Assalamualaikum & salam sejahtera
Synopsis Filem Ombak Rindu:
Filem yang diadaptasikan daripada
novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan,
Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh
pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis
kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab
hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz
anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah
mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan
simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk
menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah
tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri namun selepas itu, Hariz
yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh
dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman
persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat
mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya,
Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari banglo Hariz dan
merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital,
Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan
dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia
akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah
pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke
kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan
rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami
Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa
Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah
pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila
datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini
berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia
lagi.
Official Trailer:
Download OST Ombak Rindu [MP3]:
Download Full Movie:
Wassalam~
{ 0 Comments... read them below or add one }
Posting Komentar