Tampilkan postingan dengan label Kontroversi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kontroversi. Tampilkan semua postingan

KECOH GAMBAR ADIRA PEGANG PATUNG ANJING

on 06 Februari 2012

KONTROVERSI GAMBAR ADIRA PEGANG ANAK PATUNG ANJING PUN NAK KECOH | JANGAN SEBAR CERITA KALAU BELUM SAHIH ! | GOSIP ARTIS

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hanya disebabkan sekeping gambar yang belum tentu lagi kesahihannya, kecoh gambar Adira memegang patung anjing disebarkan. Gambar kontroversi itu didakwa merupakan gambar Adira, bekas pelajar Akademi Fantasia yang kini sedang popular menerusi lagunya bertajuk Ombak Rindu, OST filem romantik 'Ombak Rindu' nyanyian bersama juara Anugerah Juara Lagu ke-26 baru-baru ini, Hafiz juga seorang bekas pelajar Akademi Fantasia. Gambar tersebut disebarkan oleh sebuah laman web hiburan, Rotikaya.com.

ADIRA PEGANG ANJING (Sumber: Rotikaya)

P/s: Kesian Adira, pegang pantung anjing pun nak heboh.


Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: Rotikaya

GAMBAR KONTROVERSI SHEILA MARCIA SEKSI TERSEBAR

on 15 Januari 2012

GAMBAR KONTROVERSI SHEILA MARCIA TERSEBAR DI INTERNET | GAMBAR TANPA SELUAR DALAM

Assalamualaikum & salam sejahtera

Gambar Seksi Mirip Sheila Marcia Tersebar !

Bintang sinetron "Anugerah", Sheila Marcia mencetuskan kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan di internet.

Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu tersebar di internet, malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tentang perkara tersebut. 

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang gambar tersebut," ujarnya seperti dipetik daripada Detikhot semalam. 

Ibu kepada pelakon berusia 22 tahun percaya bahawa perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang tidak suka dan ingin memalukan anak perempuannya itu. 

"Kasihan kerana mereka hanya mengotorkan diri dan hati mereka sendiri." 

Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam. 

Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan pada April 2011.

Wassalam~


Sumber: yahoo.com


 
Derma [LIKE] Anda!

Video Temuramah Nur Amalina Che Bakri

on 04 Januari 2012

Video Temuramah Nur Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM 2005 17A1 mengenai gambar kontroversinya di laman sosial facebook

Assalamualaikum & salam sejahrtera

Entri ini merupakan kesinambungan entri yang bertajuk "Nur Amalina Ditemuramah Melalui SKYPE Video Chat"


Klik Untuk besarkan gambar.
Temuramah Bersama Nur Amalina Oleh Blog Beautifulnara.com


Berikut merupakan video yang diambil oleh krew wartawan Blog Beautifulnara.com semasa melawat rumah keluarga Nur Amalina Che Bakri petang tadi di Kota Tinggi. Video di bawah diambil semasa krew wartawan beautifulnara melakukan sesi video chat melalui skype bersama Nur Amalina yang kini berada di Edinburgh, UK.












Sumber: Beautifulnara.com


"Children are the best gifts to a mother. Share your stories about your little ones and win extravagant prizes up to RM 50,000"







Sumber: Beautifulnara.com


Nak lebih lanjut? Klik sini<<


Wassalam~


Sumber: Beautifulnara.com

Shida Kecewa Terima Tohmahan

on 01 Desember 2011

Assalamulaikum & salam sejahtera


KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.
Wassalam~

Gambar Kontroversi Khairul Fahmi Tersebar Di Internet

on 28 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Berikut merupakan keratan petikan akhbar yang diperoleh melalui laman sesawang Harian Metro (28 Nov 2011) yang bertajuk 'Lima keping gambar mesra'.

KUALA LUMPUR: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, sekali lagi dilanda kontroversi berikutan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog hiburan.
Gambar yang dimuat naik di laman portal hiburan terbabit malam kelmarin dilakukan individu tidak dikenali atau kemungkinan dilakukan sendiri gadis berkenaan dipercayai sebagai usaha menjatuhkan reputasi penjaga gol kebangsaan itu yang popular dengan gelaran Apek.
Seakan-akan menerima nasib malang buat Khairul Fahmi selepas dia putus tunang 3 Ogos lalu dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, penjaga gawang itu dikaitkan kontroversi panas selepas beberapa gambarnya bersama kekasih, Dahlia Teck tersebar luas menerusi Internet termasuklah ketika mereka berada di Singapura dan tempat yang eksklusif.


Namun, pada 2 November lalu, Apek sekali lagi tersentak dengan penyebaran dua gambarnya bersama Dahlia Teck diambil dan dimuat naik di portal hiburan ketika mereka dan beberapa rakan meraikan pesta hari jadi di sebuah restoran makanan Itali di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sambil beberapa botol arak bergelimpangan di atas meja.


Apek bagaimanapun, menafikan meminum arak dengan alasan mukanya merah padam disebabkan suasana panas dan keadaan yang sesak, namun biarpun tidak melakukannya Apek tetap ditegur Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed kerana disabitkan sebagai bersubahat. (Sumber: Harian Metro)


Dan berikut merupakan artikel yang diambil dari blog Edisikini.com

Awal pagi tadi, kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang di'ragui mengandungi gambar-gambar yang bakal anda lihat selepas ini.

Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat & Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi.
Kami amat pasti yang penghantar e-mail yang kami (dan beberapa media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri.






Dan, kami sedikit ragu dengan motif sebenar pendedahan ini ketika Khairul Fahmi kembali ke puncak sanjungan peminat selepas kejayaan demi kejayaan yang tidak sedikit pun terganggu dek gosip.

Set gambar yang kami terima turut mengandungi dua screenshootBlackberry Messenger (BBM) yang kami percaya perbualan antara Khairul Fahmi & Shida Harmi sendiri sekitar Ogos 2011 yang lalu. 

Walaupun bakal ada peminat Khairul Fahmi yang akan datang ke'sini berkata kami keluarkan artikel ini dengan perasaan penuh hasad dengki & tidak patriotik - Percayalah tiada niat sebegitu di'hati kami.


(Gambar telah dibuang. Kalau nak tengok juga cari sendiri.) 
Sumber: ROTIKAYA

P/s: Kesian Khairul Fahmi ada je orang yang dengki dengan dia. Moga-moga dia akan sentiasa tahan dengan dugaan yang mendatang.


Wassalam~

Anugerah Lagu Terbaik AIM18 Milik Yuna Ditarik Balik

on 23 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Belum pun sampai sebulan Yuna memegang trofi anugerah lagu terbaik AIM18 yang lepas, sudah ada khabar angin yang mengatakan Trofi kemenangan Yuna perlu ditarik balik oleh pihak penganjur. Ini kerana ada pihak yang mengatakan terdapat kesilapan dalam pengiraan markah yang menyebabkan lagu Penakut nyanyian Yuna dinobatkan sebagai pemenang. Biasanya lagu yang akan memang anugerah utama perlulah memenangi anugerah dalam kategori lagu yang dipertandingkan. Untuk lagu penakut yang tercalon dalam kategori pop terbaik, lagu sedetik lebih nyanyian Anuar Zain sudah pun menewaskan lagu Yuna apabila memenangi anugerah lagu pop terbaik. Mungkinkah disebabkan pencipta lirik lagu Sedetik Lebih nyayian Anuar Zain iaitu Edry ada hubungan adik beradik dengan pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia, pihak yang bertanggungjawab dalam penganjuran AIM18? Entahlah... Kita nantikan sahaja apa kesudahannya nanti.

P/s: Bagi pendapat saya tidak perlulah lagi mempertikaikan perkara yang telah berlalu. Yang sudah berlaku biarlah dibiarkan berlalu. Jadikan iktibar di hari muka.

Klik untuk lebih lanjut<<<

Sumber: Berita harian


Wassalam~

KLIP 3GP lulus bersih

on 13 Oktober 2011

Filem KLIP 3GP kontroversi tetapi lulus bersih dan dilepaskan tanpa sebarang potongan.

Assalamualaikum & salam sejahtera


Filem kontroversi yang dibintangi pelakon seperti Zahiril Adzim, Mimie (One Nation Emcee), Fikhree Abu Bakar, Adeline Anthony, Amanda Misbun, Sara Ali dan ramai lagi telah dibenarkan untuk ditanyangkan di pawagam seluruh Malaysia tanpa sebarang potongan pada babak kontroversi filem tersebut mulai 13hb Oktober 2011. Filem itu yang dikatakan mempunyai babak yang terlalu ekstrem seperti babak tikaman sebanyak 5 kali serta adegan ranjang antara Maya dan Sunny (Fikhree Bakar) merupakan satu filem yang bergenre psycho thriller.

Pengarah filem Klip 3GP, Aidil Fitri Mohd Yunos agak terkejut apabila filemnya diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) tanpa sebarang potongan.


Sinopsis Filem KLIP 3GP
Filem "Klip 3GP" mengisahkan kehidupan Eddie, Maya Akhtar, Sandra dan tiga remaja, Suria, Mina dan Zakiah. ddie, seorang jejaka tampan, muda mengecapi kejayaan perniagaannya pada usia seawal 20-an. Mempunyai ramai teman wanita dan kehidupan mewah, tiada siapa yang menduga Eddie meraih keuntungan melalui pembelian dan penjualan klip-klip pornografi dan sensasi melalui internet.

Maya Akhtar pula seorang wartawan telah menjadi mangsa ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka. Malah isteri Sunny turut bersekongkol dalam mendapatkan duit setelah memeras ugut wanita yang telah diperdayakan oleh suaminya.

Peristiwa pada satu malam telah mengubah kehidupan Suria, Mina dan Zakiah yang dalam perjalanan untuk berhibur di Kuala Lumpur apabila mereka diburu oleh satu makhluk yang mengerikan.
Kisah keempat pula menceritakan Sandra, seorang pelajar yang menjadi mangsa deraan seksual apabila diperkosa beramai-ramai oleh geng motosikal yang turut dianggotai oleh abang kandungnya sendiri.
(Sumber: http://www.tupai.com.my)


Trailer Filem KLIP 3GP



Screenshoot Movie KLIP 3GP










P/s: Apa pendapat korang pasal filem ni?

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved