Datin Maimon Sertai UMNO - Afdlin Shauki

on 04 Januari 2012

Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, Boboi sertai UMNO Selepas Pegang Watak Datin Maimon Maharaja Lawak Mega 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Afdlin dan Harun sertai UMNO

KUALA LUMPUR, Jan 4: Selepas menghiburkan rakyat Malaysia dengan watak Datin Maimon, yang seolah-olah terselit dengan pelbagai mesej tersirat, pelawak terkenal Afdlin Shauki, bersama rakannya Harun Salim Bachik tiba-tiba mengumumkan menyertai Umno.


(Afdlin Shauki sebagai Datin Maimun dalam Maharaja Lawak Mega)

Dua anggota kumpulan Boboi, yang menjadi naib juara dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) dikatakan telah menyerahkan borang keahlian Umno semalam.



Keputusan sekadar mendapat tempat kedua dalam pertandingan dikira amat mengejutkan para peminat Boboi kerana persembahan Afdlin dan Harun dalam peringkat final MLM sebagai Datin Maimon dan hantu minyak cukup menghiburkan.

Sebagai Datin Maimon, Shauki cukup mencuit hati penonton dengan gaya rambut besar dan lenggok menawan sambil menyelitkan lawak-lawak seperti cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.

Bukan itu sahaja, Shauki turut menghiburkan penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah beserta lagu ‘Ghost Buster’ yang ditukar liriknya untuk membasmi orang minyak yang dilakonkan oleh Harun.




Kepada para peminat politik, sudah tentu perkataan-perkataan dan aksi-aksi yang digunakan Shauki lebih melucukan kerana minda mereka akan terbayangkan seseorang meskipun Shauki tidak berniat atau menyedari lakonannya akan mempunyai kesan sedemikian.

Dengan penyertaannya ke dalam Umno, diharap Afdlin akan terus menyumbang ke dunia hiburan tanah air tanpa sebarang sekatan dan halangan terhadap usaha murninya untuk memajukan industri seni negara.

Selamat maju jaya buat Afdlin dan Harun!


Sumber: harakah.net.my


Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

Unknown mengatakan...

Datin Maaimon A.K.A timun


5 Januari 2012 pukul 03.11
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

haha.. tin mon... ada maksud d sebalik rupanya..


5 Januari 2012 pukul 05.39
Anonim mengatakan...

masuk umno...haahahahaha..lawak..


5 Januari 2012 pukul 10.03
hobin mengatakan...

Hai,

Maaf jika e-mel ini mengganggu. Saya sekadar ingin berkongsi peluang baru ini.

Hanya melalui E-MEL sahaja boleh dapat DUIT.
Sungguh mudah, sila klik link ini http://www.emailduit.com/?a=25285

Terima kasih.

Ikhlas;


5 Januari 2012 pukul 10.58
Anonim mengatakan...

suke hati dia la nak masuk ape.bukan dia nyusahkan korang pun..bukan korang bagi dia makan.dia punya pasallah


6 Januari 2012 pukul 11.56
Anonim mengatakan...

They're going for something big


19 Januari 2012 pukul 01.54

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved