FASHA SANDHA SUDAH BERKAHWIN HANYA GOSIP

on 16 Januari 2012

FASHA SANDHA MENAFIKAN DIRINYA BERNIKAH DI THAILAND KERANA TIDAK DIRESTUI KELUARGA JEJAI | HANYA GOSIP LIAR

Assalamualaikum & salam sejahtera

FASHA NAFI SUDAH BERKAHWIN

Sebelum ini timbul khabar angin bahawa beliau sudah pun bernikah di Thailand. Namun kisah tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh tuan empunya badan, Fasha Sandha.

"Saya masih lagi bujang dan belum bernikah. Itu semua adalah berita palsu yang disebar dan dicanang di beberapa blog hiburan tanah air," ujar Fasha selepas sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 baru-baru ini.

Khabar angin ini timbul selepas satu sumber yang merupakan seorang bekas wartawan hiburan memberitahu bahawa Fasha dan kekasihnya, Jejai sudah pun selamat dinikahi beberapa bulan lalu.

Ia disebabkan oleh perkahwinan mereka yang tidak direstui oleh ibu Jejai yang dikatakan masih lagi menyayangi bekas isteri Jejai, aktres Nora Danish.
"Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin dan usia saya juga bukan semakin muda. Saya akan berkongsi detik istimewa tersebut bersama media dan peminat saya. Cuma buat masa ini, berilah saya ruang untuk menjalani kehidupan seperti biasa," kata Fasha lagi.

Fasha bakal berentap bersama Nora Danish dan tiga aktres lain iaitu Rozita Che Wan, Scha Al-Yahya dan Tiz Zaqyah untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

suria lekatlekit mengatakan...

ada jodoh x kemana.. dh bosan dgn kontroversi fasha ni


16 Januari 2012 pukul 17.25
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

haha.. artis biasa lah.. penuh dengan gosip...


16 Januari 2012 pukul 17.38
Anonim mengatakan...

fuhhhhh..info bab artis ni memang 0%. malas nak ambik tahu. biar org cakap ketinggalan pun. sebab kekadang ni orang luar yg lebih. kecian tuan badan. hukhuk...

p/s: syieda paling suke Varnida Imran dan Rashidi. diorang less kntrovesi. aman damai. itu yg kite nak.. alamak panjang bebenor syieda komen.. ekekeke..


16 Januari 2012 pukul 22.02
Fur Bites Pet Shop mengatakan...

haha.. tq sudi beri komen.. tu la dia contoh artis yang bagus.. bukan mcm sesetengah artis tu yang slalu buat kontroversi..


16 Januari 2012 pukul 22.25

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved