Sinopsis dan trailer filem Syirik 2012
Assalamualaikum & salam sejahtera
![]() |
Sinopsis & trailer Filem Syirik 2012 |
Sinopsis Filem Syirik 2012:
Mengisahkan fahaman syirik yang diamalkan oleh
beberapa individu yang sesat di dalam sebuah kampung. Pemujaan objek
dan syaitan sering menjadi amalan golongan ini. Wujud di kampung
tersebut seorang nenek yang sering menasihati pengamal syirik ini
supaya balik ke jalan yang diredhai oleh Allah. Malangnya nasihat si
nenek ini tidak diterima oleh golongan ini.
Pembunuhan sering dilakukan oleh pengamal syirik ini. Suatu kejadian
pelik berlaku di kampung tersebut di mana isteri seorang bomoh yang
sarat mengandung telah dibunuh dan bayinya hilang. Susulan dari
kejadian ini, insiden-insiden pelik sering berlaku di kampung tersebut.
Ada yang berpendapat, isteri si bomoh yang meninggal ini kembali
sebagai Pontianak untuk membalas dendam.
Pengarah : | M. Subash Abdullah | ||
Syarikat Penerbit : | Genius Parade Sdn Bhd | ||
Bahasa : | Bahasa Melayu | ||
kategori : | Filem Cereka | ||
Genre : | Misteri, Ngeri | ||
Klasifikasi : | U - Untuk tontonan umum | ||
Tarikh Tayangan : | 2012 | ||
Trailer Filem Syirik 2012:
Wassalam~
{ 2 Comments... read them below or add one }
agaknya best ker??
4 Januari 2012 pukul 12.26
xtau la kak.. best kot... tp seram la.. hehe
4 Januari 2012 pukul 15.19
Posting Komentar