Tampilkan postingan dengan label penyanyi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label penyanyi. Tampilkan semua postingan

Penyanyi Farah Asyikin Kemalangan

on 28 Agustus 2012


Penyanyi Farah Asyikin KemalanganPada awal pagi hari ini penyanyi Farah Asyikin mengalami satu kemalangan jalan raya awal pagi tadi. Kejadian berlaku sekitar jam 8.00 pagi tadi di hadapan pejabat Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara apabila kereta dipandu Farah Asyikin melanggar sebuah kereta orang awam.

Pemandu yang terlibat dalam kemalangan ini tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun kereta Mitsubishi yang dipandu Farah Asyikin agak teruk keadaannya. Kereta dipandu Farah Asyikin ini dikatakan milik sepupunya.


TEMUBUAL BERSAMA EBI KORNELIS UNTUK FILEM GERIMIS MENGUNDANG

on 27 Januari 2012

TEMUBUAL BERSAMA EBI KORNELIS UNTUK FILEM GERIMIS MENGUNDANG ARAHAN AHMAD IDHAM

Assalamualaikum & salam sejahtera

EBI KORNELIS BERLAKON FILEM ARAHAN AHMAD IDHAM

Firdaus bin Yamal atau lebih dikenali dengan nama Ebi Kornelis tidak pernah menghilangkan diri daripada dunia seni tahan air. Walaupun kariernya dalam bidang nyanyian dilihat agak mendatar, bekas naib juara program televisyen realiti "Akademi Fantasia" musim kelima ini tidak gentar untuk beralih kepada bidang lakonan pula.


MENARIK HARI INI:
  • VIDEO MESTI TONTON. FLASHMOB TERBAIK !


Ikuti temubual bersama jejaka berusia 30 tahun yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini.


Hai Ebi! Apa khabar? Boleh ceritakan watak anda dalam filem arahan Ahmad Idham, "Gerimis Mengundang" ini?
Hai! Saya sihat, terima kasih. Dalam filem "Gerimis Mengundang", saya hanya memegang watak kecil dan mempunyai satu babak sahaja. Saya memegang watak sebagai orang yang bergaduh dengan pelakon utamanya.


Kalau tak salah, "Gerimis Mengundang" merupakan filem kedua anda?
Ya, ia merupakan filem kedua saya. Sebelum ini, saya pernah membintangi filem arahan Bjarne Wong, "Sayang You Can Dance".

Ini adalah kali pertama anda bekerjasama dengan pengarah prolifik Ahmad Idham. Bagaimanakah bekerja dengannya?
Sangat teruja! Ini merupakan pertama kali saya bekerja di bawah arahannya. Walaupun saya hanya mempunyai satu sahaja babak dalam filem ini, namun banyak tunjuk ajar yang telah diberikan olehnya. Saya melihat beliau sebagai seorang yang sangat mudah dan cepat membuat kerja.



Boleh berkongsi perkembangan terbaru anda?
Pada tahun 2012, saya akan terlibat dengan dua buah filem yang merupakan arahan Bjarne Wong. Kedua-duanya adalah genre yang berbeza iaitu seram dan gangster atau aksi. Filem ini dijangka memulakan penggambaran sekitar Februari dan Mac. Saya juga sudah menamatkan penggambaran filem muzikal "Leftwings" yang diarahkan oleh Faisal Chal Ahmad. Ia mengisahkan empat anak muda yang ingin membina karier dalam bidang nyanyian dan menjadikan kumpulan rock terkenal, Wings sebagai idola mereka.


Sudah lama anda tidak muncul dengan lagu baru. Mengapa? Adakah kurang mendapat sambutan?
Tidak, bukan kerana itu. Saya ada membuat runut bunyi untuk drama dan terbaru adalah untuk Yusof Kelana. Alhamdulillah lagu tersebut telah diterima dan saya akan jadikan lagu tersebut sebagai single terbaru saya nanti.



Di antara bidang nyanyian dan lakonan, yang manakah menjadi pilihan anda atau paling anda gemari?
Terus-terang, saya sukakan kedua-duanya. Malah saya lebih suka sekiranya diri saya digelar sebagai seorang penghibur dan bukannya dilabel salah satu daripadanya.


Apakah harapan anda untuk filem "Gerimis Mengundang"?
Sudah tentu saya mengharapkan filem ini akan berjaya dan mendapat sambutan serta perhatian ramai.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan selamat berjaya!
Sama-sama.
Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


LADIES NIGHT DI KELANTAN TOLAK KEHADIRAN BLACK MENTOR

on 16 Januari 2012

PROGRAM LADIES NIGHT 2012 DI KELANTAN TOLAK KEHADIRAN BLACK MENTOR DAN DIGANTIKAN DENGAN PENYANYI WANITA | TAHUN MELAWAT KELANTAN 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Persembahan Black di Ladies Night Kelantan Batal

Kerajaan Kelantan telah membatalkan kehadiran juara program televisyen "Mentor" musim ketiga, Black, yang dijadualkan membuat persembahan di acara "Ladies Night".

Kehadiran Black atau nama sebenarnya Hanifah Bin Mohd Hanafiah yang sepatutnya membuat persembahan 23 Januari ini dibatalkan selepas menerima kritikan ramai yang mempertikaikan penyanyi "Drama King" ini membuat persembahan pada acara tersebut yang diadakan bersempena program Kelantan's Got Talent khusus untuk kaum wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu pihaknya mengambil langkah menghormati kritikan dan pandangan orang ramai yang mempersoalkan kehadiran penyanyi berkenaan.

"Walaupun ini bukanlah kali pertama beliau mengadakan persembahan di sini, tetapi banyak komen dalam laman sosial Facebook memberi pendapat mereka mengenai kemunculan Black pada majlis berkenaan," ujarnya yang turut memberitahu tempat Black akan digantikan dengan seorang penyanyi wanita lain.

Sebelum ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan orang ramai telah mengkritik hebat di laman sosial Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikai kemunculan Black pada majlis yang dikhususkan kepada wanita sahaja.

Acara "Ladies Night" ini diadakan bersempena Tahun Melawat Kelantan 2012, dengan kerajaan negeri menganjurkan program berbentuk hiburan iaitu Kelantan's Got Talent bagi mencari bakat baru dalam bidang nyanyian dan lakonan.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved