Assalamualaikum & salam sejahtera
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendapatkan
perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadap penulis lirik, pelakon
dan pengacara terkenal, Bob Lokman seandainya masih berdegil enggan
hadir memberi keterangan.
Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, selebriti yang nama
sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, itu juga melakukan kesalahan lain
jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya. Bob Lokman mengadakan
ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Isnin lalu. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah.
Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut: “Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Marzuki dipetik berkata, Bob Lokman tidak memiliki tauliah dan
tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah. Laporan
semalam turut memetik sumber Jais, selebriti itu bersama dua lagi iaitu
Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais
ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah. Katanya,
mereka dibawa ke balai polis berhampiran untuk diambil keterangan
sebelum dilepaskan atas jaminan polis. Bagaimanapun, katanya, Bob
Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini,
walaupun diminta berbuat demikian.
Wassalam~
{ 6 Comments... read them below or add one }
kalau nak berdakwahh pun biar la cara betul,
btw,thanks sebab sudi singgah :)
13 Oktober 2011 pukul 07.48
entah la... rupanya nak beri ceramah pun kena ada tauliah jugak ke. mmm.. mungkin ni ceramah tu lebih kepada politik tu yang jais agak keras kot..
13 Oktober 2011 pukul 07.53
politik je semue ni...
13 Oktober 2011 pukul 08.41
@Anonymous
tidak dinafikan...
13 Oktober 2011 pukul 08.46
Dulu parti lain nak pinang dia tolak itu yg nak dapatkan tauliah pun tak mungkin dapat. Bila tak ada tauliah pulak kena tangkap. Politik membuat segalanya berputar-belit...
13 Oktober 2011 pukul 08.49
@Kakzakie
Tu la dia mainan politik di M'sia..
kesian jugak kat BOB...
13 Oktober 2011 pukul 16.46
Posting Komentar