Sinopsis dan Trailer Filem Songlap 2011

on 10 Desember 2011

Sinopsis dan Trailer Filem Songlap 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Filem Songlap 2011

Filem Songlap

Pengarah: Effendee, Fariza Azlina
Syarikat Penerbit: Promeworks Studios Sdn Bhd, Red Films Sdn Bhd
Kategori: Filem Cereka
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 15 Disember 2011

Pelakon Utama:
Shaheizy Sam
Syafie Naswip
Sara Ali

Sinopsis Filem Songlap:
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy. 



AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Trailer Filem Songlap:





Wassalam~
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

nikeeya mengatakan...

boleh than lah..mcm best..hrp2 ad aksi2 y besh..bru syok tgok..:)


11 Desember 2011 pukul 23.58
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

harap macam tu la ekk.. aku tengok shaheizy berlakon lebih kepada aksi n lawak.. xtau la dlm filem ni macam mana..


12 Desember 2011 pukul 01.52

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved