Pemain Sensasi Nazmi Faiz Menduduki SPM Tahun Depan

on 25 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Korang mesti kenal dengan Nazmi Faiz kan? Nama mamat ini terkenal selepas sama-sama membantu skuad Harimau Muda memenangi pingat emas dalam bola sepak Sukan SEA yang lepas. Walaupun Nazmi Faiz masih berumur  belasan tahun tapi bakatnya amat terserlah dan menjadi perhatian banyak pihak terutamanya persatuan bola sepak Malaysia. Dikhabarkan Nazmi Faiz sepatutnya menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini tetapi atas sebab terpilih dalam skuad bola sepak Sukan SEA yang lepas, dia terpaksa menunda untuk mengambil peperiksaan tersebut. Baca artikel di bawah untuk berita lanjut:

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 Nov lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau," kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama Jumaat.

"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka," katanya.

-- BERNAMA 


Wassalam~
Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

Anonim mengatakan...

Amek periksa dulu la dik oi....pastu main la bola puas2...jgn jadi kepala bana sudah...


25 November 2011 pukul 23.13
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

kepala bana tu apa?? hehe... btol2.. belajar tu penting.. bukan selamanya kita dapat main bola..


25 November 2011 pukul 23.40
Anonim mengatakan...

kalau nak ikutkan main bola ni bley jadi kaya walaupun x sekaya beckham...tapi kalau main mcm kepala bana baik bersara awl2...


26 November 2011 pukul 01.14
Mohd Zakwan Zain mengatakan...

aah la , kepala bana tu apebende?
harap2 la Nazmi ni dapat buat yang terbaik untuk SPM dia macam dia buat untuk bola sepak :D
Blog Mohd Zakwan :)


26 November 2011 pukul 01.18
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

@pakcik anon: tengok la kat eropah... pemain bola d sna dari kecil lg masuk akademi bola sepak.. x masuk univrsity pun.. tp kekayaan dorang mengalahkan orang yang masuk u.. bola sepak sudah jadi kerjaya di sana.. malaysia pun sama walaupun kualiti x setaraf dengan bola spak d eropah


26 November 2011 pukul 08.02
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

@Mohd Zakwan: Selalunya orang yg aktif bersukan ni mudah nak blajar... sebabnya otak diorang cerdas.. Harap dia berjaya dalam sukan d akademik.. bleh masuk U slm bidang yg dia gemar..


26 November 2011 pukul 08.05

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved