Tampilkan postingan dengan label yuna. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label yuna. Tampilkan semua postingan

Video Klip Terbaru YUNA Bersama MTV Dilancarkan

on 13 Desember 2011

Yuna lancarkan Video Klip Bersama MTV Yang Disiarkan Melalui Lawan Web Rasmi MTV

Assalamualaikum & salam sejahtera


Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai merupakan penyanyi yang tidak asing lagi di negara kita. Beliau telah memenangi banyak anugerah sejak memulakan penglibatan beliau dalam industri seni tanah air. Walaupun Yuna masih lagi baru dalam dunia nyanyian, tetapi namanya sudah dikenali di seluruh dunia apabila Yuna telah mula mengembangkan pengaruh muziknya ke Amerika Syarikat. Ternyata industri muzik tanah air amat menyokong keunikan bakat yang ada pada diri Yuna apabila beliau dianugerahkan Anugerah Kembara sempena AIM 18 yang lepas di atas pencapaiannya dalam bidang nyanyian.  Walaupun Anugerah Lagu terbaik AIM18 yang pada mulanya dimenanginya telah ditarik balik, namun tidak dapat dinafikan beliau merupakan seorang penyanyi yang bakal memenangi lebih banyak anugerah selepas ini termasukkan Anugerah Lagu Terbaik AIM di masa akan datang.

Baru-baru ini Yuna telah melancarkan video klip terbarunya bersama MTV berjudul 'Someone Out of Town'. Jom sama-sama kita saksikan video tersebut.






Wassalam~

Sumber: MTV Official Website

Sidang Media Pembetulan Anugerah Lagu Terbaik AIM18

on 25 November 2011

Anugerah Lagu Terbaik AIM18 Milik Anuar Zain dengan lagu Sedetik Lebih

Assalamualaikum & salam sejahtera



Segala persoalan tentang kontroversi yang belaku pada AIM18 yang lepas telah pun terjawab selepas pihak penganjur mengadakan sidang media bagi memperbetulkan kesilapan yang telah berlaku terhadap anugerah lagu terbaik milik Yuna dengan lagunya Penakut. Semua artis yang terlibat dijemput bersama menghadiri sidang media tersebut termasuklah Yuna dan pemilik anugerah lagu terbaik yang baru iaitu Anuar Zain dan pencipta lirik lagu tersebut iaitu Edry Abdul Halim dengan lagunya Sedetik Lebih.




Berikut merupakan video sidang media yang sempat diambil:





Kredit kepada uploader video ini: RadioEra

Wassalam~

Anugerah Lagu Terbaik AIM18 Milik Yuna Ditarik Balik

on 23 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Belum pun sampai sebulan Yuna memegang trofi anugerah lagu terbaik AIM18 yang lepas, sudah ada khabar angin yang mengatakan Trofi kemenangan Yuna perlu ditarik balik oleh pihak penganjur. Ini kerana ada pihak yang mengatakan terdapat kesilapan dalam pengiraan markah yang menyebabkan lagu Penakut nyanyian Yuna dinobatkan sebagai pemenang. Biasanya lagu yang akan memang anugerah utama perlulah memenangi anugerah dalam kategori lagu yang dipertandingkan. Untuk lagu penakut yang tercalon dalam kategori pop terbaik, lagu sedetik lebih nyanyian Anuar Zain sudah pun menewaskan lagu Yuna apabila memenangi anugerah lagu pop terbaik. Mungkinkah disebabkan pencipta lirik lagu Sedetik Lebih nyayian Anuar Zain iaitu Edry ada hubungan adik beradik dengan pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia, pihak yang bertanggungjawab dalam penganjuran AIM18? Entahlah... Kita nantikan sahaja apa kesudahannya nanti.

P/s: Bagi pendapat saya tidak perlulah lagi mempertikaikan perkara yang telah berlalu. Yang sudah berlaku biarlah dibiarkan berlalu. Jadikan iktibar di hari muka.

Klik untuk lebih lanjut<<<

Sumber: Berita harian


Wassalam~

5 Artis Wanita Malaysia Kegilaan Remaja masa Kini

on 19 November 2011


Assalamualaikum & salam sejahtera

Top Female Malaysian Singers

Pada pendapat koranglah siapa penyanyi wanita yang paling popular buat masa kini? Mesti setiap jawapan korang berbeza kan. Hah! Tadi masa saya syok melayan video klip baru Stacy (Kasanova, memang best!), tiba-tiba  terjumpa video ni pula, Top5 Favourite Malaysian Teen Pop Singer. Nak tahu tak siapa 5 penyanyi yang dimaksudkan tu? Hah.. Jom tonton video di bawah ni. Kredit kepada yang pengupload video ni, TheFameCrew55133.





 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved