Tampilkan postingan dengan label Gosip. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Gosip. Tampilkan semua postingan

NAJWA LATIF DIPERSENDA DAN DIKRITIK ARTIS SENIOR | AJL26

on 06 Februari 2012


Assalamualaikum & salam sejahtera

Najwa Latif Dikritik

Penyanyi dan komposer muda berbakat besar, Najwa Latif, 17 yang kini namanya semakin dikenali di seluruh Malaysia, baru-baru ini dikatakan menerima kritikan dari segelintir pihak yang mengatakan lagu yang dibawanya dalam pentas Anugerah Juara Lagu ke-26 peringkat akhir sebenarnya tidak layak dipertandingkan.

Lagu yang berjudul 'Cinta Muka Buku' yang liriknya dihasilkannya sendiri bersama-sama kakaknya, Syafiqa latif telah layak ke peringkat akhir setelah melalui beberapa tapisan dan telah mengetepikan beberapa lagu dari artis senior seperti Stacy, Hujan, Meet Uncle Hussein, Hazama dan Adira untuk layak ke pusingan akhir AJL26.

Najwa Comel
Bakat nyanyian yang dimilikinya memiliki kelainan berbeza bagi melayakkan dirinya sampai ke peringkat akhir. Disebabkan umurnya yang masih terlalu muda jika dibandingkan dengan artis sedia ada, ada segelintir pihak termasuk artis memandang rendah kebolehannya. Semasa di pentas akhir AJL26 baru-baru ini, dikatakan Najwa Latif telah dipersendakan oleh beberapa artis senior bertujuan untuk melemahkan semangatnya.

Namun, Najwa Latif tidak menganggap cabaran itu sebagai pematah semangatnya terus maju dalam dunia nyanyian. Dia berazam untuk terus berusaha memperbaiki mutu nyanyian dan hasil penulisan lirik lagunya. Najwa Latif yang juga ingin memperbaiki kemahirannya dalam bermain alat muzik terutamanya gitar.



P/s: Semoga Najwa akan tabah dalam meneruskan karier seninya. Tapi yang penting pelajaran jangan dilupa!

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: mStar

GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDAR DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

on 03 Februari 2012

GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDER DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

Assalamualaikum & salam sejahtera

"My wife is 8 months on, and my tummy is STILL bigger!"

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.


Sudah dapat restu keluarga
Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.

"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.

"Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya.

Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


GOSIP DAN STRESS | APA KAITANNYA?

on 19 Januari 2012

GOSIP BOLEH HILANGKAN STRESS | JAWAPAN MELALUI KAJIAN PENGKAJI BARAT, ROBB WILLER

Assalamualaikum & salam sejahtera

Gosip hilangkan stress?

Siapa sangka rupanya ada juga pengkaji barat yang terfikir untuk melakukan kajian tentang gosip. Dalam kajian itu mereka mengatakan perbuatan gosip ada kebaikkannya terutama dalam mengurangkan stress. Jom baca artikel di bawah ini yang menerangkan tentang hasil kajian mereka.

Walaupun gosip bukanlah perbuatan yang baik, namun ada yang merasakan gosip adalah perkara yang menyeronokkan. Malah, dalam kajian terbaru menyebut bergosip boleh mengurangkan stress dan mencegah orang lain dipermainkan.

Itu merupakan kesimpulan para pengkaji dari Universiti California, Berkeley, yang melakukan empat kajian yang sampelnya terdiri dari ribuan peserta.

"Gosip memang ada kesan buruknya, tetapi kami menemukan bukti bahawa bergosip berperanan penting dalam menjaga fungsi sosial," kata salah satu pengkaji, psikolog sosial Robb Willer.

Willer menyatakan bergosip boleh menjadi satu terapeutik. Ketika para peserta kajian melihat orang lain melakukan perbuatan buruk, denyut jantung mereka meningkat. Tetapi peningkatan itu hanya dalam skala sederhana jika mereka menceritakan pada orang lain apa yang mereka lihat.

"Menyebarkan informasi tentang orang lain yang mereka lihat melakukan perbuatan tidak baik ternyata membuat seseorang merasa lebih baik, serta mengurangkan rasa tidak senang yang mendorong mereka bergosip," kata Willer.

Bukan itu saja, para pengkaji juga menemui bahawa peserta kajian  juga rela mengeluarkan upaya ekstra untuk memberitahu orang lain siapa yang berlaku curang dalam sebuah simulasi permainan ekonomi. Dalam hal ini bergosip bererti mencegah orang lain dirugikan oleh orang yang curang tadi.

"Kita tidak perlu merasa bersalah jika gosip yang kita sampaikan bertujuan untuk mencegah orang lain dipermainkan," kata Matthew Feinerg, ketua pengkaji.

Kajian tentang kebiasaan bergosip pada tahun 2009 menemukan, sekitar 80 peratus isi pembicaraan kita adalah gosip. Dalam kajian yang melibatkan 300 orang itu juga ditemukan bahawa sekitar 5 peratus gosip bersifat berbahaya. - Kompas


Melalui artikel di atas, apa pandangan anda? Benarkah gosip ini dapat kurangkan stress? Sesuaikah cara ini digunakan untuk mengatasi masalah stress? Dalam Islam dinyatakan "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara". Walaupun tujuan mereka bergosip untuk hilangkan stress tetapi cara yang mereka gunakan itu salah dan banyak kesan buruknya. Gosip boleh dikatakan mengumpat jika cerita yang disebarkan itu betul tetapi fitnah jika cerita yang disebarkan tidak benar. Nak tau lebih lanjut tentang gosip? Baca sini.


 
P/s:  Entri untuk renungan kita bersama. huhu


Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!


LADIES NIGHT DI KELANTAN TOLAK KEHADIRAN BLACK MENTOR

on 16 Januari 2012

PROGRAM LADIES NIGHT 2012 DI KELANTAN TOLAK KEHADIRAN BLACK MENTOR DAN DIGANTIKAN DENGAN PENYANYI WANITA | TAHUN MELAWAT KELANTAN 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Persembahan Black di Ladies Night Kelantan Batal

Kerajaan Kelantan telah membatalkan kehadiran juara program televisyen "Mentor" musim ketiga, Black, yang dijadualkan membuat persembahan di acara "Ladies Night".

Kehadiran Black atau nama sebenarnya Hanifah Bin Mohd Hanafiah yang sepatutnya membuat persembahan 23 Januari ini dibatalkan selepas menerima kritikan ramai yang mempertikaikan penyanyi "Drama King" ini membuat persembahan pada acara tersebut yang diadakan bersempena program Kelantan's Got Talent khusus untuk kaum wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu pihaknya mengambil langkah menghormati kritikan dan pandangan orang ramai yang mempersoalkan kehadiran penyanyi berkenaan.

"Walaupun ini bukanlah kali pertama beliau mengadakan persembahan di sini, tetapi banyak komen dalam laman sosial Facebook memberi pendapat mereka mengenai kemunculan Black pada majlis berkenaan," ujarnya yang turut memberitahu tempat Black akan digantikan dengan seorang penyanyi wanita lain.

Sebelum ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan orang ramai telah mengkritik hebat di laman sosial Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikai kemunculan Black pada majlis yang dikhususkan kepada wanita sahaja.

Acara "Ladies Night" ini diadakan bersempena Tahun Melawat Kelantan 2012, dengan kerajaan negeri menganjurkan program berbentuk hiburan iaitu Kelantan's Got Talent bagi mencari bakat baru dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


FASHA SANDHA SUDAH BERKAHWIN HANYA GOSIP

FASHA SANDHA MENAFIKAN DIRINYA BERNIKAH DI THAILAND KERANA TIDAK DIRESTUI KELUARGA JEJAI | HANYA GOSIP LIAR

Assalamualaikum & salam sejahtera

FASHA NAFI SUDAH BERKAHWIN

Sebelum ini timbul khabar angin bahawa beliau sudah pun bernikah di Thailand. Namun kisah tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh tuan empunya badan, Fasha Sandha.

"Saya masih lagi bujang dan belum bernikah. Itu semua adalah berita palsu yang disebar dan dicanang di beberapa blog hiburan tanah air," ujar Fasha selepas sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 baru-baru ini.

Khabar angin ini timbul selepas satu sumber yang merupakan seorang bekas wartawan hiburan memberitahu bahawa Fasha dan kekasihnya, Jejai sudah pun selamat dinikahi beberapa bulan lalu.

Ia disebabkan oleh perkahwinan mereka yang tidak direstui oleh ibu Jejai yang dikatakan masih lagi menyayangi bekas isteri Jejai, aktres Nora Danish.
"Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin dan usia saya juga bukan semakin muda. Saya akan berkongsi detik istimewa tersebut bersama media dan peminat saya. Cuma buat masa ini, berilah saya ruang untuk menjalani kehidupan seperti biasa," kata Fasha lagi.

Fasha bakal berentap bersama Nora Danish dan tiga aktres lain iaitu Rozita Che Wan, Scha Al-Yahya dan Tiz Zaqyah untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


PEMINAT RANDID PANGALILA KUTUK ELFIRA LOY

PEMINAT RANDID PANGALILA KUTUK ELFIRA LOY MELALUI TWITTER DAN FACEBOOK | CERITA ARTIS MALAYSIA DAN INDONESIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

ELFIRA LOY TERIMA KUTUKAN DARI PEMINAT RANDID

Elfira Loy tidak kecewa apabila ramai peminat pelakon popular Indonesia, Randid Pangalila mengutuknya menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook gara-gara gandingan mereka dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang disiarkan baru-baru ini.

Elfira, 17, berkata, dia tidak melenting dengan perkara itu kerana telah menjangkakan ia akan berlaku kerana Randid adalah pelakon popular dan ramai peminat.

"Saya hanya ketawa apabila mengetahui ramai peminat Randid mengutuk saya di laman sosial dan sudah mengagak perkara tersebut akan terjadi.
"Kami hanya berlakon dalam satu drama dan tidak ada apa-apa berlaku di antara kami," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Elfira berkata, perkara tersebut berlaku kerana lakonan mereka dalam drama arahan Michael Ang itu mendapat sambutan hangat sehingga diulang tayang sebanyak beberapa kali di saluran Astro Ria.

Tambahnya, adegan romantik antara mereka juga mungkin menyebabkan peminat pelakon yang popular dengan siri Nada Cinta itu berang terhadapnya.
"Saya memandang positif terhadap apa-apa juga perkara negatif yang diperkatakan mengenai saya dan tidak mahu mengambil serius mengenai perkara itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Elfira berkata, perhatian yang diberikan oleh peminat Randid terhadapnya adalah sebagai tanda kehadirannya sebagai pelakon telah disedari oleh masyarakat.

Selain Elfira dan Randid, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang turut dibintangi oleh Sharifah Shahora, Didie Alias dan Sharikah Sakinah.
Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!



Sumber: MStar

ADIRA TOLAK TUDUHAN DIRINYA SEORANG LESBIAN

on 15 Januari 2012

ADIRA TOLAK TUDUHAN TENTANG DIRINYA SEORANG LESBIAN | GOSIP MELAMPAU ARTIS MALAYSIA 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Adira Tolak Dakwaan Dirinya LESBIAN

PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta dengan penyanyi Hafiz (AF7), beberapa bulan lalu.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini.

“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

“Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.

Adira berkata kemunculan tahun 2012 ini mahu dimanfaatkannya untuk memantapkan lagi kerjaya seni dan bukan terus dihantui dengan gosip dan kontroversi yang menjejaskan reputasi.

“Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.

“Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.
"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, anak bongsu dalam keluarga ini berkata klip video lagu ‘single’ terbarunya berjudul Sakura mula ditayangkan di Astro Ria pada malam Sabtu.

Selain sibuk memenuhi pelbagai undangan nyanyian, Adira juga sedang merakamkan lagu tema sebuah drama televisyen yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini.



Wassalam~


Sumber: mStar



 
Derma [LIKE] Anda!

ZIZAN RINDU JULIANA EVANS | TERBANG KE AMERIKA

on 12 Januari 2012

ZIZAN RAJA LAWAK RINDU JULIANA EVANS | TERBANG KE AMERIKA

Assalamualaikum & salam sejahtera

ZIZAN BERSAMA JULIANA EVANS

SUBANG JAYA: Pelawak, Zizan (Raja Lawak) akan terbang ke Amerika Syarikat (AS) jika ada masa terluang untuk bertemu pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya, Juliana Evans, yang sedang melanjutkan pengajian di negara itu.

Zizan berkata, memandangkan Juliana atau nama panggilannya, Jue, ada di AS, dia ingin mengambil kesempatan untuk berehat dan berjalan-jalan di negara tersebut selain merindui pelakon jelita itu yang dianggap sebagai teman wanita yang rapat dengannya.

"Saya mahu ke sana (AS) untuk bertemu Jue selain dapat berjalan di tempat-tempat menarik.

"Diakui, sejak ketiadaannya, saya cuba kuatkan diri dengan penuhkan jadual-jadual kerja dan ini adalah cara 'permainan' bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya. Tapi saya bukan kecewa tau," tambahnya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu.

Zizan yang kini tampil berjambang bagi memenuhi watak lakonannya dalam filem KL Gengster 2 itu turut menjadi finalis ABPBH bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV lelaki Popular.

"Saya bersyukur kerana tercalon dalam 'Top 5' anugerah ini. Saya akui, apabila sudah tercalon, siapa-siapa sekali pun pasti mengharapkan untuk kemenangan. Begitu juga dengan saya, cuma saya tak adalah meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

"Berada di zon 'Top 5' pun sebenarnya sudah memadai dan itu tandanya peminat-peminat masih lagi menyokong saya," ujarnya.

Sementara itu, Zizan juga bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul Bawaku Pergi berduet dengan Kaka yang diciptakan sepenuhnya oleh Malique (Too Phat).

"Tahun ini, selain kesibukan saya mengacara dan berlakon, saya turut menghadiahkan kepada peminat lagu Bawaku pergi.

"Macam biasa, dalam lagu itu saya merupakan penyanyi rap. Seronok juga sekali sekala beralih ke muzik. Sekurang-kurangnya peminat tidaklah bosan," tuturnya.

Wassalam~



Sumber: mStar
 
Derma [LIKE] Anda!

Artis Malaysia Tak Ikhlas?

on 24 April 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Sekadar gambar hiasan... hihi

Teruknya artis Malaysia ni, buat kerja amal pun nak minta habuan ke?.. Baik tak payah jadi artis la. Cari kerja lain la lu. haha. Sebenarnya bukan saya yang cakap ayat kat atas tu tau. Ada orang lain cakap bukan saya ekk. Saya cuma tolong taipkan je. hihi

Betul ke ada artis Malaysia yang hanya nak bayaran bila dijemput untuk buat kerja amal?.. Siapakah artis yang zalim tu. Kutuk skit. Dah namanya amal tak payah la terhegeh-hegeh nak minta bayaran. Ikhlaskanlah diri tu untuk beramal. Bukannya selalu kan. Dan ingat segala kerja yang kita lakukan jika diniatkan untuk ikhlas pasti akan dibalas dengan kebaikan. Cuma kekadang tu kita tak sedar je.

Sekadar gambar Hiasan Lagi.. hihi

Tapi kita tak boleh juga salahkan artis sepenuhnya. Ada juga penganjur sesuatu aktiviti atau konsert amal tu yang hanya ingin mengambil kesempatan dari kebaikan seseorang artis tu. Maka mereka menganjurkan satu konsert tu atas dasar nak beramal padahal ada udang di sebalik nasi goreng. Mereka tidak menyalurkan keuntungan yang diperoleh hasil dari konsert amal tu kepada mereka yang sepatutnya seperti anak yatim ataupun mangsa-mangsa bencana. Perkara ini perlulah disiasat terlebih dahulu sebelum seseorang artis tu mengambil keputusan untuk bersetuju menyertai konsert amal tu. Segala perjanjian dan persetujuan haruslah diteliti terlebih dahulu oleh PA artis tersebut.
Semoga artis-artis di negara kita ni ikhlas-ikhlas belaka dan tiada penganjur konsert yang tamak mengaut keuntungan dari konsert amal yang dianjurkan. InsyaAllah.


(Pictures source: Google.com)


Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved