Anak dirantai seperti binatang dalam tandas yang busuk oleh bapa yang zalim
Assalamualaikum & salam sejahtera
BUTTERWORTH: Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang
menjaga mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung
kedua-dua kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka
dirantai di sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin.
Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan
perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka
disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam
selepas kira-kira lima jam dikurung.
Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada
jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik
itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki
kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.
Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.
Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.
Jiran kemudian memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap belakang rumah kedai dua tingkat itu sebelum ternampak dua beradik terbabit dalam keadaan lemah di dalam tandas rumah mereka yang terletak di tingkat atas.
P/s: Mungkin bapa budak tu mengalami tekanan di tempat kerja kot? Apa pendapat anda? Komen la..
Wassalam~
{ 4 Comments... read them below or add one }
poor girls..jahatnya bapa dia..adeii.
30 Desember 2011 pukul 17.00
ini bukan tekanan tetapi bapak dia mengalami masalah penyakit otak yang keterlaluan tapi bukan gila cuma terlebih biol....org macamni tak payah penjara atau denda tapi ikat dia balik macam dia buat kat anak
k dia...kalau anak dia umur 4 tahun kena ikat 5jam...jadi sibiol ni umur dia lebih kurang 40tahun kita ikat dia 50jam...Amacam gua punya pendapat ni genius tak???
30 Desember 2011 pukul 22.03
♡Hanisah Anns♡: kesian kan... anak yang jadi mangsa..
30 Desember 2011 pukul 23.00
Hamba Allah: Terima kasih sudi bagi pendapat... Hmm.. kalau buat macam tu boleh bagi pengajaran buat dia ka. rasanya hukuman tu blom setimpal dan memberi kesan pada dia.. hehe... tambah lagi.. bukan setakat 50 jam.. penjara laa.. =)
30 Desember 2011 pukul 23.03
Posting Komentar