Tampilkan postingan dengan label artis malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label artis malaysia. Tampilkan semua postingan

LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH

on 07 Februari 2012

LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH | VIDEO YOUTUBE

Assalamualaikum & salam sejahtera

AZWAN ALI PERGI UMRAH 2012
Baru-baru ini hangat diperkatakan di dunia maya tentang isu panas yang melanda artis, pelakon dan pengacara popular yang sinonim dengan ungkapan 'Ada aku kesah' dan 'Amboi.. amboi.. amboi'. Macam-macam cerita yang sengaja diheboh-hebohkan oleh pengutuk beliau termasuklah isu panasnya bersama Ummi Hafilda yang dikatakan diugut olehnya melalui laman twitter. 

Dan beberapa hari yang lalu keluar beberapa video Azwan Ali sedang meluahkan isi hatinya yang ditujukan khas buat peminat dan juga individu yang sering mengutuknya termasuklah wartawan dan para artis lain. Dalam video tersebut Azwan Ali sedang menunggu masa penerbangan untuk ke suatu destinasi yang dirahsiahkannya. Melalui permakaian dan kata-kata yang diluahkannya, berkemungkinan besar video tersebut diambil sebelum Azwan Ali berlepas untuk mengerjakan umrah. Kalaulah betul, mari kita sama-sama doakan moga dengan terlaksananya umrah kali ini Azwan Ali akan mendapat hidayah untuk berubah kepada yang lebih baik. InsyaAllah~ 


LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH





LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






LUAHAN HATI AZWAN ALI SEBELUM BERLEPAS MENGERJAKAN UMRAH






Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDAR DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

on 03 Februari 2012

GAMBAR KONTROVERSI HARITH ISKANDER DAN ISTERI | TAYANG PERUT DI TWITTER

Assalamualaikum & salam sejahtera

"My wife is 8 months on, and my tummy is STILL bigger!"

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.


Sudah dapat restu keluarga
Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.

"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.

"Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya.

Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


HANTU KAK LIMAH KENA SAMUN | DALIMAWATI ISMAIL

on 01 Februari 2012

HANTU KAK LIMAH KENA SAMUN | DALIMAWATI ISMAIL | HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kak Limah Kena Samun

KUALA LUMPUR: Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.


MENARIK HARI INI:



VIDEO TEMUBUAL BERSAMA DALIMAWATI @ KAK LIMAH

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.

Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.

“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.


“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya.

Wassalam~


MENARIK HARI INI:



 
Derma [LIKE] Anda!


ANA RAFFALI SAHKAN TARIKH NIKAH 25HB FEBRUARI

ANA RAFFALI SAHKAN TARIKH NIKAH 25HB FEBRUARI 2012 | PILIH KAWAN KARIB SENDIRI

Assalamualaikum & salam sejahtera

ANA RAFFALI NIKAH 25HB FEBRUARI DEPAN

KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai tarikh perkahwinan penyanyi Ana Raffali akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan akan bernikah dengan kawan karibnya Ahmad Aznaim Abdullah (Naim), 30, pada 25 Februari depan.


Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, bakal bernikah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati dekat sini.

Ia dimulakan dengan acara bertunang pada pukul 10.30 pagi dan sejam kemudian, majlis akad nikah akan dilakukan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Majlis resepsi diadakan pada hari sama sejurus selepas akad nikah di masjid tersebut.

"Keluarga Naim telah merisik saya pada awal bulan Disember dan kedua-dua belah keluarga menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh hari bahagia kami.


MENARIK HARI INI:

"Nak diikutkan kami ingin berkahwin pada hari lahir Naim pada 24 Februari kerana dia mahu kami dinikahkan sebelum umurnya menginjak 30 tahun.

“Kemudian, apabila difikirkan semula, tak apalah, sehari selepas itu pun tidak ada masalah," kata Ana pada sidang akhbar pengumuman majlis perkahwinannya di PNB Darby Park, di sini, Selasa.

Ana dan Naim berkawan sejak enam tahun lalu.

Pada sidang akhbar itu, kedua-dua orang tua Ana dan Naim serta keluarga terdekat mereka hadir.

Ana turut melancarkan single lagu terbarunya berjudul Lisa Jatuh Cinta yang mengisahkan tentang kisah cintanya.

Pada majlis perkahwinan penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku itu nanti, pihak perempuan akan menerima sebanyak tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak akan diberikan kepada pihak perempuan sebaliknya hanya menerima mas kahwin yang belum ditentukan jumlahnya.

Tambah Ana, dia juga enggan mengadakan majlis besar-besaran hanya kerana dirinya seorang artis sebaliknya lebih selesa dengan majlis yang sederhana.

"Selama ini saya tidak pernah merasakan diri ini sebagai selebriti dan seperti orang biasa juga, kami sekeluarga ingin mengadakan majlis secara sederhana.

"Yang penting, kami dapat melakukan perkara yang wajib dan melayan tetamu. Berdasarkan perkiraan yang dibuat, mungkin seramai 1,000 orang tetamu akan hadir," ujarnya.


MENARIK HARI INI:


Wassalam~





 
Derma [LIKE] Anda!


SUMBER: MSTAR

FAEZAH ELAI TOLAK WATAK LAKONAN AKSI RANJANG

on 27 Januari 2012

FAEZAH ELAI TOLAK BERLAKON AKSI RANJANG TAU BERKEMBAN | ARTIS MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

FAEZAH ELAI MANIS BERTUDUNG

Aktres Faezah Elai,30, tidak akan menerima mana-mana tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berkehendakkan dia melakukan aksi ranjang ataupun berkemban.

Faezah berkata, suaminya yang juga pengarah drama Heykal Hanafiah,39, melarang dia berbuat demikian atas kedudukannya sebagai wanita yang sudah berumah tangga.

“Suami saya ada bagi nasihat yang dia tidak mahu saya memegang mana-mana watak yang agak melampau seperti berkemban ataupun aksi-aksi di atas katil.


MENARIK HARI INI:

“Katanya, sebagai wanita yang sudah berkahwin, watak seperti itu tidak sesuai. Takut nanti saudara mara dan sesiapa sahaja akan memberi persepsi negatif,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Menurut Faezah, selain menghormati permintaan suami, hatinya sendiri tidak pernah terbuka untuk melakonkan watak itu kerana memahami kedudukannya yang sudah berumah tangga.

Sebelum ini pun jelasnya, dia tidak pernah menerima watak-watak sedemikian dan memilih untuk mengekalkan prinsip tersebut selepas berkahwin.

“Kalau nak ikutkan, sejak dulu pun saya tak pernah ambil watak yang melampaui batas. Apatah lagi selepas menjadi isteri orang.

"Saya tak nafikan suami saya akan menilai skrip terlebih dahulu sebelum membenarkan saya menerima mana-mana tawaran agar watak yang diberikan itu bersesuaian dengan status saya,” ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata selepas kira-kira empat bulan mendirikan rumah tangga, Faezah berkata buat masa ini mereka belum dikurniakan rezeki walaupun sudah beberapa kali mendapatkan nasihat daripada doktor.

Bagaimanapun perkara itu tidak memberi apa-apa tekanan kepadanya kerana dia percaya terhadap rezeki daripada Allah.

“Saya tahu, orang yang berkahwin memang memerlukan anak. Tapi kalau masih belum ada, ia bukan masalah sangat. Kita tunggulah dalam masa setahun ni. Kalau tak ada rezeki juga, mungkin saya akan dapatkan rawatan dengan lebih serius,” jelasnya.

Mengenai aktiviti selepas kahwin, Faezah banyak menerima tawaran berlakon termasuklah untuk telefilem terbaru berjudul “Bukan Hanya Sedetik” terbitan Global Station Sdn Bhd dengan memegang watak utama.

Dalam drama itu dia bergandingan bersama Aqasha dalam sebuah kisah kekeluargaan.
Sementara itu jelas Faezah, dia mulai risau dengan berat badannya yang bertambah sebanyak lima kilogram berbanding 45 kilogram sebelum ini.

Atas sebab itu dia berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan hanya mengambil nasi sekali sehari.

“Saya risau badan saya naik. Bukannya apa, di televisyen, nanti kita akan nampak besar. Sebab itulah saya kena pastikan badan saya normal macam dulu,” katanya.
Wassalam~







 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: mStar

WAWA ZAINAL KINI FOKUS LAKONAN SETELAH TAMAT BERSEKOLAH

WAWA ZAINAL KINI FOKUS LAKONAN SETELAH TAMAT BERSEKOLAH | GADIS SABAH

Assalamualaikum & salam sejahtera

WAWA ZAINAL PELAKON MUDA BERBAKAT

Mungkin ramai tidak begitu mengenali Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin. Berasal dari Lahad Datu Sabah, gadis berusia 21 tahun ini merupakan artis naungan syarikat Metrowealth (MIG) bersama-sama pelakon bernama besar seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Intan Ladyana, Kamal Adli dan ramai lagi.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !

Selepas berkecimpung dalam bidang lakonan selama lima tahun, namanya kian meniti di bibir ramai. Menurut Wawa, aktiviti lakonannya sebelum ini agak terbatas dek kerana jadual sekolah yang padat. Malah bersekolah di Sabah membuatkan gadis ini terpaksa mengambil keputusan untuk 'merehatkan' diri daripada bidang lakonan.

"Saya banyak menerima tawaran berlakon sebelum ini. Cuma terpaksa ditolak dengan cara baik kerana masih bersekolah. Selepas tamat pengajian, saya kembali fokus kepada bidang yang sememangnya saya minati sejak dulu lagi," ujar Wawa ketika ditemui di majlis kesyukuran dan sambutan Tahun Baru Cina MIG baru-baru ini.

Wawa sebelum ini pernah membintangi drama dan telefilem tempatan seperti "Ana Lulu" yang digandingkan bersama Nora Danish. Terbaru, Wawa sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya arahan Azhari Zain iaitu "Hantu Dalam Botol Kicap".

"Selepas ini insyaAllah saya akan muncul dalam beberapa buah filem terbaru terbitan MIG," tambahnya lagi yang turut berterima kasih dengan sokongan ibu bapat serta MIG yang memberinya peluang sehingga dikenali umum.

"Hantu Dalam Botol Kicap" telah menggandingkannya bersama Angah Raja Lawak, Mon Ryanti, Mikael Andre dan Zalif Sidek. Ia mengisahkan tiga orang adik-beradik yang terpaksa tinggal di kampung dan dijaga oleh nenek mereka kerana ibu bapa mereka harus menyelesaikan sesuatu yang penting. Ketika mereka di kampung tersebut, pelbagai kejadian pelik telah berlaku.

"Hantu Dalam Botol Kicap" akan menemui peminat pada 9 Februari 2012.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


ADIRA - SAKURA | OFFICIAL MUSIC VIDEO 2012

on 17 Januari 2012

OFFICIAL MUSIC VIDEO| ADIRA - SAKURA | BAKAT AKADEMI FANTASIA | 2012 | KLIP VIDEO MUZIK TERKINI | ARTIS MALAYSIA | DOWNLOAD FULL VERSION | MEDIAFIRE

Assalamualaikum & salam sejahtera

ADIRA - SAKURA

ADIRA - SAKURA


VIDEO MUZIK: ADIRA - SAKURA




Lirik Lagu Sakura Nyanyian Adira :


Masih terbayang waktu itu
Bunga gugur di depanku
Kau mengajarku ia mekar
Segelintir detik sahaja

Masihku ingat sedih teramat
Tak mengerti ia pergi…
Hidup terindah bersudahnya ringkas
Musim yang berubah begitulah…

Kisah di pohon sakura
Kenangan yang ku semadi
Sebelum semuanya berakhir…


***
Mengapa…mengapa ku di sini
Berapa…berapa lama lagi
Aku menunggu dibelenggu
Pagar pelukannya…

Siapa…siapa yang memanggil
Di manakah dikau yang mencari
Selama menanti
Menanti di ufuk ini…

Katamu aku curang padamu
Tak berhati mungkir janji
Memang hidupku tercipta untukmu
Hanya seketika sementara…

Pastinya bagai sakura
Janjiku harus tepati
Masa ku bersamamu berakhir…

Sakitnya menerima nasibku denganmu
Kitalah yang terpisah
Dunia yang berbeza
Walau depan mata kau

Tak dapat lihatku sentuh aku
Ku hanya mampu bermimpi
Yang kau temui alam ini
Mengapa…mengapa ku di sini

Berapa…berapa lama lagi
Aku menunggu dibelenggu
Pagar pelukannya…

Siapa…siapa yang memanggil
Di mana kah dikau yang mencari
Masa ditempuhi
Lamanya menanti
Selama menanti
Menanti di ufuk ini



Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


LADIES NIGHT DI KELANTAN TOLAK KEHADIRAN BLACK MENTOR

on 16 Januari 2012

PROGRAM LADIES NIGHT 2012 DI KELANTAN TOLAK KEHADIRAN BLACK MENTOR DAN DIGANTIKAN DENGAN PENYANYI WANITA | TAHUN MELAWAT KELANTAN 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Persembahan Black di Ladies Night Kelantan Batal

Kerajaan Kelantan telah membatalkan kehadiran juara program televisyen "Mentor" musim ketiga, Black, yang dijadualkan membuat persembahan di acara "Ladies Night".

Kehadiran Black atau nama sebenarnya Hanifah Bin Mohd Hanafiah yang sepatutnya membuat persembahan 23 Januari ini dibatalkan selepas menerima kritikan ramai yang mempertikaikan penyanyi "Drama King" ini membuat persembahan pada acara tersebut yang diadakan bersempena program Kelantan's Got Talent khusus untuk kaum wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu pihaknya mengambil langkah menghormati kritikan dan pandangan orang ramai yang mempersoalkan kehadiran penyanyi berkenaan.

"Walaupun ini bukanlah kali pertama beliau mengadakan persembahan di sini, tetapi banyak komen dalam laman sosial Facebook memberi pendapat mereka mengenai kemunculan Black pada majlis berkenaan," ujarnya yang turut memberitahu tempat Black akan digantikan dengan seorang penyanyi wanita lain.

Sebelum ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan orang ramai telah mengkritik hebat di laman sosial Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikai kemunculan Black pada majlis yang dikhususkan kepada wanita sahaja.

Acara "Ladies Night" ini diadakan bersempena Tahun Melawat Kelantan 2012, dengan kerajaan negeri menganjurkan program berbentuk hiburan iaitu Kelantan's Got Talent bagi mencari bakat baru dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


FASHA SANDHA SUDAH BERKAHWIN HANYA GOSIP

FASHA SANDHA MENAFIKAN DIRINYA BERNIKAH DI THAILAND KERANA TIDAK DIRESTUI KELUARGA JEJAI | HANYA GOSIP LIAR

Assalamualaikum & salam sejahtera

FASHA NAFI SUDAH BERKAHWIN

Sebelum ini timbul khabar angin bahawa beliau sudah pun bernikah di Thailand. Namun kisah tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh tuan empunya badan, Fasha Sandha.

"Saya masih lagi bujang dan belum bernikah. Itu semua adalah berita palsu yang disebar dan dicanang di beberapa blog hiburan tanah air," ujar Fasha selepas sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 baru-baru ini.

Khabar angin ini timbul selepas satu sumber yang merupakan seorang bekas wartawan hiburan memberitahu bahawa Fasha dan kekasihnya, Jejai sudah pun selamat dinikahi beberapa bulan lalu.

Ia disebabkan oleh perkahwinan mereka yang tidak direstui oleh ibu Jejai yang dikatakan masih lagi menyayangi bekas isteri Jejai, aktres Nora Danish.
"Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin dan usia saya juga bukan semakin muda. Saya akan berkongsi detik istimewa tersebut bersama media dan peminat saya. Cuma buat masa ini, berilah saya ruang untuk menjalani kehidupan seperti biasa," kata Fasha lagi.

Fasha bakal berentap bersama Nora Danish dan tiga aktres lain iaitu Rozita Che Wan, Scha Al-Yahya dan Tiz Zaqyah untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!


 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved