Kisah Cinta: Respon Neelofa Terhadap Kenyataan Hans Isaac

on 29 November 2011

Kisah percintaan diantara Hans Isaac dan Neelofa

Assalamualaikum & salam sejahtera


Kita imbas kembali petikan akbar dari salah satu lawan web berita (Yahoo.com) bertarikh 28 Nov 2011.

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan penerbit, pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac sedang hangat bercinta bersama aktres baru, Nor Neelofa Mohd Noor. Namun masing-masing menafikan dakwaan tersebut sebaliknya memberitahu rapat atas dasar kerja kerana bergandingan dalam filem "Lemak Kampung Santan".

Namun kini muncul pula kisah pasangan ini sedang mengenali hati buding masing-masing memandangkan penggambaran filem komedi tersebut sudah pun berakhir beberapa minggu lalu.

Perkara ini telah disahkan oleh Hans sendiri ketika ditemui di tayangan perdana filem arahan Afdlin Shauki, "Misteri Jalan Lama" yang turut menampilkan Hans sebagai peneraju utama di samping Que Haidar.

"Apa yang saya boleh katakan adalah kami sememangnya berkawan rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Itu sahaja yang saya boleh berkongsi bersama anda semua kerana saya ingin lebih memfokuskan kepada karier saya," ujar jejaka kacak berusia 40 tahun ini.


"Walaubagaimanapun sekiranya ada berita baik, saya tidak akan menyembunyikannya. Bagi saya, jika hubungan kami berjalan dengan lancar, baguslah," akhirinya yang kelihatan gembira apabila berbicara tentang hubungannya itu.


Ini pula respon yang diberikan oleh Neelofa sendiri tentang kisah percintaan mereka (Sumber: Rotikaya). 

Beberapa hari lalu, kami ada menyiarkan petikan kenyataan Hans Isaac yang di’temui pihak media berkata beliau kini sedang mengenal hati budi Neelofa.
Soalan berkaitan hubungan bersama Neelofa di’lontarkan wartawan ketika pra tonton Misteri Jalan Lama tempoh hari dan jawapan Hans Isaac menjadi topik perbualan.

Wartawan kami hari ini sempat bertemu Neelofa di Cyberjaya untuk mendapatkan kenyataan balas dan gadis ini nampak terkejut apabila di’ajukan kenyataan dari Hans Isaac.

“Kalau dia (Hans Isaac) berkata mengenal hati budi sebagai kawan, ya saya akui kenyataan itu dan saya tidak pernah menganggap hubungan professional kami lebih dari sekadar kawan,” ujar Neelofa.

Turut menjawab isu gossip mempunyai hubungan dengan seorang VIP, Neelofa lantas menjawab,”Saya macam orang lain yang jalankan perniagaan, mesti ada bertemu VIP untuk urusan perniagaan — tidak lebih dari itu.”

Wassalam~
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

dkna mengatakan...

pasni kita tunggu cerita seterusnya :)


29 November 2011 pukul 10.32
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

jeng3.. kita tunggu.. hehe


29 November 2011 pukul 11.55

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved