Assalamualaikum & salam sejahtera
Sinopsis KL Gangster 2 Prequel:
Dua beradik, Malek lakonan Aaron Aziz dan Jai lakonan Adi Putra
telah terjebak dalam kegiatan gangster secara tak langsung lepas
kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Oleh kerana kehidupan mereka susah,
mereka diugut dan diburu oleh gangster yang meminta hutang ayah mereka
dulu.
Mereka hidup dalam kesempitan wang bersama ibu (Ku Faridah dan adik perempuan (Shera Iskandar). Jai mula liar kerana mahu mendapatkan wang walau dengan apa cara sekalipun.
Walaupun
Malek menentang keras tindakan Jai tetapi Jai tidak mempedulikan
nasihat Malek, Malek mulai risau dan tertekan ditambah lagi ibu mereka
menghidap penyakit barah.
Shera telah diperkosa oleh Tailong (Rosyam Nor)
seorang gangster besar di KL dan giat menjalankan kegiatan haram,
semua gangster-gangster akur dengan perbuatan Tailong yang digeruni
kerana kekuasaan pengaruhnya.
King (Ridzuan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof)
merancang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan cuba menjatuhkan
Tailong. Mereka telah mendapatkan bantuan Malek yg jugak rakan baik
King. Malek ditawarkan ganjaran yg besar, Malek tidak menolak kerana
memikirkan kos perubatan yang perlu ditanggung untuk merawat ibunya.
King mula kuat dan berpengaruh dengan bantuan Malek, tetapi Malek
telah dibenci dan dihalau oleh ibunya kerana tidak menyukai perbuatannya
terlibat dengan kegiatan gangster.
Sementara itu Tailong rasa
tergugat dan merancang untuk menhapuskan Malek dan King, berlaku lah
pertempuran hebat antara Tailong dan kumpulan King, mereka hampir kalah
kepada Tailong tetapi terselamat apabila polis tiba.
Malek
ternampak tatto di badan Tailong sama dengan tatto pembunuh ayahnya, dan
bermulalah dendam Malek kepada Tailong. Berjayakah Malek membalas
dendam atas kematian ayahnya di tangan Tailong dan apakah kesudahannya?
SoundTrack KL gangster:
Wassalam~
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar