Tampilkan postingan dengan label twitter. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label twitter. Tampilkan semua postingan

TWITTER TENGKU SOPHIA HINA ISLAM

on 15 Februari 2012

TWITTER TENGKU SOPHIA HINA ISLAM KATA BUNYI AZAN MAGHRIB GANGGU TIDUR

Assalamualaikum & salam sejahtera

TengkuSophia
Tidak habis-habis ada sahaja pihak yang ingin mengutuk agama Islam. Kali ini seorang perempuan dalam twitternya mengutuk bunyi azan yang berkumandang sewaktu masa solat maghrib tiba. Melalui laman wtitternya, perempuan tersebut mengatakan:


Melalui apa yang dipost oleh TengkuSophia dalam twitternya, jelas menunjukkan dia mengutuk hamba Allah yang melaungkan azan tersebut. Secara tidak langsung, TengkuSophia mengutuk azan dan agama Islam. Manusia apakah seperti dia ini? Suara azan disamakan dengan babi? Lepas tu kata azan tu sial pula? Suka hati dia saja nak kutuk azan tu. Sudah la tidur di waktu magrib. Tidak mengapa, itu urusan dia dengan Allah SWT. Dia akan dapat bahagian dia nanti.  

Sebelum ini ada banyak lagi kutukan-kutukan dari perempuan tersebut dalam twitternya. Cuba tengok screenshot di bawah ini.


Dan ini:


Jika dilihat pada bahasanya, TengkuSophia ini sebenarnya orang Indonesia. Selain kutuk pasal Islam, dia juga pernah mengutuk Malaysia. Tidak mengapa, kita tak payah susah-susah kutuk dia. Biar dia sendiri jawab di depan Allah nanti. Nanum, ada juga yang mengatakan akaun twitternya telah dihack oleh orang lain dan mengeluarkan post seperti ini. Jika benar perkara itu, harap hacker tersebut segera bertaubat. Walaupun bukan TengkuSophia yang buat, namun ianya tetap kutukan terhadap Islam.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH

on 07 Februari 2012

LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH | VIDEO YOUTUBE

Assalamualaikum & salam sejahtera

AZWAN ALI PERGI UMRAH 2012
Baru-baru ini hangat diperkatakan di dunia maya tentang isu panas yang melanda artis, pelakon dan pengacara popular yang sinonim dengan ungkapan 'Ada aku kesah' dan 'Amboi.. amboi.. amboi'. Macam-macam cerita yang sengaja diheboh-hebohkan oleh pengutuk beliau termasuklah isu panasnya bersama Ummi Hafilda yang dikatakan diugut olehnya melalui laman twitter. 

Dan beberapa hari yang lalu keluar beberapa video Azwan Ali sedang meluahkan isi hatinya yang ditujukan khas buat peminat dan juga individu yang sering mengutuknya termasuklah wartawan dan para artis lain. Dalam video tersebut Azwan Ali sedang menunggu masa penerbangan untuk ke suatu destinasi yang dirahsiahkannya. Melalui permakaian dan kata-kata yang diluahkannya, berkemungkinan besar video tersebut diambil sebelum Azwan Ali berlepas untuk mengerjakan umrah. Kalaulah betul, mari kita sama-sama doakan moga dengan terlaksananya umrah kali ini Azwan Ali akan mendapat hidayah untuk berubah kepada yang lebih baik. InsyaAllah~ 


LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH





LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDAR DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

on 03 Februari 2012

GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDER DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

Assalamualaikum & salam sejahtera

"My wife is 8 months on, and my tummy is STILL bigger!"

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.


Sudah dapat restu keluarga
Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.

"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.

"Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya.

Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


PROFILE PENYANYI KAKA | NOR ATIQA NOOR AZRAFF

on 22 Januari 2012

PROFILE PENYANYI KAKA | NOR ATIQA NOOR AZRAFF

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kaka, Ozlynn, Johan dan Zizan

Nama Penuh: Nor Atiqa Noor Azraff
Umur: 23 Tahun
Mula menyanyi pada umur 8 tahun
Single Terbaru: Bawaku Pergi (Feat Zizan Raja Lawak)
Ada kaitan pertalian saudara dengan penyanyi Rock Terkenal (Ibu Saudara)
Mungkinkah Ella Ratu Rock Malaysia?


Twitter Kaka
Wassalam~







 
Derma [LIKE] Anda!


RUMAH WARDINA SAFIYYAH SEKELUARGA DIMASUKI PEROMPAK

on 12 Januari 2012

RUMAH WARDINA SAFIYYAH SEKELUARGA DIMASUKI PEROMPAK | SUAMI CEDERA DIPUKUL

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kediaman Wardina Safiyyah Sekeluarga Dirompak

Baru sahaja tadi mendapat khabar melalui blogger-blogger lain dan facebook Sham Kamikaze bahawa rumah pelakon dan pengacara terkenal Malaysia, Wardina Safiyyah dimasuki perompak yang bertopeng dan bersenjata parang dan tongkat. Perompak melarikan 5 buah laptop dan beg tangan milik Wardina Safiyyah kata Syam Kamikaze melalui facebooknya. Kejadian yang menyedihkan itu berlaku awal pagi tadi. Suami Wardina Safiyyah, Ikhwan cedera akibat dipukul perompak tersebut.

Sama-sama kita doakan keselematan Wardina Safiyyah sekeluarga dan cepat sembuh dari kecederaan serta tabah menerima dugaan ini. InsyaAllah~

Post Syam Kamikaze dalam facebooknya:
Takziah buat Wardina Safiyyah sekeluarga yang baru ditimpa musibah pagi tadi, rumahnya dirompak. 5 laptop dicuri, handbagnya juga. Dia dan anak2 ok tapi masih dalam trauma. Suami dipukul. Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Doakan kesejahteraan beliau dan keluarga, sahabatku semua.


Berikut merupakan screenshoot yang diambil dari page twitter Wardina Safiyyah:




Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!

Ombak Rindu Kutip RM5.2 Juta dalam tempoh 7 Hari, Aaron Aziz

on 09 Desember 2011

Assalamulaikum & salam sejahtera


Wow! Siapa sangka filem adaptasi dari Novel hasil karya penulis Fauziah Ashari sudah mencecah kutipan sehingga RM5.2 juta dalam tempoh 7 hari. Angka tersebut disahkan sendiri oleh salah seorang pelakon utama dalam filem tersebut iaitu Aaron Aziz melalui twitternya. Namun begitu ada khabar angin yang mengatakan penulis novel Ombak Rindu tidak berpuas hati dengan bayaran yang diterimanya.

Penulis novel Ombak Rindu
Tiada apa yang tinggal. tiada sesen pun untuk saya kalau nak diikutkan bayaran yang diterima, tetapi perjanjian telah dibuat, sepatutnya pihak bertanggungjawab lebih prihatin tentang isu ini kerana apa yang diolah dari Ombak Rindu hampir kesemuanya adalah idea asal saya. Termasuk bait ayat yang disampaikan oleh Lisa Surihani, ” Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah”. Itu juga merupakan ayat yang ada di novel.

Siapa yang salah dalam hal ini? Walaupun dalam perjanjian jumlah bayaran yang perlu diberikan kepada penulis novel Ombak Rindu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak, namun tidak salah jika pihak produksi memberi bayaran saguhati kepada  beliau kerana keuntungan yang diterima melalui filem ini sangat memuaskan. Bagi saya sendiri, perhargaan patut diberikan kepada penulis novel ini.

Wassalam~


Sumber
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved