Assalamualaikum & salam sejahtera.
Sekadar gambar hiasan... hihi |
Teruknya artis Malaysia ni, buat kerja amal pun nak minta habuan ke?.. Baik tak payah jadi artis la. Cari kerja lain la lu. haha. Sebenarnya bukan saya yang cakap ayat kat atas tu tau. Ada orang lain cakap bukan saya ekk. Saya cuma tolong taipkan je. hihi
Betul ke ada artis Malaysia yang hanya nak bayaran bila dijemput untuk buat kerja amal?.. Siapakah artis yang zalim tu. Kutuk skit. Dah namanya amal tak payah la terhegeh-hegeh nak minta bayaran. Ikhlaskanlah diri tu untuk beramal. Bukannya selalu kan. Dan ingat segala kerja yang kita lakukan jika diniatkan untuk ikhlas pasti akan dibalas dengan kebaikan. Cuma kekadang tu kita tak sedar je.
Sekadar gambar Hiasan Lagi.. hihi |
Tapi kita tak boleh juga salahkan artis sepenuhnya. Ada juga penganjur sesuatu aktiviti atau konsert amal tu yang hanya ingin mengambil kesempatan dari kebaikan seseorang artis tu. Maka mereka menganjurkan satu konsert tu atas dasar nak beramal padahal ada udang di sebalik nasi goreng. Mereka tidak menyalurkan keuntungan yang diperoleh hasil dari konsert amal tu kepada mereka yang sepatutnya seperti anak yatim ataupun mangsa-mangsa bencana. Perkara ini perlulah disiasat terlebih dahulu sebelum seseorang artis tu mengambil keputusan untuk bersetuju menyertai konsert amal tu. Segala perjanjian dan persetujuan haruslah diteliti terlebih dahulu oleh PA artis tersebut.
Semoga artis-artis di negara kita ni ikhlas-ikhlas belaka dan tiada penganjur konsert yang tamak mengaut keuntungan dari konsert amal yang dianjurkan. InsyaAllah.
(Pictures source: Google.com)
Wassalam~
{ 6 Comments... read them below or add one }
artis mana ya ?
24 April 2011 pukul 13.22
tidak dinyatakan... ^^
24 April 2011 pukul 13.26
Kalau dah artis tu pulak kerja dia sekali dengan pakej bukak rambut bukak dada dedah aurat sentuh lelaki perempuan bukan mahram, duit gaji tu kira haram jugak. Bila dah haram yang tu, apakah duit untuk majlis amal tu halal? Kalau haram, ye la jugak. Dah tu, nak bagi duit haram tu atas nama nak buat baik. Dunia akhir zaman bai!
24 April 2011 pukul 16.46
tu la pasal... penganjur konsert amal tu pon kekadang bukan orang yng kuat agama... main hentam je pilih artis... tpi selalunya penganjur pasti akan pilih artis yg dah sangat2 popular agar konsert amal tu dapat smbutan hangat... kalau tak, tak mungkin suatu konsert amal tu berjaya. n lagi satu masalahnya kebanyakan artis yang dah popular ni memang x menghiraukan pasal aurat dan akidah ni... men hentam je... yg penting dapat duit.. huhu
24 April 2011 pukul 17.24
kalo bab duit, semua rabun..
24 April 2011 pukul 20.07
@Cik Cempaka
huhu... btol2.. mcm yg secerah pawana ckp tu... dunia dah di akhir zaman...
24 April 2011 pukul 20.25
Posting Komentar