Bob Lokman tidak minat sertai Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13)
Assalamualaikum & salam sejahtera
Bob Lokman |
Berhubung tentang kes Bob Lokman yang ditahan oleh pihak JAIS selepas beliau menghadiri satu majlis ceramah agama di Hulu Langat semalam sebagai penceramah jemputan, berikut adalah reaksi yang dilontarkan dari beliau sendiri yang dipetik dari akbar Malaysian Insider.
“Saya tidak berminat untuk menyertai politik, bukan bidang saya. Saya lebih mengutamakan kewajipan membantu umat Islam di negara kita ini supaya iman dan akidah mereka menjadi lebih mantap, saya tidak minat politik, rumit,”“Jika Umno BN kukuhkan Islam, saya akan keluar PAS, mungkin kalau itu berlaku PAS juga akan bubarkan parti itu”
“Dengan berbuat demikian, mereka sangka akan dapat mengekang orang ramai daripada menghadiri majlis dan program PAS yang dilihat akan mendapat sambutan sekiranya melibatkan golongan artis sebagai tetamu undangan dalam program tersebut,”
“Umno BN ini cuba untuk mengelakkan orang ramai daripada hadir majlis-majlis anjuran PAS supaya program mereka tidak mendapat sokongan, tapi mereka sebenarnya silap, kejadian seperti ini akan menjadikan golongan artis ini lebih popular, lebih diminati masyarakat,”
Beliau juga menjelaskan keadaan sebenar bahawa dia dijemput ke majlis ceramah itu bukanlah sebagai seorang penceramah tetapi cuma untuk berkongsi pengalaman dan hidayah yang diterimanya sebelum menyertai PAS.
“Saya kemudiannya dijemput oleh Ustaz Fakaruddin untuk menceritakan pengalaman saya sendiri, dan bercerita berkenaan hidayah yang saya terima,”
“Majlis itu turut dihadiri pegawai Jais dan juga kadi kawasan berkenaan,”
“Pegawai Jais datang kepada saya dan memberitahu saya akan ditahan kerana memberi ceramah tanpa tauliah, saya kata tahanlah, tapi mereka suruh saya ikut mereka ke balai polis dan mereka akan buat laporan polis terhadap saya, seterusnya akan buat bon untuk membebaskan saya,”
{ 8 Comments... read them below or add one }
Untuk mencari jalan pencerahan tidak mudah. Apa lagi bila masih ada lagi hati-hati yg hitam memperkotak-katikkan soal agama. Cuba kalau Bob berceramah isi yg sama tapi dia bukan org PAS adakah dia akan ditangkap? Fikirkanlah...
13 Oktober 2011 pukul 12.25
@Kakzakie
kalau dia masuk UMNO dia tak ditangkap kot.. atau jadi penceramah bebas.. sebabnya tak ada kepentingan pihak umno nak cari pasal dengan dia.
lagipun BOB artis yang berpengaruh.. tu yang kerajaan takut..
13 Oktober 2011 pukul 12.27
salam..nk mtk tlg vote saye d cni ye http://tehfatihah.blogspot.com/2011/10/nak-senyum-kenapa.html
tQ :)
13 Oktober 2011 pukul 12.32
okey!!..^^
13 Oktober 2011 pukul 12.33
asyik nak tangkap orang je.dah tak ada kerja lain lg dah..sapa2 pun boleh berdakwah,"sampaikanlah walau sepotong ayat"..
13 Oktober 2011 pukul 13.17
kadang2 nak bagi ceramah agama tapi disalah guna sebagai ceramah tarik undi...cermah kutuk orang tu orang nie...cermaah tunding jari...ermmm...
yang tak bersalah pon kene tangkap...yang bersalah bebas kat luar...
yang baik dan buruk kita yang nilaikan...heheheeee
13 Oktober 2011 pukul 13.39
@cinnamon.com kalau bob dah kena tangkap sebab bagi ceramah macam tu.. rasanya kat mesia ni bnyk lagi yang x bertauliah jais kena tangkap semua.. xkan sebab bob seorang artis berpengaruh dia sorang sj yang ditangkap!!
13 Oktober 2011 pukul 16.55
@dkna
TU la pasal.. kerajaan perlu lebih adil..
13 Oktober 2011 pukul 16.56
Posting Komentar