Filem Animasi Frozen Terbitan Walt Disney 2013

on 02 Januari 2012

Filem Frozen, Filem Animasi Terbaru terbitan Walt Disney November 2013 

Filem animasi 'Frozen' 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera

Filem terbaru terbitan Walt Disney berjudul "Frozen", yang diadaptasi daripada sebuah buku Hans Christian Anderson "The Snow Queen", dijangkan akan menemui penonton pada November 2013 lapor IGN movies.

Filem ini dikatakan menggunakan CG-animation daripada sebelum ini menggunakan lukisan tangan seperti filem, "The Princess And The Frog" (2009). Filem klasik ini mengisahkan tentang dua orang kanak-kanak miskin, seorang budak lelaki bernama Kai dan seorang budak perempuan bernama Gerda, yang merupakan kawan baik. Gerda kemudian menggembara untuk menyelamatkan Kay selepas dia diculik oleh Snow Queen dan hatinya bertukar menjadi ais.

"The Snow Queen" sebelum ini pernah diadaptasikan beberapa kali untuk filem dan untuk rancangan TV, antaranya kartun, "Snezhnaya Koroleva" dari Russia pada tahun 1975, sebuah Hallmark TV movie pada 2002 yang dibintangi Bridget Fonda, dan animasi dari Britain yang menggunakan suara latar Helen Mirren dan Hugh Laurie.

Bercerita tentang filem animasi, filem "Frozen" ini sudah berada dalam perancangan Walt Disney studio hampir 10 tahun pada mulanya, namun ia dibatalkan pada 2002. Bagaimanapun projek itu kemudian mahu dibuat balik tidak lama kemudian, tetapi sekali lagi ia terpaksa ditangguhkan pada 2010.


Wassalam~


Sumber: yahoo.com
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Emmet mengatakan...

nice post oh... blog ni pun lawa.. :D


2 Januari 2012 pukul 20.55
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

thanks... ur blog also nice,... intresting..


2 Januari 2012 pukul 20.56

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved