BAPA MICHAEL JACKSON KINI HANYA PENJUAL MINYAK WANGI MURAH

on 05 Februari 2012

BAPA MICHAEL JACKSON, JOE JACKSON KINI HANYA SEORANG PENJUAL MINYAK WANGI MURAH DI PUSAT MEMBELI BELAH LAS VEGAS. MANA PERGINYA HARTA PENINGGALAN MICHAEL JACKSON?

Assalamualaikum & salam sejahtera
BAPA MICHAEL JACKSON, JOE JACKSON

WALAUPUN raja pop dunia, Michael Jackson telah meninggal dunia pada tahun 2009 lalu, namun, populariti dan harta peninggalannya yang ,melimpah ruah itu sudah tentu mampu menanggung seluruh kaum keluarga penyanyi itu.
Namun ia bukanlah seperti yang dianggap kerana bapa penyanyi kesayangan ramai itu, Joe Jackson dilaporkan kini menjual minyak wangi murah di sebuah pusat membeli belah di Las Vegas.

Malah menurut portal Dailymail, Joe bukan menjual barangan itu di pusat membeli belah yang elit dan sering dikunjungi para selebriti Hollywood tetapi hanya berniaga di sebuah kios kecil yang kawasan sekitarnya tiada pengunjung.

Gambar Joe yang diambil oleh TMZ itu menunjukkan dia menguap mengantuk kerana tiada pengunjung.

Keadan ini pastinya amat menyedihkan apabila seorang lelaki yang telah membesarkan Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga ke puncak kejayaan akhirnya terkandas di sebuah kios kecil, berniaga demi meneruskan kehidupan.

Tidak seperti keluarganya yang lain, sejak dahulu lagi Joe bukanlah seorang yang suka tampil di khalayak umum, tatkala di saat kejayaan mahupun kematian Michael, lelaki ini lebih senang merendah diri.

P/s: Jual minyak wangi murah pun apa salahnya kan? Asalkan bukan kerja yang menyusahkan orang lain macam mencuri dan merompak?

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: MStar
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved