Giliran Safiq Rahim Ke Cardiff Oktober Ini

on 01 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Rakan sepasukan Safee sali dalam skuad kebangsaan iaitu Safiq Rahim dijangka menjalani ujian percubaan dengan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia Oktober ini.

Pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu berkata beliau mendapat tawaran daripada kelab yang mendapat jolokan nama 'Blue Birds' itu pada 26 Ogos lepas.


"Saya akan pergi bersama dengan (bekas rakan sepasukan) Safee Sali dan dijangka menjalani ujian percubaan selama tiga minggu di sana," katanya kepada Bernama selepas sesi latihan skuad Pilihan Selangor di Stadium Shah Alam.


Skuad Pilihan Selangor akan menentang Pilihan Singapura pada edisi ke-10 Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam esok.


Mengenai peluangnya untuk mendapat tempat dalam kelab itu, Safiq berkata: "Saya akan cuba beri persembahan terbaik nanti. InsyaAllah, kalau ada rezeki saya di sana, mungkin saya akan berjaya."


Sebelum ini, Safee yang kini bermain dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia mencuba nasib dengan menjalani latihan ujian percubaan selama dua minggu dengan kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.


Bagaimanapun, hajat penyerang skuad negara itu untuk bermain dalam kelab berkenaan masih menemui jalan buntu ekoran peraturan permit kerja di United Kingdom.


Pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datang dari negara di ranking 70 terbaik dunia.


 



Wassalam~ 
 

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Asy Faro mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

@asy faro

ok.. tq sudi dtg melawat... nnti sy dtg bro punya blog..^^


1 Oktober 2011 pukul 12.40

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved