Gambar Kontroversi Khairul Fahmi Tersebar Di Internet

on 28 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Berikut merupakan keratan petikan akhbar yang diperoleh melalui laman sesawang Harian Metro (28 Nov 2011) yang bertajuk 'Lima keping gambar mesra'.

KUALA LUMPUR: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, sekali lagi dilanda kontroversi berikutan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog hiburan.
Gambar yang dimuat naik di laman portal hiburan terbabit malam kelmarin dilakukan individu tidak dikenali atau kemungkinan dilakukan sendiri gadis berkenaan dipercayai sebagai usaha menjatuhkan reputasi penjaga gol kebangsaan itu yang popular dengan gelaran Apek.
Seakan-akan menerima nasib malang buat Khairul Fahmi selepas dia putus tunang 3 Ogos lalu dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, penjaga gawang itu dikaitkan kontroversi panas selepas beberapa gambarnya bersama kekasih, Dahlia Teck tersebar luas menerusi Internet termasuklah ketika mereka berada di Singapura dan tempat yang eksklusif.


Namun, pada 2 November lalu, Apek sekali lagi tersentak dengan penyebaran dua gambarnya bersama Dahlia Teck diambil dan dimuat naik di portal hiburan ketika mereka dan beberapa rakan meraikan pesta hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sambil beberapa botol arak bergelimpangan di atas meja.


Apek bagaimanapun, menafikan meminum arak dengan alasan mukanya merah padam disebabkan suasana panas dan keadaan yang sesak, namun biarpun tidak melakukannya Apek tetap ditegur Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed kerana disabitkan sebagai bersubahat. (Sumber: Harian Metro)


Dan berikut merupakan artikel yang diambil dari blog Edisikini.com

Awal pagi tadi, kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang di'ragui mengandungi gambar-gambar yang bakal anda lihat selepas ini.

Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat & Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi.
Kami amat pasti yang penghantar e-mail yang kami (dan beberapa media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri.






Dan, kami sedikit ragu dengan motif sebenar pendedahan ini ketika Khairul Fahmi kembali ke puncak sanjungan peminat selepas kejayaan demi kejayaan yang tidak sedikit pun terganggu dek gosip.

Set gambar yang kami terima turut mengandungi dua screenshootBlackberry Messenger (BBM) yang kami percaya perbualan antara Khairul Fahmi & Shida Harmi sendiri sekitar Ogos 2011 yang lalu. 

Walaupun bakal ada peminat Khairul Fahmi yang akan datang ke'sini berkata kami keluarkan artikel ini dengan perasaan penuh hasad dengki & tidak patriotik - Percayalah tiada niat sebegitu di'hati kami.


(Gambar telah dibuang. Kalau nak tengok juga cari sendiri.) 
Sumber: ROTIKAYA

P/s: Kesian Khairul Fahmi ada je orang yang dengki dengan dia. Moga-moga dia akan sentiasa tahan dengan dugaan yang mendatang.


Wassalam~
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved