Chef Riz dan Ana Dahlia Selamat Diijab Kabul

on 11 Desember 2011

Dengan sekali lafaz, pasangan Chef Riz dan Ana Dahlia selamat bergelar suami isteri.
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Tahniah buat pasangan Ana Dahlia & Chef Riz kerana telahpun selamat diijab kabul dengan sekali lafaz sahaja pada pukul 12.20 tengahari tadi. Majlis tersebut berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan iaitu di Kampung Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Perak. 


Dalam majlis pernikahan tersebut, Ana Dahlia menerima wang hantaran sebanyak RM20 Ribu dan mas kahwin RM1001 dan dibalas dengan 15 dulang dari pihak pengantin perempuan. Ustaz yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan majlis pernikahan tersebut ialah Ustaz Hj. Nawi Osman, 57, Naib Kadi di Kampung Batu 8, Changkat Jering, Perak.


Ucapan tahniah sekali lagi kepada pasangan ini dan diharap hubunagn mereka berkekalan. InsyaAllah~


Wassalam~

Sumber: Rotikaya
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved