Anugerah Lagu Terbaik AIM18 Milik Yuna Ditarik Balik

on 23 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Belum pun sampai sebulan Yuna memegang trofi anugerah lagu terbaik AIM18 yang lepas, sudah ada khabar angin yang mengatakan Trofi kemenangan Yuna perlu ditarik balik oleh pihak penganjur. Ini kerana ada pihak yang mengatakan terdapat kesilapan dalam pengiraan markah yang menyebabkan lagu Penakut nyanyian Yuna dinobatkan sebagai pemenang. Biasanya lagu yang akan memang anugerah utama perlulah memenangi anugerah dalam kategori lagu yang dipertandingkan. Untuk lagu penakut yang tercalon dalam kategori pop terbaik, lagu sedetik lebih nyanyian Anuar Zain sudah pun menewaskan lagu Yuna apabila memenangi anugerah lagu pop terbaik. Mungkinkah disebabkan pencipta lirik lagu Sedetik Lebih nyayian Anuar Zain iaitu Edry ada hubungan adik beradik dengan pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia, pihak yang bertanggungjawab dalam penganjuran AIM18? Entahlah... Kita nantikan sahaja apa kesudahannya nanti.

P/s: Bagi pendapat saya tidak perlulah lagi mempertikaikan perkara yang telah berlalu. Yang sudah berlaku biarlah dibiarkan berlalu. Jadikan iktibar di hari muka.

Klik untuk lebih lanjut<<<

Sumber: Berita harian


Wassalam~
Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

Hanis Nizam mengatakan...

Lahh , mcm tu pulak dah -.-


23 November 2011 pukul 10.06
Yunan mengatakan...

Ala.. buat pa tarik balik.. bodoh betul..
sudah bagi.. sudah la..

benda dh berlaku.. BODOH!


23 November 2011 pukul 10.16
Unknown mengatakan...

nak tarik ke xnak tarik ke yang penting xde kesan dalam kehidupan atok....hahaha


23 November 2011 pukul 11.54
Kakzakie Purvit mengatakan...

Kakak tak pernah mengikuti pun perkembangan muzik tanah air, so tak boleh nak komen banyak...


23 November 2011 pukul 12.18

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved