Tampilkan postingan dengan label Artis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Artis. Tampilkan semua postingan

Artis Lelaki Kacak Bermisai

on 02 April 2012

Artis Lelaki Kacak Bermisai 2012? Tajuk entri yang agak mengarut "Artis Lelaki Kacak Bermisai". Cuba korang bayangkan muka Aaron Aziz bermisai? Pernah nmpak tak Aaron Aziz bermisai di dalam lakonan ataupun luar lakonan? Mesti korang tak pernah nampak kan. Memang jarang artis di Malaysia ini yang akan menyimpan misai mereka. Lagi-lagi artis macam Aaron Aziz, Shaheizy Sam dan Aizat. Kalaulah diorang ni bermisai, sesuai tak?

Lelaki Kacak Bermisai
Entah gambar siapa ni, main ambil ja dari Google!


Macam mana dengan gambar di atas? Macam Lelaki Kacak tak uncle tu? Kalau la Aaron Aziz bermisai? Lagi kacak kot. Cuba tengok !


Aaron Aziz

Aizat Amdan

Akim
Alif Aziz
Awal Ashaari
Dafi
Kamal Adli
Nabil Raja Lawak
Nazim Othman
Tomok
Haha. Muka Tomok dalam gambar tu memang sesuai digelar ' Lelaki Kacak'. Kacak ker? Kesian artis-artis ni dipasang misai. Entah siapa punya kerja la. Tolong la vote siapa antara artis di atas paling kacak?

Kredit untuk blog: akusyafrina.blogspot.com

Lelaki Kacak

on 28 Maret 2012

Lelaki Kacak Malaysia 2012 bakal membongkar siapakah lelaki paling kacak di Malaysia untuk tahun 2012. Ingat entri lelaki paling kacak ini hanya mengikut pandangan penulis sahaja. Jika pendapat saya berbeza dengan anda, sila jangan pertikai.

lelaki kacak
Untuk artikel ini, skop lelaki kacak yang akan saya senaraikan hanyalah untuk mereka yang terkenal sahaja contohnya pelakon, penyanyi, selebriti dan sebagainya. Kalau anda merasakan mereka ini belum cukup kacak dan ada artis lain yang lebih kacak dipandangan mata anda, sila kemukakan di ruangan komen. Saya sedia untuk mempertimbangkan cadangan anda untuk dimasukkan dalam entri Lelaki Kacak Malaysia 2012 ini.

Biasanya, jika ditanya para wanita apa kriteria seorang lelaki itu untuk digelar kacak, rasanya apa yang mereka akan jawab? Para wanita sila bagi komen anda sia sebenarnya lelaki kacak. Mungkinkah kacak itu hanya dilihat pada paras rupa ataupun perlu juga dilihat pada perwatakan lelaki itu? Pada pandangan saya, lelaki kacak itu bukan saja perlu dilihat pada paras rupa tetapi juga personaliti, pemakaian, dan kekemasan diri. Lelaki kacak biasanya akan kelihatan yakin dengan diri, kemas dari segi pakaian, segak, dan sentiasa tenang dalam segala hal. Jangan dilupa perwatakan juga harus menarik.

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri ini iaitu lelaki kacak Malaysia 2012, di bawah ini saya senaraikan 10 lelaki yang paling kacak mengikut pandangan saya. Kalau ada tambahan sila la beri komen. Senarai lelaki kacak di bawah tidak mengikut turutan, harap maklum.

LELAKI KACAK DI MALAYSIA 2012


Aaron Aziz
lelaki kacak


Ashraf Muslim
lelaki kacak


Fahrin Ahmad
lelaki kacak


Nazim Othman
lelaki kacak


Hans Isaac
lelaki kacak


Shahir AF8
lelaki kacak


Shaheizy Sam
lelaki kacak


Sheikh Muszaphar Shukor
lelaki kacak


Ustaz Don Daniyal


VIDEO LELAKI KACAK





Ok, lepas tengok gambar-gambar lelaki kacak di atas ini, apa yang anda boleh komen. Lelaki-lelaki di atas kacak atau tidak? Ataupun anda merasakan anda lagi kacak dari selebriti di atas ini? Mungkin juga. Kalau anda mempunyai wajah yang kacak bersyukurlah. Sebenarnya kekacakan yang anda miliki bukan milik anda. Semuanya hanya dipinjamkan kepada anda untuk sementara. Jangan takbur atau bangga dengan paras rupa yang anda miliki. Paras rupa yang kacak tidak akan kekal selamanya. Sampai masa kekacakan yang kita miliki akan pudar ditelan usia.

Sekian sahaja entri untuk kali ini. moga terhibur dengan entri Lelaki Kacak Malaysia 2012 ini. Apa-apa pendapat atau pandangan sila komen di tempat yang telah disediakan. Entri ini adalah kesinambungan dari entri "Lelaki Kacak Itu Apa" yang dipost sebelum ini untuk Contest Lelaki Kacak anjuran Earncent.com.

LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH

on 07 Februari 2012

LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH | VIDEO YOUTUBE

Assalamualaikum & salam sejahtera

AZWAN ALI PERGI UMRAH 2012
Baru-baru ini hangat diperkatakan di dunia maya tentang isu panas yang melanda artis, pelakon dan pengacara popular yang sinonim dengan ungkapan 'Ada aku kesah' dan 'Amboi.. amboi.. amboi'. Macam-macam cerita yang sengaja diheboh-hebohkan oleh pengutuk beliau termasuklah isu panasnya bersama Ummi Hafilda yang dikatakan diugut olehnya melalui laman twitter. 

Dan beberapa hari yang lalu keluar beberapa video Azwan Ali sedang meluahkan isi hatinya yang ditujukan khas buat peminat dan juga individu yang sering mengutuknya termasuklah wartawan dan para artis lain. Dalam video tersebut Azwan Ali sedang menunggu masa penerbangan untuk ke suatu destinasi yang dirahsiahkannya. Melalui permakaian dan kata-kata yang diluahkannya, berkemungkinan besar video tersebut diambil sebelum Azwan Ali berlepas untuk mengerjakan umrah. Kalaulah betul, mari kita sama-sama doakan moga dengan terlaksananya umrah kali ini Azwan Ali akan mendapat hidayah untuk berubah kepada yang lebih baik. InsyaAllah~ 


LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH





LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


BAPA MICHAEL JACKSON KINI HANYA PENJUAL MINYAK WANGI MURAH

on 05 Februari 2012

BAPA MICHAEL JACKSON, JOE JACKSON KINI HANYA SEORANG PENJUAL MINYAK WANGI MURAH DI PUSAT MEMBELI BELAH LAS VEGAS. MANA PERGINYA HARTA PENINGGALAN MICHAEL JACKSON?

Assalamualaikum & salam sejahtera
BAPA MICHAEL JACKSON, JOE JACKSON

WALAUPUN raja pop dunia, Michael Jackson telah meninggal dunia pada tahun 2009 lalu, namun, populariti dan harta peninggalannya yang ,melimpah ruah itu sudah tentu mampu menanggung seluruh kaum keluarga penyanyi itu.
Namun ia bukanlah seperti yang dianggap kerana bapa penyanyi kesayangan ramai itu, Joe Jackson dilaporkan kini menjual minyak wangi murah di sebuah pusat membeli belah di Las Vegas.

Malah menurut portal Dailymail, Joe bukan menjual barangan itu di pusat membeli belah yang elit dan sering dikunjungi para selebriti Hollywood tetapi hanya berniaga di sebuah kios kecil yang kawasan sekitarnya tiada pengunjung.

Gambar Joe yang diambil oleh TMZ itu menunjukkan dia menguap mengantuk kerana tiada pengunjung.

Keadan ini pastinya amat menyedihkan apabila seorang lelaki yang telah membesarkan Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga ke puncak kejayaan akhirnya terkandas di sebuah kios kecil, berniaga demi meneruskan kehidupan.

Tidak seperti keluarganya yang lain, sejak dahulu lagi Joe bukanlah seorang yang suka tampil di khalayak umum, tatkala di saat kejayaan mahupun kematian Michael, lelaki ini lebih senang merendah diri.

P/s: Jual minyak wangi murah pun apa salahnya kan? Asalkan bukan kerja yang menyusahkan orang lain macam mencuri dan merompak?

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: MStar

ZIZAN BERLAGAK TOLAK TAWARAN AHMAD IDHAM?

on 02 Februari 2012

ZIZAN BESAR SUDAH BESAR KEPALA, TOLAK TAWARAN BINTANGI TEATER MUZIKAL MAEL LAMBONG

Assalamualaikum & salam sejahtera

ZIZAN BERLAGAK? TOLAK TAWARAN AHMAD IDHAM

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyangkal dakwaan dia berkecil hati dengan pelakon dan pengacara Zizan Razak kerana menolak tawaran membintangi teater muzikal Mael Lambong yang dijadualkan berlangsung pada Mac depan di Istana Budaya (IB).

Ahmad Idham berkata sebagai individu yang mengenali Zizan sebelum pelawak itu menyertai bidang seni lagi, dia berasa terkejut kerana penolakan tersebut tidak disampaikan secara terus oleh Zizan tetapi menerusi pihak pengurusannya.

“Sebagai pengarah profesional, tidak timbul isu saya berkecil hati atau marah dengan keputusan Zizan yang enggan menerima pelawaan saya untuk teater Mael Lambong yang dirancang pada hujung tahun lalu.

“Itu adalah hak dia cuma dia menolak tawaran tersebut pada saat-saat akhir selepas memberi persetujuan secara lisan ketika perbincangan diadakan sebelum ini.

“Itu pun, bukan datang daripada mulutnya sendiri tetapi menerusi pihak pengurusan,” katanya yang ditemui mStar Online, baru-baru ini.


Zizan Sudah Besar Kepala?
Enggan merumitkan keadaan, Ahmad Idham berkata apa yang lebih membimbangkannya jika Zizan sudah berubah sikap seperti yang didakwa segelintir pihak kerana ia boleh menjejaskan kerjayanya seperti sebelum ini.

“Dia pernah didakwa berlagak, besar kepala dan tiada komitmen dalam kerja sebelum ini sehingga menyebabkan kerjayanya terumbang-ambing seketika.

“Mujurlah selepas dia bekerjasama dengan saya dalam filem Hantu Bonceng, populariti dan namanya kembali meningkat pada tahap dia berada sekarang.

“Saya sayangkan dia seperti seorang adik. Saya bimbang jika kesilapan pihak pengurusannya membuat keputusan dan percaturan jadual seni Zizan akan membawa dia ke ambang kejatuhan semula,” katanya dalam nada kesal.

Apabila ditanya adakah susulan penolakan Zizan itu memaksa pihaknya menggantikan teater muzikal itu kepada Gerimis Mengundang pada saat-saat akhir, Ahmad Idham berkata ia tiada kaitan kerana pementasan teater Mael Lambong hanya dirancang secara lisan tanpa ada hitam dan putih.

“Slot untuk pementasan teater muzikal di IB pada Mac depan memang sudah disediakan untuk kami. Namun, tiada pengesahan dan hitam putih bahawa kami akan mementaskan Mael Lambong di sana.

“Tidak timbul isu pementasan Gerimis Mengundang adalah sebagai ganti selepas Zizan enggan menyertai Mael Lambong,” katanya.


Reaksi Zizan Terhadap Tuduhan Negatif Keatasnya
Sementara itu, pengacara program Raja Lawak itu pula berkata keengganannya untuk menyertai pementasan muzikal berkenaan tiada kena-mengena dengan dakwaan dia sudah berubah sikap dan besar kepala.

“Saya menolak pelawaan tersebut kerana tidak boleh memberikan komitmen pada tarikh yang dirancang itu. Daripada saya paksa diri untuk bersetuju tetapi akhirnya tidak dapat beri komitmen, lebih baik saya tolak daripada awal.

“Adalah tidak adil untuk menuduh saya sudah berubah sikap hanya kerana saya menolak tawaran projek itu,” luahnya.

Zizan berkata penolakan tawaran tersebut tidak dilakukannya secara terus kerana dia sudah menyerahkan segala urusan kerja kepada pihak pengurusan.
“Saya tidak pernah memberikan persetujuan dan tiada hitam dan putih dalam perjanjian itu. Ia hanya perancangan secara lisan semata-mata.

“Apabila membabitkan urusan kerja, saya lebih selesa serahkan ia pada pengurusan kerana saya membayar mereka untuk mengawal selia jadual seni saya,” luahnya.

Menjawab dakwaan hubungan mereka menjadi dingin selepas insiden tersebut, Zizan berkata berdasarkan pengamatannya perkara itu tidak berlaku kerana mereka masih berbual mesra apabila bertemu khususnya pada pentas Raja Lawak musim keenam yang kini berlangsung pada setiap malam Jumaat di Pusat Penyinaran Asia (Astro).

“Saya tidak tahu pula kalau ada orang kata kami sedang berperang dingin. Apa yang saya lihat Idham bersikap seperti biasa setiap kali kami bertemu. Mungkin itu hanya dakwaan kosong,” katanya.

Selain Hantu Bonceng, Zizan akan muncul dalam dua lagi filem arahan Ahmad Idham iaitu Jangan Pandang-Pandang dan Mael Lambong.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


HANTU KAK LIMAH KENA SAMUN | DALIMAWATI ISMAIL

on 01 Februari 2012

HANTU KAK LIMAH KENA SAMUN | DALIMAWATI ISMAIL | HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kak Limah Kena Samun

KUALA LUMPUR: Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.


MENARIK HARI INI:



VIDEO TEMUBUAL BERSAMA DALIMAWATI @ KAK LIMAH

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.

Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.

“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.


“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya.

Wassalam~


MENARIK HARI INI:



 
Derma [LIKE] Anda!


ANA RAFFALI SAHKAN TARIKH NIKAH 25HB FEBRUARI

ANA RAFFALI SAHKAN TARIKH NIKAH 25HB FEBRUARI 2012 | PILIH KAWAN KARIB SENDIRI

Assalamualaikum & salam sejahtera

ANA RAFFALI NIKAH 25HB FEBRUARI DEPAN

KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai tarikh perkahwinan penyanyi Ana Raffali akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan akan bernikah dengan kawan karibnya Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 30, pada 25 Februari depan.


Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, bakal bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati dekat sini.

Ia dimulakan dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, majlis akad nikah akan dilakukan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Majlis resepsi diadakan pada hari sama sejurus selepas akad nikah di masjid tersebut.

"Keluarga Naim telah merisik saya pada awal bulan Disember dan kedua-dua belah keluarga menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh hari bahagia kami.


MENARIK HARI INI:

"Nak diikutkan kami ingin berkahwin pada hari lahir Naim pada 24 Februari kerana dia mahu kami dinikahkan sebelum umurnya menginjak 30 tahun.

“Kemudian, apabila difikirkan semula, tak apalah, sehari selepas itu pun tidak ada masalah," kata Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, di sini, Selasa.

Ana dan Naim berkawan sejak enam tahun lalu.

Pada sidang akhbar itu, kedua-dua orang tua Ana dan Naim serta keluarga terdekat mereka hadir.

Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Lisa Jatuh Cinta yang mengisahkan tentang kisah cintanya.

Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.

Tambah Ana, dia juga enggan mengadakan majlis besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan majlis yang sederhana.

"Selama ini saya tidak pernah merasakan diri ini sebagai selebriti dan seperti orang biasa juga, kami sekeluarga ingin mengadakan majlis secara sederhana.

"Yang penting, kami dapat melakukan perkara yang wajib dan melayan tetamu. Berdasarkan perkiraan yang dibuat, mungkin seramai 1,000 orang tetamu akan hadir," ujarnya.


MENARIK HARI INI:


Wassalam~





 
Derma [LIKE] Anda!


SUMBER: MSTAR

FAEZAH ELAI TOLAK WATAK LAKONAN AKSI RANJANG

on 27 Januari 2012

FAEZAH ELAI TOLAK BERLAKON AKSI RANJANG TAU BERKEMBAN | ARTIS MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

FAEZAH ELAI MANIS BERTUDUNG

Aktres Faezah Elai,30, tidak akan menerima mana-mana tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berkehendakkan dia melakukan aksi ranjang ataupun berkemban.

Faezah berkata, suaminya yang juga pengarah drama Heykal Hanafiah,39, melarang dia berbuat demikian atas kedudukannya sebagai wanita yang sudah berumah tangga.

“Suami saya ada bagi nasihat yang dia tidak mahu saya memegang mana-mana watak yang agak melampau seperti berkemban ataupun aksi-aksi di atas katil.


MENARIK HARI INI:

“Katanya, sebagai wanita yang sudah berkahwin, watak seperti itu tidak sesuai. Takut nanti saudara mara dan sesiapa sahaja akan memberi persepsi negatif,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Menurut Faezah, selain menghormati permintaan suami, hatinya sendiri tidak pernah terbuka untuk melakonkan watak itu kerana memahami kedudukannya yang sudah berumah tangga.

Sebelum ini pun jelasnya, dia tidak pernah menerima watak-watak sedemikian dan memilih untuk mengekalkan prinsip tersebut selepas berkahwin.

“Kalau nak ikutkan, sejak dulu pun saya tak pernah ambil watak yang melampaui batas. Apatah lagi selepas menjadi isteri orang.

"Saya tak nafikan suami saya akan menilai skrip terlebih dahulu sebelum membenarkan saya menerima mana-mana tawaran agar watak yang diberikan itu bersesuaian dengan status saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata selepas kira-kira empat bulan mendirikan rumah tangga, Faezah berkata buat masa ini mereka belum dikurniakan rezeki walaupun sudah beberapa kali mendapatkan nasihat daripada doktor.

Bagaimanapun perkara itu tidak memberi apa-apa tekanan kepadanya kerana dia percaya terhadap rezeki daripada Allah.

“Saya tahu, orang yang berkahwin memang memerlukan anak. Tapi kalau masih belum ada, ia bukan masalah sangat. Kita tunggulah dalam masa setahun ni. Kalau tak ada rezeki juga, mungkin saya akan dapatkan rawatan dengan lebih serius,” jelasnya.

Mengenai aktiviti selepas kahwin, Faezah banyak menerima tawaran berlakon termasuklah untuk telefilem terbaru berjudul “Bukan Hanya Sedetik” terbitan Global Station Sdn Bhd dengan memegang watak utama.

Dalam drama itu dia bergandingan bersama Aqasha dalam sebuah kisah kekeluargaan.
Sementara itu jelas Faezah, dia mulai risau dengan berat badannya yang bertambah sebanyak lima kilogram berbanding 45 kilogram sebelum ini.

Atas sebab itu dia berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan hanya mengambil nasi sekali sehari.

“Saya risau badan saya naik. Bukannya apa, di televisyen, nanti kita akan nampak besar. Sebab itulah saya kena pastikan badan saya normal macam dulu,” katanya.
Wassalam~







 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: mStar

VIDEO PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

on 22 Januari 2012

VIDEO DAN GAMBAR PERNIKAHAN DAN PERKAHWINAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE DI TERANGGANU

Assalamualaikum & salam sejahtera

Tahniah buat Ally Iskandar dan pasangannya Farah Lee kerana sudah selamat diijab kabul untuk bergelar pasangan suami isteri. Semoga dengan perkahwinan ini akan dapat menambahkan rezeki dan dan mendapat keredhaan Allah SWT. Amin~


VIDEO PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR







MENARIK HARI INI:


GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR

ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

PERKAHWINAN DAN PERNIKAHAN



TERANGGANU

MASJID KRISTAL

FARAH LEE

ALLY ISKANDAR BERSOLAT

PERNIKAHAN.. IJAB DAN KABUL

TAHNIAH KEPADA ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE




P/s: Moga berkekalan hingga ke akhir hayat.


Wassalam~












 
Derma [LIKE] Anda!


GOSIP DAN STRESS | APA KAITANNYA?

on 19 Januari 2012

GOSIP BOLEH HILANGKAN STRESS | JAWAPAN MELALUI KAJIAN PENGKAJI BARAT, ROBB WILLER

Assalamualaikum & salam sejahtera

Gosip hilangkan stress?

Siapa sangka rupanya ada juga pengkaji barat yang terfikir untuk melakukan kajian tentang gosip. Dalam kajian itu mereka mengatakan perbuatan gosip ada kebaikkannya terutama dalam mengurangkan stress. Jom baca artikel di bawah ini yang menerangkan tentang hasil kajian mereka.

Walaupun gosip bukanlah perbuatan yang baik, namun ada yang merasakan gosip adalah perkara yang menyeronokkan. Malah, dalam kajian terbaru menyebut bergosip boleh mengurangkan stress dan mencegah orang lain dipermainkan.

Itu merupakan kesimpulan para pengkaji dari Universiti California, Berkeley, yang melakukan empat kajian yang sampelnya terdiri dari ribuan peserta.

"Gosip memang ada kesan buruknya, tetapi kami menemukan bukti bahawa bergosip berperanan penting dalam menjaga fungsi sosial," kata salah satu pengkaji, psikolog sosial Robb Willer.

Willer menyatakan bergosip boleh menjadi satu terapeutik. Ketika para peserta kajian melihat orang lain melakukan perbuatan buruk, denyut jantung mereka meningkat. Tetapi peningkatan itu hanya dalam skala sederhana jika mereka menceritakan pada orang lain apa yang mereka lihat.

"Menyebarkan informasi tentang orang lain yang mereka lihat melakukan perbuatan tidak baik ternyata membuat seseorang merasa lebih baik, serta mengurangkan rasa tidak senang yang mendorong mereka bergosip," kata Willer.

Bukan itu saja, para pengkaji juga menemui bahawa peserta kajian  juga rela mengeluarkan upaya ekstra untuk memberitahu orang lain siapa yang berlaku curang dalam sebuah simulasi permainan ekonomi. Dalam hal ini bergosip bererti mencegah orang lain dirugikan oleh orang yang curang tadi.

"Kita tidak perlu merasa bersalah jika gosip yang kita sampaikan bertujuan untuk mencegah orang lain dipermainkan," kata Matthew Feinerg, ketua pengkaji.

Kajian tentang kebiasaan bergosip pada tahun 2009 menemukan, sekitar 80 peratus isi pembicaraan kita adalah gosip. Dalam kajian yang melibatkan 300 orang itu juga ditemukan bahawa sekitar 5 peratus gosip bersifat berbahaya. - Kompas


Melalui artikel di atas, apa pandangan anda? Benarkah gosip ini dapat kurangkan stress? Sesuaikah cara ini digunakan untuk mengatasi masalah stress? Dalam Islam dinyatakan "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara". Walaupun tujuan mereka bergosip untuk hilangkan stress tetapi cara yang mereka gunakan itu salah dan banyak kesan buruknya. Gosip boleh dikatakan mengumpat jika cerita yang disebarkan itu betul tetapi fitnah jika cerita yang disebarkan tidak benar. Nak tau lebih lanjut tentang gosip? Baca sini.


 
P/s:  Entri untuk renungan kita bersama. huhu


Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!


FILEM APPALAM ARAHAN AFDLIN MENANG FILEM TERBAIK INDIA 2012

on 18 Januari 2012

FILEM TAMIL PERTAMA AFDLIN, APPALAM DIIKTIRAF MELALUI FESTIVAL FILEM INDIA MALAYSIA 2012 SETELAH MENANG FILEM TERBAIK 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

FILEM PERTAMA ARAHAN AFDLIN SHAUKI MENANG ANUGERAH FILEM TAMIL TERBAIK 2012

Pengarah filem Afdlin Shauki berasa bangga dan dihargai apabila filem pertamanya dalam bahasa Tamil, "Appalam" telah diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem India Malaysia yang julung kali diadakan baru-baru ini.

Diadaptasi daripada filem bahasa Melayu berjudul "Papadom" yang turut diarah olehnya, "Appalam" mengalahkan sembilan filem Tamil lain antaranya adalah "Undercover Rascals", "Uttrachai Kali", "Aathma", "Ethirkaalam", "Aandal", "Uruvam", "Panjamuni" dan "Yantra".

Kejayaan di festival filem yang diadakan di Chennai, India pada 9 sehingga 12 Januari 2012 ini merupakan yang terbesar dalam karier Afdlin selaku pengarah dan juga Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Selaku penerbit dan pengedar filem.


Menampilkan pelakon yang terdiri daripada Gana Pragasam, Raja Ilya, Jaclyn Victor, Haani Shivraj, Shashitharan, Sharifah Amani, Vassantha Kumaran, Iman Wan, Sathia, Gunseh, Maimon Talib dan Afdlin sendiri, filem ini mengisahkan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan anak perempuannya terjaga.

Sashitharan turut memenangi Pelakon Lelaki Terbaik tetapi bukan untuk filem "Appalam", sebaliknya untuk filemnya yang lain, "Aathma".

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: yahoo.com

CINTA KURA KURA SELIT ELEMEN 3D | FILEM TERBITAN KRU STUDIOS

FILEM CINTA KURA KURA SELIT ELEMENT 3D | KRU STUDIOS PERKENAL TEKNOLOGI 3 DIMENSI DALAM FILEM TERBITAN TERBARUNYA | FILEM ARAHAN NIZAM ZAKARIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

CINTA KURA KURA VERSI 3D

KRU Studios meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada industri perfileman apabila menyelitkan elemen tiga dimensi (3D) dalam filem fantasi romantik komedi terbaru, "Cinta Kura-Kura".

Diterajui oleh Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel, filem ini merupakan filem pertama arahan Nizam Zakaria.

Menurut Eksekutif Presiden KRU Studios merangkap Penerbit Eksekutif filem ini, Norman Abdul Halim memberitahu pihak mereka sentiasa mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru tidak kira bidang seperti penulisan skrip, pengarahan, lakonan dan juga nyanyian.

"Walaupun Nizam pernah mengarah beberapa program televisyen, bakatnya lebih menyerlah untuk filem bercorak seperti "Cinta Kura-Kura" dan kami yakin penonton akan terhibur dengan filem ini."

Malah Nizam turut terharu dengan kepercayaan dan pelaburan yang diberikan oleh pihak KRU Studios untuk filem pertamanya ini.

"Saya ingin berterima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengarah filem unik sebegini yang saya pasti akan menyumbangkan kepada kepelbagaian genre dalam industri perfileman tempatan."

Filem kesepuluh terbitan KRU Studios ini juga buat julung kalinya menampilkan teknologi penjanaan imej berkomputer (CGI) untuk animasi karakter bagi watak Nico (lakonan Zizan Raja Lawak), Mira (Fara Fauzana) dan Atuk (Shy8).

"Cinta Kura-Kura" mengisahkan tentang seorang gadis ceria bernama Nani lakonan Tiz Zaqyah bersama binatang peliharaannya iaitu kura-kura bernama Nico. Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF). Jiran Nani, Adam lakonan Airel Zafrel telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Walaubagaimanapun Nico mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai teman hidup Nani iaitu Fazli (lakonan Fizz Fairuz), seorang pemilik kedai binatang peliharaan yang mempunyai agendanya tersendiri.



Trailer Filem CINTA KURA KURA 3D







SINOPSIS PENUH FILEM CINTA KURA KURA 3D:

Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tizz), dia berusia 21 tahun, Nani ada seekor binatang peliharaan bernama Nico seeokr kura kura yang species nya terancam. Nico ni pulak ada kelebihan buleh bercakap dgn manusia..heheh!! pulak dah.. Nani ni baru pindah le umah abang dia dan berjiran le pulak dengan Adam (lakonan Aeril Zafril) .
Adam ni jatuh cinta le dengan Nani sejak kali pertama memandang..kes cinta pandang pertama le ni..malangnya Nico kura kura kesayangan Nani tak suka di Adam. Nico merancang mensabotaj hubungan Nani dan Adam dari menjadi rapat. Zizan raja lawak la jadi suara si Nico.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.



Wassalam~






 
Derma [LIKE] Anda!


ADIRA - SAKURA | OFFICIAL MUSIC VIDEO 2012

on 17 Januari 2012

OFFICIAL MUSIC VIDEO| ADIRA - SAKURA | BAKAT AKADEMI FANTASIA | 2012 | KLIP VIDEO MUZIK TERKINI | ARTIS MALAYSIA | DOWNLOAD FULL VERSION | MEDIAFIRE

Assalamualaikum & salam sejahtera

ADIRA - SAKURA

ADIRA - SAKURA


VIDEO MUZIK: ADIRA - SAKURA




Lirik Lagu Sakura Nyanyian Adira :


Masih terbayang waktu itu
Bunga gugur di depanku
Kau mengajarku ia mekar
Segelintir detik sahaja

Masihku ingat sedih teramat
Tak mengerti ia pergi…
Hidup terindah bersudahnya ringkas
Musim yang berubah begitulah…

Kisah di pohon sakura
Kenangan yang ku semadi
Sebelum semuanya berakhir…


***
Mengapa…mengapa ku di sini
Berapa…berapa lama lagi
Aku menunggu dibelenggu
Pagar pelukannya…

Siapa…siapa yang memanggil
Di manakah dikau yang mencari
Selama menanti
Menanti di ufuk ini…

Katamu aku curang padamu
Tak berhati mungkir janji
Memang hidupku tercipta untukmu
Hanya seketika sementara…

Pastinya bagai sakura
Janjiku harus tepati
Masa ku bersamamu berakhir…

Sakitnya menerima nasibku denganmu
Kitalah yang terpisah
Dunia yang berbeza
Walau depan mata kau

Tak dapat lihatku sentuh aku
Ku hanya mampu bermimpi
Yang kau temui alam ini
Mengapa…mengapa ku di sini

Berapa…berapa lama lagi
Aku menunggu dibelenggu
Pagar pelukannya…

Siapa…siapa yang memanggil
Di mana kah dikau yang mencari
Masa ditempuhi
Lamanya menanti
Selama menanti
Menanti di ufuk ini



Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


LADIES NIGHT DI KELANTAN TOLAK KEHADIRAN BLACK MENTOR

on 16 Januari 2012

PROGRAM LADIES NIGHT 2012 DI KELANTAN TOLAK KEHADIRAN BLACK MENTOR DAN DIGANTIKAN DENGAN PENYANYI WANITA | TAHUN MELAWAT KELANTAN 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Persembahan Black di Ladies Night Kelantan Batal

Kerajaan Kelantan telah membatalkan kehadiran juara program televisyen "Mentor" musim ketiga, Black, yang dijadualkan membuat persembahan di acara "Ladies Night".

Kehadiran Black atau nama sebenarnya Hanifah Bin Mohd Hanafiah yang sepatutnya membuat persembahan 23 Januari ini dibatalkan selepas menerima kritikan ramai yang mempertikaikan penyanyi "Drama King" ini membuat persembahan pada acara tersebut yang diadakan bersempena program Kelantan's Got Talent khusus untuk kaum wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu pihaknya mengambil langkah menghormati kritikan dan pandangan orang ramai yang mempersoalkan kehadiran penyanyi berkenaan.

"Walaupun ini bukanlah kali pertama beliau mengadakan persembahan di sini, tetapi banyak komen dalam laman sosial Facebook memberi pendapat mereka mengenai kemunculan Black pada majlis berkenaan," ujarnya yang turut memberitahu tempat Black akan digantikan dengan seorang penyanyi wanita lain.

Sebelum ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan orang ramai telah mengkritik hebat di laman sosial Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikai kemunculan Black pada majlis yang dikhususkan kepada wanita sahaja.

Acara "Ladies Night" ini diadakan bersempena Tahun Melawat Kelantan 2012, dengan kerajaan negeri menganjurkan program berbentuk hiburan iaitu Kelantan's Got Talent bagi mencari bakat baru dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


ADIRA TOLAK TUDUHAN DIRINYA SEORANG LESBIAN

on 15 Januari 2012

ADIRA TOLAK TUDUHAN TENTANG DIRINYA SEORANG LESBIAN | GOSIP MELAMPAU ARTIS MALAYSIA 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Adira Tolak Dakwaan Dirinya LESBIAN

PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta dengan penyanyi Hafiz (AF7), beberapa bulan lalu.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini.

“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

“Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.

Adira berkata kemunculan tahun 2012 ini mahu dimanfaatkannya untuk memantapkan lagi kerjaya seni dan bukan terus dihantui dengan gosip dan kontroversi yang menjejaskan reputasi.

“Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.

“Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.
"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, anak bongsu dalam keluarga ini berkata klip video lagu ‘single’ terbarunya berjudul Sakura mula ditayangkan di Astro Ria pada malam Sabtu.

Selain sibuk memenuhi pelbagai undangan nyanyian, Adira juga sedang merakamkan lagu tema sebuah drama televisyen yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini.



Wassalam~


Sumber: mStar



 
Derma [LIKE] Anda!

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved