Safee Sali diharam mewakili negara dalam arena bola sepak?
Assalamualaikum & salam sejahtera
Safee Sali |
Safee Sali pemain kebangsaan negara kita yang kini bermain untuk kelab negara jiran iaitu kelab Pelita jaya (Indonesia) difahamkan akan diharamkan oleh pihak FIFA untuk bermain di luar Indonesia dan mewakili pasukan negara. Perkara ini berlaku disebabkan Kejohanan Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan oleh badan bola sepak dunia iaitu FIFA kerana tidak bernaung di bawah badan induk bola sepak itu. Kesannya, semua pemain yang bermain di kejohanan Liga Super Indonesia akan diharamkan untuk bermain di luar Indonesia dan status perpindahan mereka dibekukan. Ini juga termasuk pengadil dan pegawai yang terlibat dengan kejohanan itu.
Walaubagaimanapun, Fifa memberi tempoh sehingga akhir 20 Mac tahun hadapan untuk Indonesia menyelesaikan masalah penggantungan ini sebelum pihak FIFA akan menjatuhkan tindakan pengharaman liga bola sepak di negara itu sepenuhnya.
Safee Sali bersama kelab Pelita Jaya |
Persoalannya, apakah nasib pemain penyerang sensasi negara kita, Safee Sali? Adakah nasibnya akan terbela? Negara akan kerugian besar sekiranya Safee Sali dikenakan tindakan penggantungan kerana beliau tidak dibenarkan bermain di liga Malaysia dan mewakili negara dalam kejohanan di peringkat asia atau dunia.
Wassalam~
Sumber: Bernama
Wassalam~
Sumber: Bernama
{ 8 Comments... read them below or add one }
satu lagi propaganda illuminati dan freemason utk menjatuhkan arena bola sepak negara2 islam....
24 Desember 2011 pukul 14.55
haha... apa kaitan bro.. iluminati/freemason dengan bola sepak ngara kita..
24 Desember 2011 pukul 15.18
pengadil pn kena skali...giler kentang
25 Desember 2011 pukul 18.06
tu la pasal... kesian gakk.. safee sali harap boleh di pertimbangkan lah... rugi dia dah la striker yg bagus..
25 Desember 2011 pukul 23.06
Padan muka safee.. sape suruh dia joined indon jahanam tu. huh! akibat dia pn terlibat. nk berjasa dgn negara jadah tu.
4 Januari 2012 pukul 18.28
haha... sabar2.. apa buleh buat.. dah jadi mcm tuh..
4 Januari 2012 pukul 19.12
CKK lu gelak apa?lu taw sapa penaung FIFA.takpa lu mentah lagi,takpa2 belajar hidup
12 Februari 2012 pukul 08.50
xtau.. tlong la bgtau... lu kasi tau sama gua!
12 Februari 2012 pukul 19.35
Posting Komentar