Assalamulaikum & salam sejahtera
Wow! Siapa sangka filem adaptasi dari Novel hasil karya penulis Fauziah Ashari sudah mencecah kutipan sehingga RM5.2 juta dalam tempoh 7 hari. Angka tersebut disahkan sendiri oleh salah seorang pelakon utama dalam filem tersebut iaitu Aaron Aziz melalui twitternya. Namun begitu ada khabar angin yang mengatakan penulis novel Ombak Rindu tidak berpuas hati dengan bayaran yang diterimanya.
Penulis novel Ombak Rindu |
Tiada apa yang tinggal. tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak Rindu hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, ” Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”. Itu juga merupakan ayat yang ada di novel.
Siapa yang salah dalam hal ini? Walaupun dalam perjanjian jumlah bayaran yang perlu diberikan kepada penulis novel Ombak Rindu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, namun tidak salah jika pihak produksi memberi bayaran saguhati kepada beliau kerana keuntungan yang diterima melalui filem ini sangat memuaskan. Bagi saya sendiri, perhargaan patut diberikan kepada penulis novel ini.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar