Tampilkan postingan dengan label IPhone 4S. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label IPhone 4S. Tampilkan semua postingan

Berbaloikah iPhone 4S Berharga 9.3 Juta Dollar?

on 09 Desember 2011

iPhone 4S yang berharga 9.3 Juta Dollar

Assalamualaikum & salam sejahtera

IPhone 4 adalah telefon pintar skrin sentuh slate yang dibangunkan oleh Apple Inc. Ia adalah IPhone generasi keempat, dan pengganti kepada iPhone 3GS. Ia dipasarkan khususnya untuk panggilan video (dipasarkan oleh Apple sebagai FaceTime), penggunaan media seperti buku-buku dan majalah, filem, muzik, dan permainan, dan untuk web umum dan akses e-mel. Ia telah diumumkan pada 7 Jun 2010, di WWDC 2010 yang diadakan di Pusat Moscone, San Francisco dan telah pasarkan pada 24 Jun, 2010, di Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman dan Jepun.

Namun tahukah anda bahawa terdapat iPhone 4S yang dijual dengan harga yang begitu mahal. 9.3 Juta dollar? Sukar untuk percaya! Mengapa iPhone ini dijual dengan begitu mahal? Apa bezanya dengan iphone yang biasa dijual di pasaran?
Mari lihat sendiri apa perbezaannya..

IPhone 4S bersalut emas dan kristal berlian


iPhone yang biasa dijual di pasaran

Pasti anda sudah tahu jawapannya. Bukan sahaja emas disalut pada iPhone 4S tersebut malah berlian serta kristal juga di pasang pada permukaan badan telefon pintar tersebut. Persoalannya, adakah relevan perkara tersebut? Bukankan teknologi semakin berkembang dan teknologi sekarang akan ketinggalan suatu hari nanti. Banyak telefon-telefon lain akan dikeluarkan dan sudah pasti teknologinya lagi baik dari sebelumnya. Bila tiba masanya nanti, iPhone 4S seperti yang dipaparkan di atas akan disimpan hanya sebagai perhiasan seperti barang-barang perhiasan(rantai, cicin, & sebagainya) hanya kerana terdapat emas, berlian serta kristal pada struktur binaannya?

Lihatlah sendiri kenapa iPhone 4S ini boleh dijual dengan begitu mahal



Wassalam~

Ujian Ketahanan: IPHONE 4S vs SAMSUNG GALAXY S II !! HAH??

on 24 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Samsung Galaxy S II VS IPhone 4S

Jenama Samsung yang dahulunya kurang popular di kalangan penggemar telefon bimbit kini semakin berkembang dan mampu mencabar pengeluar telefon bimbit lain seperti Nokia, Sony Ericsson, Apple, HTC dan sebagainya. Model yang paling digemari kini ialah model Samsung Galaxy S II. Telefon bimbit ini mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan telefon bimbit lain. Harganya juga agak murah berbanding telefon bimbit yang lain .

Antara salah satu kelebihannya ialah telefon model Samsung S II mempunyai ciri-ciri tahan lasak. Kebanyakan telefon bimbit yang menggunakan fungsi touch screen adalah sangat sensitif dan mudah rosak sekiranya terjatuh. Namun bagi telefon bimbit model jenis ini agak berbeza dengan yang lain. Video di bawah ini menunjukkan bukti ciri-ciri tersebut yang dilakukan melalui ujian ketahanan dengan menjatuhkannya dari 3 ketinggian yang berbeza. Dan hasilnya, anda pasti teruja !!












Wow!! Hebat kan.. Apa pendapat anda?


Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved