Ombak Rindu Kutip RM2 Juta Untuk 72 Jam

on 04 Desember 2011

Ombak rindu, RM2 juta, 72 Jam, Pecah rekod, Filem Terbaik

Assalamualaikum & salam sejahtera


Wow!. Ombak Rindu filem panas buat masa sekarang ini. Ramai yang sibuk memperkatakan tentang kehebatan dan juga kekurangan filem ini di dalam Facebook, Twitter mahupun Blog masing-masing. Ada macam-macam respon yang diterima dari pihak penonton, antaranya, ada yang kata filem ini sangat sedih sehinggakan penonton perlu membawa sekotak tisu semasa menonton filem Ombak Rindu, ada juga yang tidak berpuas hati dengan jalan ceritanya kerana berbeza dengan jalan cerita yang terdapat dalam Novel Ombak Rindu, dan macam-macam respon lagi. 


Bagi yang sudah menonton filem ini mungkin mereka lebih arif untuk memperkatakan tentang kekuatan dan kekurangan filem ini. Di bawah ini adalah petikan enti yang diambil dari blog ROTIKAYA. Syabas kepada Filem Ombak rindu kerana berjaya mengutip RM2 Juta dalam tempoh 72 Jam. Mungkinkan filem ini boleh memecahkan rekod kutipan yang dilakukan oleh filem KL Gangster iaitu RM12 Juta?

Secara sah Malaysia kini di’landa demam Ombak Rindu. Suara orang ramai berkata filem ini sememangnya filem yang di’nanti dan pawagam sentiasa penuh sehingga ke hari ini.

Malah ada antara peminat yang meluahkan keluh kesah di Twitter, Facebook dan blog kecewa tidak berpeluang menonton filem romantik arahan Osman Ali ini kerana kehabisan tiket.

Sinar Harian semalam menyebut yang pihak penerbitan Ombak Rindu mengesahkan kutipan hari pertama di’pawagam seluruh negara berjumlah RM750,000 — tetapi ini khabar yang kami dengar dari sumber lain.
Filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz, Maya Karin & Lisa Surihani sebagai teraju utama begitu laris sehingga berjaya mengutip RM2 juta selepas tiga hari tayangan seluruh Malaysia. 

Jika trend kutipan cemerlang ini merupakan satu permulaan, kami kira Ombak Rindu boleh memecah rekod kutipan RM12 juta yang di’lakukan KL Gangster sekitar Jun 2011 lalu. Hmm.
Sumber: ROTIKAYA



Wassalam~

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved