LADIES NIGHT DI KELANTAN TOLAK KEHADIRAN BLACK MENTOR

on 16 Januari 2012

PROGRAM LADIES NIGHT 2012 DI KELANTAN TOLAK KEHADIRAN BLACK MENTOR DAN DIGANTIKAN DENGAN PENYANYI WANITA | TAHUN MELAWAT KELANTAN 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Persembahan Black di Ladies Night Kelantan Batal

Kerajaan Kelantan telah membatalkan kehadiran juara program televisyen "Mentor" musim ketiga, Black, yang dijadualkan membuat persembahan di acara "Ladies Night".

Kehadiran Black atau nama sebenarnya Hanifah Bin Mohd Hanafiah yang sepatutnya membuat persembahan 23 Januari ini dibatalkan selepas menerima kritikan ramai yang mempertikaikan penyanyi "Drama King" ini membuat persembahan pada acara tersebut yang diadakan bersempena program Kelantan's Got Talent khusus untuk kaum wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu pihaknya mengambil langkah menghormati kritikan dan pandangan orang ramai yang mempersoalkan kehadiran penyanyi berkenaan.

"Walaupun ini bukanlah kali pertama beliau mengadakan persembahan di sini, tetapi banyak komen dalam laman sosial Facebook memberi pendapat mereka mengenai kemunculan Black pada majlis berkenaan," ujarnya yang turut memberitahu tempat Black akan digantikan dengan seorang penyanyi wanita lain.

Sebelum ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan orang ramai telah mengkritik hebat di laman sosial Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikai kemunculan Black pada majlis yang dikhususkan kepada wanita sahaja.

Acara "Ladies Night" ini diadakan bersempena Tahun Melawat Kelantan 2012, dengan kerajaan negeri menganjurkan program berbentuk hiburan iaitu Kelantan's Got Talent bagi mencari bakat baru dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Terbakor mengatakan...

kenapa tak panggip penyanyi perempuan ek?


17 Januari 2012 pukul 16.02
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

entah la.. nama pun ladies night.. nak panggil llaki gak.. kan dah kena sound..


17 Januari 2012 pukul 16.34

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved