yang bakal
dipakai oleh Memey semasa majlis resepsi bertemakan New York di Hotel
Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur akan dipamerkan di Muzium Negara
sejurus selepas majlis tersebut tamat.
Bukan sahaja gaun ciptaan Vera, malah sut persalinan Norman serta kasut
pengantin bertatahkan mutiara tajaan Rafflesia turut akan dipamerkan
yang disifatkan wajar sebagai tatapan generasi akan datang.
Tentu sahaja perkhabaran ini mengundang keterujaan pasangan bakal
mempelai ini kerana ia pertama kali berlaku di Malaysia. Namun tidak
kurang juga yang mengecam bukan terhadap gaun tersebut, sebaliknya
mempersoalkan keistimewaan si pemakai yang tiba-tiba dijulang tinggi
wahal pencapaian karier seninya tidaklah segah mana juga belum pernah
mengharumkan nama negara seperti mana penyanyi nombor satu negara, Dato'
Siti Nurhaliza yang wajar mendapat penghormatan sedemikian. Jika
dinilai dan ditimbang tara dari segi populariti dan pencapaian, gaun
perkahwinan milik Siti lebih wajar dipamerkan untuk tatapan ramai.
![]() |
Lagi, kasut perkahwinan Memey bernilai RM300,000 rekaan Jimmy Choo |
Wassalam~
{ 2 Comments... read them below or add one }
"dh rzki dy kn..
23 September 2011 pukul 11.37
Mmmm... yelah..
23 September 2011 pukul 14.03
Posting Komentar