Tampilkan postingan dengan label Ombak Rindu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ombak Rindu. Tampilkan semua postingan

KECOH GAMBAR ADIRA PEGANG PATUNG ANJING

on 06 Februari 2012

KONTROVERSI GAMBAR ADIRA PEGANG ANAK PATUNG ANJING PUN NAK KECOH | JANGAN SEBAR CERITA KALAU BELUM SAHIH ! | GOSIP ARTIS

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hanya disebabkan sekeping gambar yang belum tentu lagi kesahihannya, kecoh gambar Adira memegang patung anjing disebarkan. Gambar kontroversi itu didakwa merupakan gambar Adira, bekas pelajar Akademi Fantasia yang kini sedang popular menerusi lagunya bertajuk Ombak Rindu, OST filem romantik 'Ombak Rindu' nyanyian bersama juara Anugerah Juara Lagu ke-26 baru-baru ini, Hafiz juga seorang bekas pelajar Akademi Fantasia. Gambar tersebut disebarkan oleh sebuah laman web hiburan, Rotikaya.com.

ADIRA PEGANG ANJING (Sumber: Rotikaya)

P/s: Kesian Adira, pegang pantung anjing pun nak heboh.


Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: Rotikaya

Ombak Rindu Kutip RM5.2 Juta dalam tempoh 7 Hari, Aaron Aziz

on 09 Desember 2011

Assalamulaikum & salam sejahtera


Wow! Siapa sangka filem adaptasi dari Novel hasil karya penulis Fauziah Ashari sudah mencecah kutipan sehingga RM5.2 juta dalam tempoh 7 hari. Angka tersebut disahkan sendiri oleh salah seorang pelakon utama dalam filem tersebut iaitu Aaron Aziz melalui twitternya. Namun begitu ada khabar angin yang mengatakan penulis novel Ombak Rindu tidak berpuas hati dengan bayaran yang diterimanya.

Penulis novel Ombak Rindu
Tiada apa yang tinggal. tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak Rindu hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, ” Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”. Itu juga merupakan ayat yang ada di novel.

Siapa yang salah dalam hal ini? Walaupun dalam perjanjian jumlah bayaran yang perlu diberikan kepada penulis novel Ombak Rindu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, namun tidak salah jika pihak produksi memberi bayaran saguhati kepada  beliau kerana keuntungan yang diterima melalui filem ini sangat memuaskan. Bagi saya sendiri, perhargaan patut diberikan kepada penulis novel ini.

Wassalam~


Sumber

Tiga Babak Sedih OMBAK RINDU Bertukar Lawak Bila MANCHESTER UTD Kalah !

on 08 Desember 2011

Tiga Babak Sedih OMBAK RINDU Bertukar Lawak Bila MANCHESTER UNITED Kalah Malam Tadi!

Assalamualaikum & salam sejahtera
Selamat tinggal UCL, Europa Cup pun jadi la..





Kredit: MALAYSIA BLUES ARMY - Official Page (Facebook)

P/s: Kepada penyokong-penyokong Man Utd, jangan marah haa!!.. hehe


Wassalam~

Ombak Rindu Kutip RM2 Juta Untuk 72 Jam

on 04 Desember 2011

Ombak rindu, RM2 juta, 72 Jam, Pecah rekod, Filem Terbaik

Assalamualaikum & salam sejahtera


Wow!. Ombak Rindu filem panas buat masa sekarang ini. Ramai yang sibuk memperkatakan tentang kehebatan dan juga kekurangan filem ini di dalam Facebook, Twitter mahupun Blog masing-masing. Ada macam-macam respon yang diterima dari pihak penonton, antaranya, ada yang kata filem ini sangat sedih sehinggakan penonton perlu membawa sekotak tisu semasa menonton filem Ombak Rindu, ada juga yang tidak berpuas hati dengan jalan ceritanya kerana berbeza dengan jalan cerita yang terdapat dalam Novel Ombak Rindu, dan macam-macam respon lagi. 


Bagi yang sudah menonton filem ini mungkin mereka lebih arif untuk memperkatakan tentang kekuatan dan kekurangan filem ini. Di bawah ini adalah petikan enti yang diambil dari blog ROTIKAYA. Syabas kepada Filem Ombak rindu kerana berjaya mengutip RM2 Juta dalam tempoh 72 Jam. Mungkinkan filem ini boleh memecahkan rekod kutipan yang dilakukan oleh filem KL Gangster iaitu RM12 Juta?

Secara sah Malaysia kini di’landa demam Ombak Rindu. Suara orang ramai berkata filem ini sememangnya filem yang di’nanti dan pawagam sentiasa penuh sehingga ke hari ini.

Malah ada antara peminat yang meluahkan keluh kesah di Twitter, Facebook dan blog kecewa tidak berpeluang menonton filem romantik arahan Osman Ali ini kerana kehabisan tiket.

Sinar Harian semalam menyebut yang pihak penerbitan Ombak Rindu mengesahkan kutipan hari pertama di’pawagam seluruh negara berjumlah RM750,000 — tetapi ini khabar yang kami dengar dari sumber lain.
Filem Ombak Rindu lakonan Aaron Aziz, Maya Karin & Lisa Surihani sebagai teraju utama begitu laris sehingga berjaya mengutip RM2 juta selepas tiga hari tayangan seluruh Malaysia. 

Jika trend kutipan cemerlang ini merupakan satu permulaan, kami kira Ombak Rindu boleh memecah rekod kutipan RM12 juta yang di’lakukan KL Gangster sekitar Jun 2011 lalu. Hmm.
Sumber: ROTIKAYA



Wassalam~

Adegan Ranjang Buat Maya Karin Gementar

on 29 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera



29 Nov – Keserasian dan kemesraan yang ditonjolkan begitu menyerlah sehingga sesiapa yang melihat pasti mencemburui kasih sayang antara mereka berdua. Begitulah hebatnya watak yang ditonjolkan oleh Maya Karin dan Aaron Aziz dalam filem "Ombak Rindu".

Mengulas mengenai gandingannya bersama aktor pujaan ramai itu, aktres "Pisau Cukur" itu memuji tahap profesionalisme yang ditonjolkan oleh Aaron. Tambahan pula terdapat beberapa babak ranjang dan adegan mesra yang perlu dilakukan walaupun dia mengakui gementar.

"Seronok berlakon dengan Aaron. Seperti peminat lain, dia juga merupakan hero kegemaran saya. Dia seorang yang profesional dan menghormati saya. Ketika di set penggambaran, dia tahu bila masa yang sesuai untuk bergurau dan juga bila saya perlu dapatkan mood," ujar aktres berusia 32 tahun ini ketika ditemui selepas majlis pra-tonton "Ombak Rindu" baru-baru ini.


"Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar," akhirinya.


Filem romantik arahan Osman Ali ini akan menemui penonton di pawagam pada 1 Disember akan datang.

SUMBER 

Official Trailer OMBAK RINDU:





OST Ombak Rindu - Hafiz & Adira





Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved