Abby Dan Memey Berbaik

on 05 Agustus 2012


Norman Hakim menafikan laporan blog yang mana beliau dan bekas isterinya, Abby Abadi akan merujuk semula ekoran daripada pertemuan mereka dan isterinya, Memey Suhaiza baru-baru ini.

Ketika dihubungi, Norman berkata, dia tidak mahu memberi sebarang komen tentang isu tersebut.
Sebaliknya beliau mengatakan bahawa ia tidak benar dan hanya spekulasi semata-mata.
“Sepatutnya isu-isu sebegini perlu ditanya dahulu kepada tuan badan sendiri.

"Jangan terlalu percaya, selagi saya dan Abby tidak memberi apa-apa jawapan, anggap sahaja ia spekulasi daripada orang ramai dan ianya tidak benar sama sekali," kata beliau.


Tambah Norman lagi "Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan melakukan yang terbaik untuk keluarga saya."


"Dan, saya akan sentiasa memastikan keluarga saya mempunyai hala tuju yang baik dalam memastikan keharmonian keluarga saya,” katanya lagi.


Kelmarin, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa bulan Ramadan mulia telah menyatukan keluarga Norman dan bekas isterinya.

"Norman berkata, dia amat gembira dengan perkembangan terkini itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya dan   keluarga.

"Sekarang hubungan Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dengan komunikasi yang terbatas di antara kami bertiga.

Tetapi mungkin berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu
," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.


"Saya sendiri tidak pernah menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby  mempunyai program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama." ujar Norman.


Sebelum Norman bertemu dengan Sinar Harian, Abby, 35, telah memuatnaikkan dua gambar terbarunya menerusi akaun twitter menunjukkan dia dan Memey, 24, bergambar dalam keadaan mesra beserta mesej “doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat” dan satu gambar mereka sekeluarga berbuka bersama.


Selain itu, Abby, pelakon drama Gerak Khas juga turut memberitahu dia sempat solat Maghrib berjemaah bersama berimamkan bekas suaminya itu.


Norman dan Abby sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved