BUAYA AIR MASIN 1.7 METER MASUK RUMAH !

on 09 Januari 2012

Buaya 1.7 Meter Masuk Rumah | Sydney Australia

Assalamualaikum & salam sejahtera
Buaya Masuk Rumah | Australia
Sebuah keluarga di Darwin, Australia utara, mengalami ketakutan selepas bangun dan terlihat seekor buaya muara sedang berada di ruang rumah mereka, hari Sabtu, seperti yang dikhabarkan berita AFP, Minggu (8/1/2012).

Buaya sepanjang 1,7 meter ini berbaring santai di ruang rumah seakan-akan menikmati suasana dalam rumah.

Jo Dodd, seorang ibu dan juga suri rumah, mengatakan kepada jaringan televisyen Australia, ABC, memberitahu bahawa dia hairan selepas mendengar nyalakan anjingnya yang tidak henti-henti sepanjang hari pada pagi sabtu. "Kami membuka pintu ruang tidur dan kemudian ke ruang tamu, seekor buaya sedang berbaring di sana," ujar Dodd.

Dodd mengaku ketakutan luar biasa kerana selama ini tidak menyangka ada seekor buaya di ruang tamu rumahnya.

Petugas kemudian dipanggil dan mengamankan buaya yang tidak diundang itu ke zoo berdekatan.

Buaya-buaya ini dikenal dengan "salties" iaitu buaya muara (air masin) yang biasa terdapat di wilayah tropikal di Australia utara. Buaya-buaya ini rata-rata membunuh dua penduduk dalam setahunnya.

Buaya "salties" ini boleh memiliki panjang tubuh hingga 7 meter dengan berat tubuh lebih dari satu ton.

Buaya-buaya ini aktif bergerak di kawasan itu, terutama pada musim panas antara bulan Desember dan Januari. Buaya-buaya ini sering bergerak sehingga sampai ke kawasan bandar sebagaimana kejadian di rumah Dodd ini.


Wassalam~

Sumber: AFP
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Unknown mengatakan...

ISH..CEMANA BOLEH SAMPAI MASUK DALAM RUMAH ??
BAHAYA BETUL LA..

SENARAI KUMPULAN DAH KELUAR

http://www.dianarashid.com/2012/01/senarai-kumpulan-segmen-jom-tingkatkan.html


9 Januari 2012 pukul 11.44
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

haha.. pelik kan..


9 Januari 2012 pukul 13.04

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved