FILEM JOHNNY BIKIN FILEM 2012 | SINOPSIS DAN TRAILER

on 14 Januari 2012

FILEM JOHNNY BIKIN FILEM 2012 | SINOPSIS DAN TRAILER

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sinopsis Filem JOHNNY BIKIN FILEM:

FILEM JOHNNY BIKIN FILEM 2012

Johnny mula dianggap sebagai godfather bila ia terlibat menerbitkan filem secara bebas di Singapura dan ia berada di tengah-tengah kegiatan samseng yang diketuai oleh Towkeh Wong dan Towkeh Fong. Johnny merapati primadona bangsawan Siti Rafeah yang dibimbing oleh Pak Shariff Sutero.

Johnny beralih selera kepada Siti Kamaliah, adik kepada Siti Rafeah. Johnny bermuafakat dengan Towkeh Wong untuk melindungi nyawa Siti Kamaliah tapi Towkeh Wong menolak. Johnny mengugut nyawa Towkeh Wong. Mastar memperkecilkan keupayaan Johnny sebagai godfather dan mencabar Johnny. Yusof Telo melindungi dan mengukuhkan kedudukan Johnny dalam dunia perfileman dan menghapuskan kuncu-kuncu Mastar. Yusof Telo turut melindungi kesemua perempuan simpanan Johnny.

Ketika menandatangani kontrak dengan Towkeh Fong untuk Johnny menguasai sebahagian dunia perfileman di Singapura, Mastar membunuh Towkeh Fong. Mastar meluaskan kuasanya dengan menggangu kawasan-kawawsan di bawah kepentingan Johnny. Dalam kejadian tembak menembak Johnny turut cedera. Siti Rafeah tinggalkan filem dan menyanyi di Happy World Cabaret.

Siti Kamaliah berlakon di pentas bangsawan. Johnny bersemuka dengan Mastar berhubung dengan jajahan kuasa masing-masing di Singapura. Siti Rafeah mengahwini Pak Shariff Sutero tapi cemburu dan dendamnya terhadap Siti Kamaliah tidak pernah padam. Johnny dan Yusof Telo menemui Towkeh Wong mati dibunuh di godownnya.

Johnny resah dan menyuruh isterinya terbang ke Brunei. Orang-orang Mastar terus menghambat Johnny di persembunyiannya di godown. Penggambaran filem terbitan Johnny diadakan di lokasi. Di lokasi ini Johnny ditembak mati oleh seorang sniper.







Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Hanif Idrus mengatakan...

cerita gangster zaman dulu macam best ajer ni...
Kena tengok ni...hehehe

Thanks tukar link dengan saya..
Check it out u in my bloglist
Hanif blog bloglist
Salam kenal….dan I follow sekali


14 Januari 2012 16.16
Jomkongsistory aka Cerita Kedai Kopi mengatakan...

lama lagi nak kluar.. hehe.. mcm xde warna sj movie ni kan.. stail dulu2.. hehe

p/s: sama2... thanks kerna sudi bertukar link jugak.. sya dah masukkan dlm bloglist feb sy..


14 Januari 2012 16.37

Poskan Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved