Tampilkan postingan dengan label kurung anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kurung anak. Tampilkan semua postingan

Anak dirantai seperti binatang

on 30 Desember 2011

Anak dirantai seperti binatang dalam tandas yang busuk oleh bapa yang zalim

Assalamualaikum & salam sejahtera


BUTTERWORTH: Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang menjaga mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung kedua-dua kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka dirantai di sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin. 

Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam selepas kira-kira lima jam dikurung.

Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.

Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.

Jiran kemudian memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap belakang rumah kedai dua tingkat itu sebelum ternampak dua beradik terbabit dalam keadaan lemah di dalam tandas rumah mereka yang terletak di tingkat atas.

P/s: Mungkin bapa budak tu mengalami tekanan di tempat kerja kot? Apa pendapat anda? Komen la..

Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved