HATTAN BERCERAI SELEPAS 2 BULAN BERKAHWIN

on 13 Januari 2012


Assalamualaikum & salam sejahtera

Hattan dan Farah Asyikin Bercerai Talak 1

Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar, Hattan dan isterinya, Farah Asyikin Othman disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada Khamis.

Akhbar Sinar Harian melaporkan, Hattan, 48, melafazkan cerai terhadap Farah di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli sekitar pukul 11.30 pagi.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya untuk menfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Akhbar itu turut melaporkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Hattan dan Farah Asyikin, 34, baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!



Sumber: mStar
Ranking: 5

{ 11 Comments... read them below or add one }

Unknown mengatakan...

aik..dah cerai dah.tak ado jodoh ler agaknya.kita doakan yang terbaik lah

ENTRI TERBARU: Kaitan Bontot Wanita Malaysia dan Penjenayah Niger... , bila blog jadi blog pilihan , ZERO POINTTTTTT! ni 'game' kami part 2


13 Januari 2012 pukul 16.42
Azlan Strider mengatakan...

baru 2 bulan da cerai..apa laa dorang nie..tak cuba nak perbaiki dulu ke sebelum cerai??isk..isk...

Regards,
-Strider-


13 Januari 2012 pukul 17.12
Anonim mengatakan...

ape buleh buat dah tak dah jodoh... kita doakan yg trbaik tuk mreka...


13 Januari 2012 pukul 19.01
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

btol2.. jodoh diorang smpai kat situ sj...


13 Januari 2012 pukul 21.04
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

mungkin diorang dah cuba sedaya upaya... mungkin itu sj jalan penyelesaian yg ada,..


13 Januari 2012 pukul 21.05
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

doakan yg terbaik.. insyaAllah~


13 Januari 2012 pukul 21.06
Shah Blogger Profile Test mengatakan...

Dia tak rujuk balik la eik? ada la puncanya tu.. mgkn ada hikmahnya. tu la bab bkhawin ni x leh terburu, x kira la kita janda or duda. apatah lagi bujang. Kang nyesal x sudah. Kenali pasangan msg2 dalam2 lu


13 Januari 2012 pukul 23.31
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

Entah la bro.. tp yg peliknya baru 2 bulan dah cerai. ok lah terima sebagai takdir. btol bro.. kena fikir masak2 dlu.. kalau tak pandai masak pun mungkin boleh jadi punca penceraian jugak.. hehe gurau2


14 Januari 2012 pukul 00.10
Dkna Abza mengatakan...

dunia artis tak terlepas dari kes kawen dan cerai


14 Januari 2012 pukul 12.32
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

btol tu.. sudah menjadi kebiasaan.. hehe


14 Januari 2012 pukul 12.40
manusia biasa mengatakan...

bagi manusia yang tak fhm dan pendek akal mmg mengutuk dgn penceraian....saya punya usia khwin hnya 2 mgu jer ok, dah suami nak ceraikan...sy org biasa bukan artis...setahun cuba pertahan kan tp tak dpt juga....saya ingat suami bmasalah...dah nak kene cerai, baru dpt tahu sy kene buatan org...suami di tutup hati nya..suami tetap nak menceraikan...rupe nyer rumahtngga kene sihir...patut lah mcm2 halangan timbul dlm phub. kami...jadi bende ni sedia maklum...yang pasti allah sentiasa ada pada org yg sabar...org yg suka membuat tuduhan pasal perempuan/isteri/ suami x bagus baik berpadah2....jaga lidah anda sebelum mengatakan sesuatu....bagi yg fhm dengan memeanjatkan doa...alhamdulillah...jadi lah manusia yg sentiasa berperasangka baik...


18 Januari 2012 pukul 06.51

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved