Tampilkan postingan dengan label filem. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label filem. Tampilkan semua postingan

Hantu Tok Mudim Full Movie 2013

on 05 November 2013

Hantu Tok Mudim Full Movie 2013 sebuah filem genre komedi seram yang sangat diminati masa kini. Filem Hantu Tok Mudim Full Movie 2013 ini bakal menemui anda di pawagan tidak lama lagi.


Sinopsis Hantu Tok Mudim Full Movie 2013

Filem Hantu Tok Mudim Full Movie 2013 mengisahkan Toq Mudim, seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Kehebatannya tercalar dek kerana penangan cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah, dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang mempunyai rahsia peribadi.
Demi cintanya terhadap Salmah, Borhan akhirnya mahu berdepan dengan fobia lampaunya bertemu dengan Toq Mudim bersama Tok Penghulu Abohrudin untuk satu operasi rahsia. Tetapi malangnya, Lebai Kulup yang tidak berpuas hati dengan Borhan telah mencuri dengar tentang rahsia Borhan dan merancang untuk sabotaj operasi malam tersebut

Malam dinantikan tiba, kehebatan Tok Mudim teruji dengan ‘keliatan’ luar biasa Borhan. Kegagalan operasi malam tersebut mengakibatkan Tok Mudim menjadi buruan penduduk Kampung Seri Menawan. Tok Mudim melarikan diri ke dalam hutan sehingga menyebabkan Tok Mudim jatuh ke dalam perigi dan mati di tempat kejadian.

Bermulalah tragedi ngeri, yang mula menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Toq Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung tersebut.


Download Hantu Tok Mudim Full Movie 2013
Link Download 2 

Jangan ketinggalan menonton filem Hantu Tok Mudim Full Movie 2013!

Kisah Paling Gangster Full Movie 2013

Kisah Paling Gangster Full Movie 2013 lakonan pelakon terkenal Shaheizy Sam bakal menemui anda November ini di pawagam seluruh Malaysia.


Kisah Paling Gangster Full Movie 2013 mengisahkan Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar...

Trailer Filem Kisah Paling Gangster 2013



Download Filem Kisah Paling Gangster Full Movie 2013

Link Download 2

JANGAN PANDANG-PANDANG FULL MOVIE MEDIAFIRE

on 15 Maret 2012

DOWNLOAD JANGAN PANDANG-PANDANG FULL MOVIE MEDIAFIRE

SINOPSIS FILEM JANGAN PANDANG-PANDANG

Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. 


Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob (lelaki kacak). Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. 

Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben (lelaki kacak) dan Marsha.

TRAILER JANGAN PANDANG-PANDANG




DOWNLOAD FILEM JANGAN PANDANG PANDANG FULL MOVIE 2012


*Link download akan di kemaskini kemudian disebabkan link download belum ada. Terima kasih.


Wassalam~









 
Derma [LIKE] Anda!


FAEZAH ELAI TOLAK WATAK LAKONAN AKSI RANJANG

on 27 Januari 2012

FAEZAH ELAI TOLAK BERLAKON AKSI RANJANG TAU BERKEMBAN | ARTIS MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

FAEZAH ELAI MANIS BERTUDUNG

Aktres Faezah Elai,30, tidak akan menerima mana-mana tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berkehendakkan dia melakukan aksi ranjang ataupun berkemban.

Faezah berkata, suaminya yang juga pengarah drama Heykal Hanafiah,39, melarang dia berbuat demikian atas kedudukannya sebagai wanita yang sudah berumah tangga.

“Suami saya ada bagi nasihat yang dia tidak mahu saya memegang mana-mana watak yang agak melampau seperti berkemban ataupun aksi-aksi di atas katil.


MENARIK HARI INI:

“Katanya, sebagai wanita yang sudah berkahwin, watak seperti itu tidak sesuai. Takut nanti saudara mara dan sesiapa sahaja akan memberi persepsi negatif,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Menurut Faezah, selain menghormati permintaan suami, hatinya sendiri tidak pernah terbuka untuk melakonkan watak itu kerana memahami kedudukannya yang sudah berumah tangga.

Sebelum ini pun jelasnya, dia tidak pernah menerima watak-watak sedemikian dan memilih untuk mengekalkan prinsip tersebut selepas berkahwin.

“Kalau nak ikutkan, sejak dulu pun saya tak pernah ambil watak yang melampaui batas. Apatah lagi selepas menjadi isteri orang.

"Saya tak nafikan suami saya akan menilai skrip terlebih dahulu sebelum membenarkan saya menerima mana-mana tawaran agar watak yang diberikan itu bersesuaian dengan status saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata selepas kira-kira empat bulan mendirikan rumah tangga, Faezah berkata buat masa ini mereka belum dikurniakan rezeki walaupun sudah beberapa kali mendapatkan nasihat daripada doktor.

Bagaimanapun perkara itu tidak memberi apa-apa tekanan kepadanya kerana dia percaya terhadap rezeki daripada Allah.

“Saya tahu, orang yang berkahwin memang memerlukan anak. Tapi kalau masih belum ada, ia bukan masalah sangat. Kita tunggulah dalam masa setahun ni. Kalau tak ada rezeki juga, mungkin saya akan dapatkan rawatan dengan lebih serius,” jelasnya.

Mengenai aktiviti selepas kahwin, Faezah banyak menerima tawaran berlakon termasuklah untuk telefilem terbaru berjudul “Bukan Hanya Sedetik” terbitan Global Station Sdn Bhd dengan memegang watak utama.

Dalam drama itu dia bergandingan bersama Aqasha dalam sebuah kisah kekeluargaan.
Sementara itu jelas Faezah, dia mulai risau dengan berat badannya yang bertambah sebanyak lima kilogram berbanding 45 kilogram sebelum ini.

Atas sebab itu dia berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan hanya mengambil nasi sekali sehari.

“Saya risau badan saya naik. Bukannya apa, di televisyen, nanti kita akan nampak besar. Sebab itulah saya kena pastikan badan saya normal macam dulu,” katanya.
Wassalam~







 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: mStar

TEMUBUAL BERSAMA EBI KORNELIS UNTUK FILEM GERIMIS MENGUNDANG

TEMUBUAL BERSAMA EBI KORNELIS UNTUK FILEM GERIMIS MENGUNDANG ARAHAN AHMAD IDHAM

Assalamualaikum & salam sejahtera

EBI KORNELIS BERLAKON FILEM ARAHAN AHMAD IDHAM

Firdaus bin Yamal atau lebih dikenali dengan nama Ebi Kornelis tidak pernah menghilangkan diri daripada dunia seni tahan air. Walaupun kariernya dalam bidang nyanyian dilihat agak mendatar, bekas naib juara program televisyen realiti "Akademi Fantasia" musim kelima ini tidak gentar untuk beralih kepada bidang lakonan pula.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !


Ikuti temubual bersama jejaka berusia 30 tahun yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini.


Hai Ebi! Apa khabar? Boleh ceritakan watak anda dalam filem arahan Ahmad Idham, "Gerimis Mengundang" ini?
Hai! Saya sihat, terima kasih. Dalam filem "Gerimis Mengundang", saya hanya memegang watak kecil dan mempunyai satu babak sahaja. Saya memegang watak sebagai orang yang bergaduh dengan pelakon utamanya.


Kalau tak salah, "Gerimis Mengundang" merupakan filem kedua anda?
Ya, ia merupakan filem kedua saya. Sebelum ini, saya pernah membintangi filem arahan Bjarne Wong, "Sayang You Can Dance".

Ini adalah kali pertama anda bekerjasama dengan pengarah prolifik Ahmad Idham. Bagaimanakah bekerja dengannya?
Sangat teruja! Ini merupakan pertama kali saya bekerja di bawah arahannya. Walaupun saya hanya mempunyai satu sahaja babak dalam filem ini, namun banyak tunjuk ajar yang telah diberikan olehnya. Saya melihat beliau sebagai seorang yang sangat mudah dan cepat membuat kerja.



Boleh berkongsi perkembangan terbaru anda?
Pada tahun 2012, saya akan terlibat dengan dua buah filem yang merupakan arahan Bjarne Wong. Kedua-duanya adalah genre yang berbeza iaitu seram dan gangster atau aksi. Filem ini dijangka memulakan penggambaran sekitar Februari dan Mac. Saya juga sudah menamatkan penggambaran filem muzikal "Leftwings" yang diarahkan oleh Faisal Chal Ahmad. Ia mengisahkan empat anak muda yang ingin membina karier dalam bidang nyanyian dan menjadikan kumpulan rock terkenal, Wings sebagai idola mereka.


Sudah lama anda tidak muncul dengan lagu baru. Mengapa? Adakah kurang mendapat sambutan?
Tidak, bukan kerana itu. Saya ada membuat runut bunyi untuk drama dan terbaru adalah untuk Yusof Kelana. Alhamdulillah lagu tersebut telah diterima dan saya akan jadikan lagu tersebut sebagai single terbaru saya nanti.



Di antara bidang nyanyian dan lakonan, yang manakah menjadi pilihan anda atau paling anda gemari?
Terus-terang, saya sukakan kedua-duanya. Malah saya lebih suka sekiranya diri saya digelar sebagai seorang penghibur dan bukannya dilabel salah satu daripadanya.


Apakah harapan anda untuk filem "Gerimis Mengundang"?
Sudah tentu saya mengharapkan filem ini akan berjaya dan mendapat sambutan serta perhatian ramai.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan selamat berjaya!
Sama-sama.
Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


PELAKON TERKENAL LIAM NEESON INGIN MEMELUK ISLAM

on 26 Januari 2012

PELAKON FILEM TERKENAL LIAM NEESON INGIN MEMELUK ISLAM SELEPAS SELESAI MENDENGAR AZAN SEMASA PENGGAMBARAN FILEM DI ISTANBUL, TURKI

Assalamualaikum & salam sejahtera

Liam Neeson Memeluk Islam Selapas Dengar Azan?

Bintang filem terkenal, Liam Neeson sedang mempertimbangkan dan berfikir masak-masak untuk meninggalkan kepercayaannya terhadap Katolik dan memeluk Islam selepas menjalani penggambaran di bandar Istanbul.

Dipetik daripada The Sun, Liam mengakui azan apabila tiba waktu solat telah berjaya menarik perhatiannya sepanjang berada di sana.

"Azan untuk bersembahyang dilakukan sebanyak lima kali sehari dan pada minggu pertama, ia membuatkan saya tidak tahan. Walaubagaimanapun selepas itu ia mula menarik perhatian jiwa dan diri saya. Ia adalah satu perkara yang sangat indah.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !


"Di sana mempunyai lebih kurang 4,000 masjid. Kebanyakannya sangat cantik dan ia membuatkan saya ingin menjadi seorang beragama Islam."
Liam yang dibesarkan di Ireland Utara sebagai seorang penganut Katolik telah dinamakan sempena nama seorang paderi tempatan di sana.

Walaupun dibesarkan dengan kepercayaan Katolik, Liam yang pernah kehilangan isteri tercinta, Natasha Richardson akibat kemalangan ski pada 2009 telah mempersoalkan kehidupannya di bumi ini.

"Untuk apa kita hidup di dunia ini tanpa sebarang arah tujuan? Kini saya seringkali membaca buku tentang Tuhan supaya lebih memahaminya."

Aktor berusia 59 tahun ini pernah dikritik pada tahun 2010 selepas mendakwa bahawa watak singa Aslan dalam filem francais terkenal "The Chronicle Of Narnia" yang menggunakan suaranya itu bukanlah berdasarkan Kristian seperti yang didakwa oleh penulis novel C.S Lewis, sebaliknya ia adalah pemimpin rohani termasuklah Nabi Muhammad.

Liam akan muncul dengan filem terbarunya berjudul "The Grey" yang akan ditayangkan di Malaysia pada 2 Februari 2012.

Wassalam~



MENARIK HARI INI:




 
Derma [LIKE] Anda!


DOWNLOAD SUATU MALAM KUBUR BERASAP MEDIAFIRE 2011

on 25 Januari 2012

DOWNLOAD SUATU MALAM KUBUR BERASAP DVDRIP MEDIAFIRE 2012 | FILEM MELAYU

Assalamualaikum & salam sejahtera

SUATU MALAM KUBUR BERASAP MEDIAFIRE 2011

SINOPSIS SUATU MALAM KUBUR BERASAP:

Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.

MENARIK HARI INI:

Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.

Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?





TRAILER FILEM SUATU MALAM KUBUR BERASAP:





LINK DOWNLOAD FILEM SUATU MALAM KUBUR BERASAP:



**Harap maaf. Link download belum keluar. Harap bersabar.



Wassalam~










 
Derma [LIKE] Anda!


KERAMAT 2012 MEDIAFIRE DOWNLOAD DVDRIP

on 24 Januari 2012

DOWNLOAD FILEM KERAMAT 2012 DVDRIP MEDIAFIRE RMVB MKV ONLINE STREAMING

Assalamualaikum & salam sejahtera

FILEM KERAMAT 2012 DOWNLOAD

SINOPSIS FILEM KERAMAT 2012:

Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.


MENARIK HARI INI:

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?
Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!


CINTA KURA KURA SELIT ELEMEN 3D | FILEM TERBITAN KRU STUDIOS

on 18 Januari 2012

FILEM CINTA KURA KURA SELIT ELEMENT 3D | KRU STUDIOS PERKENAL TEKNOLOGI 3 DIMENSI DALAM FILEM TERBITAN TERBARUNYA | FILEM ARAHAN NIZAM ZAKARIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

CINTA KURA KURA VERSI 3D

KRU Studios meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada industri perfileman apabila menyelitkan elemen tiga dimensi (3D) dalam filem fantasi romantik komedi terbaru, "Cinta Kura-Kura".

Diterajui oleh Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel, filem ini merupakan filem pertama arahan Nizam Zakaria.

Menurut Eksekutif Presiden KRU Studios merangkap Penerbit Eksekutif filem ini, Norman Abdul Halim memberitahu pihak mereka sentiasa mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru tidak kira bidang seperti penulisan skrip, pengarahan, lakonan dan juga nyanyian.

"Walaupun Nizam pernah mengarah beberapa program televisyen, bakatnya lebih menyerlah untuk filem bercorak seperti "Cinta Kura-Kura" dan kami yakin penonton akan terhibur dengan filem ini."

Malah Nizam turut terharu dengan kepercayaan dan pelaburan yang diberikan oleh pihak KRU Studios untuk filem pertamanya ini.

"Saya ingin berterima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengarah filem unik sebegini yang saya pasti akan menyumbangkan kepada kepelbagaian genre dalam industri perfileman tempatan."

Filem kesepuluh terbitan KRU Studios ini juga buat julung kalinya menampilkan teknologi penjanaan imej berkomputer (CGI) untuk animasi karakter bagi watak Nico (lakonan Zizan Raja Lawak), Mira (Fara Fauzana) dan Atuk (Shy8).

"Cinta Kura-Kura" mengisahkan tentang seorang gadis ceria bernama Nani lakonan Tiz Zaqyah bersama binatang peliharaannya iaitu kura-kura bernama Nico. Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF). Jiran Nani, Adam lakonan Airel Zafrel telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Walaubagaimanapun Nico mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai teman hidup Nani iaitu Fazli (lakonan Fizz Fairuz), seorang pemilik kedai binatang peliharaan yang mempunyai agendanya tersendiri.



Trailer Filem CINTA KURA KURA 3D







SINOPSIS PENUH FILEM CINTA KURA KURA 3D:

Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tizz), dia berusia 21 tahun, Nani ada seekor binatang peliharaan bernama Nico seeokr kura kura yang species nya terancam. Nico ni pulak ada kelebihan buleh bercakap dgn manusia..heheh!! pulak dah.. Nani ni baru pindah le umah abang dia dan berjiran le pulak dengan Adam (lakonan Aeril Zafril) .
Adam ni jatuh cinta le dengan Nani sejak kali pertama memandang..kes cinta pandang pertama le ni..malangnya Nico kura kura kesayangan Nani tak suka di Adam. Nico merancang mensabotaj hubungan Nani dan Adam dari menjadi rapat. Zizan raja lawak la jadi suara si Nico.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.



Wassalam~






 
Derma [LIKE] Anda!


Download DST Filem Ombak Rindu 2011 DVDRip MEDIAFIRE

on 09 Desember 2011


Assalamualaikum & salam sejahtera




Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbeza dan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri namun selepas itu, Hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. Hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari banglo Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.


Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa Hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.



Official Trailer:








Download Di Sebalik Tabir Filem Ombak Rindu:

Mediafire Link


Download OST Ombak Rindu [MP3]:

Link 4Shared


Download Full Movie:

Not Released yet.. Please Wait! ^^y


Wassalam~ 

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved