iPhone 4S yang berharga 9.3 Juta Dollar
Assalamualaikum & salam sejahtera
IPhone 4 adalah telefon pintar skrin sentuh slate yang dibangunkan oleh Apple Inc. Ia adalah IPhone generasi keempat, dan pengganti kepada iPhone 3GS. Ia dipasarkan khususnya untuk panggilan video (dipasarkan oleh Apple sebagai FaceTime), penggunaan media seperti buku-buku dan majalah, filem, muzik, dan permainan, dan untuk web umum dan akses e-mel. Ia telah diumumkan pada 7 Jun 2010, di WWDC 2010 yang diadakan di Pusat Moscone, San Francisco dan telah pasarkan pada 24 Jun, 2010, di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman dan Jepun.
Namun tahukah anda bahawa terdapat iPhone 4S yang dijual dengan harga yang begitu mahal. 9.3 Juta dollar? Sukar untuk percaya! Mengapa iPhone ini dijual dengan begitu mahal? Apa bezanya dengan iphone yang biasa dijual di pasaran?
Mari lihat sendiri apa perbezaannya..
IPhone 4S bersalut emas dan kristal berlian |
iPhone yang biasa dijual di pasaran |
Pasti anda sudah tahu jawapannya. Bukan sahaja emas disalut pada iPhone
4S tersebut malah berlian serta kristal juga di pasang pada permukaan badan telefon pintar tersebut. Persoalannya, adakah relevan perkara tersebut? Bukankan teknologi semakin berkembang dan teknologi sekarang akan ketinggalan suatu hari nanti. Banyak telefon-telefon lain akan dikeluarkan dan sudah pasti teknologinya lagi baik dari sebelumnya. Bila tiba masanya nanti, iPhone 4S seperti yang dipaparkan di atas akan disimpan hanya sebagai perhiasan seperti barang-barang perhiasan(rantai, cicin, & sebagainya) hanya kerana terdapat emas, berlian serta kristal pada struktur binaannya?
Lihatlah sendiri kenapa iPhone 4S ini boleh dijual dengan begitu mahal |
Wassalam~
{ 2 Comments... read them below or add one }
Celup dalam air , jahanam jugak .
9 Desember 2011 pukul 15.27
tu la pasal... tinggal perhiasan sj.. nak buat apa.. barang perhiasan pun x mahal smpai mcm tuh... membazir..!!
9 Desember 2011 pukul 15.42
Posting Komentar