Tampilkan postingan dengan label anugerah lagu terbaik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anugerah lagu terbaik. Tampilkan semua postingan

Sidang Media Pembetulan Anugerah Lagu Terbaik AIM18

on 25 November 2011

Anugerah Lagu Terbaik AIM18 Milik Anuar Zain dengan lagu Sedetik Lebih

Assalamualaikum & salam sejahtera



Segala persoalan tentang kontroversi yang belaku pada AIM18 yang lepas telah pun terjawab selepas pihak penganjur mengadakan sidang media bagi memperbetulkan kesilapan yang telah berlaku terhadap anugerah lagu terbaik milik Yuna dengan lagunya Penakut. Semua artis yang terlibat dijemput bersama menghadiri sidang media tersebut termasuklah Yuna dan pemilik anugerah lagu terbaik yang baru iaitu Anuar Zain dan pencipta lirik lagu tersebut iaitu Edry Abdul Halim dengan lagunya Sedetik Lebih.




Berikut merupakan video sidang media yang sempat diambil:





Kredit kepada uploader video ini: RadioEra

Wassalam~

YUNA Kecewa Anugerah Lagu Terbaik AIM18 Sah Ditarik Balik

on 24 November 2011

YUNA Kecewa Anugerah Lagu Terbaik AIM18 Sah Ditarik Balik

Assalamualaikum & salam sejahtera


Yuna, penyanyi dan komposer muda berbakat besar meluahkan rasa terkilan dan kecewanya terhadap tindakan penganjur AIM18 kerana menarik balik anugerah yang telah dimilikinya. Walaupun begitu beliau akur dan meminta agar pihak penganjur segera membuat sidang akhbar bagi menjelaskan bagaimana perkara tersebut terjadi. 
Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan - Yuna

Namun begitu, Yuna tidak bercadang untuk membuat sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Semasa menerima anugerah lagu terbaik AIM18 yang lepas, Yuna sudah merasakan ada perkara yang tidak kena dengan anugerah yang diperolehnya kerana syarat anugerah lagu utama perlulah diberikan kepada lagu yang menang dalam setiap kategory lagu yang dipertandingkan. 
Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan - Yuna

Wassalam~

Anugerah Lagu Terbaik AIM18 Milik Yuna Ditarik Balik

on 23 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Belum pun sampai sebulan Yuna memegang trofi anugerah lagu terbaik AIM18 yang lepas, sudah ada khabar angin yang mengatakan Trofi kemenangan Yuna perlu ditarik balik oleh pihak penganjur. Ini kerana ada pihak yang mengatakan terdapat kesilapan dalam pengiraan markah yang menyebabkan lagu Penakut nyanyian Yuna dinobatkan sebagai pemenang. Biasanya lagu yang akan memang anugerah utama perlulah memenangi anugerah dalam kategori lagu yang dipertandingkan. Untuk lagu penakut yang tercalon dalam kategori pop terbaik, lagu sedetik lebih nyanyian Anuar Zain sudah pun menewaskan lagu Yuna apabila memenangi anugerah lagu pop terbaik. Mungkinkah disebabkan pencipta lirik lagu Sedetik Lebih nyayian Anuar Zain iaitu Edry ada hubungan adik beradik dengan pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia, pihak yang bertanggungjawab dalam penganjuran AIM18? Entahlah... Kita nantikan sahaja apa kesudahannya nanti.

P/s: Bagi pendapat saya tidak perlulah lagi mempertikaikan perkara yang telah berlalu. Yang sudah berlaku biarlah dibiarkan berlalu. Jadikan iktibar di hari muka.

Klik untuk lebih lanjut<<<

Sumber: Berita harian


Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved