Warga MALAYSIA Mati Di New Zealand

on 11 Desember 2011

Warga MALAYSIA Mati Di New Zealand

Assalamualaikum & salam sejahtera

WELLINGTON: Seorang pelancong Malaysia dan seorang lagi dari China mati apabila gagal dalam percubaan mereka untuk menyeberangi sungai berdekatan kawasan glasier Franz Josef di pulau selatan New Zealand, malam kelmarin, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Polis Franz Josef dalam satu kenyataan semalam berkata, wanita berusia 20 tahun dari China dan rakan wanitanya berusia 23 tahun dari Malaysia adalah sebahagian daripada sekumpulan empat individu yang melalui laluan pejalan kaki di kawasan timbunan ais itu.

Kumpulan terbabit cuba menyeberangi Sungai Waiho kira-kira jam 9.30 malam (waktu New Zealand) tetapi kedua-dua wanita berkenaan dihanyutkan arus deras.
Dua lagi ahli kumpulan itu berjaya keluar dari sungai berkenaan sebelum meminta bantuan.

Sepasukan anggota keselamatan yang bergegas dengan helikopter menemui mayat dua wanita berkenaan di sungai itu, jam 1 pagi semalam.

Menurut agensi berita itu, tiada maklumat lanjut diperoleh sebelum waris mangsa dihubungi.

Sumber: Bernama
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved